Tuesday, March 19, 2013

KHASIAT BUAH-BUAHAN

Khasiat buah epal dan fakta kesihatan KHASIAT BUAH EPAL: Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatka pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

FAKTA KESIHATAN: - Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat. - Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah. - Membantu kesihatan membran paru-paru. - Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang. - Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah. - Membantu mengekalkan berat badan.

* dikhabarkan khasiat buah epal ini boleh membantu 'melawan' jangkitan penyakit selesema babi (H1N1).

 Khasiat buah tembikai:


  • Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C
  • Kaya dengan asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain
  • Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masaalah kulit.
  • Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan, memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan
  • Jus tembikai boleh membantu menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh
  • Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
  • Memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus menghindarkan penyakit.I

Ibnu Abbas berkata, "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi sebagai pewangi pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

No comments: