SATU kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Finland, Januari lalu,
menunjukkan bahawa individu yang tidak pernah berkahwin bakal
meningkatkan risiko diserang sakit jantung sama ada lelaki mahupun
wanita tidak kira berapa usia mereka.
Kajian terhadap sekumpulan penduduk di Finland itu dilakukan
khususnya dalam kalangan pasangan pertengahan umur yang telah berkahwin.
Didapati kehidupan golongan itu lebih baik dari risiko terkena
serangan jantung sama ada sebelum atau selepas dimasukkan ke hospital
juga rendah.
Kajian tersebut disiarkan dalam European Journal of Preventive Cardiology baru-baru ini yang mana itu merupakan data-data yang telah didaftarkan berasaskan FINAMI Myocordial Infarction dari tahun 1993 sehingga 2002.
Kajian berkenaan melibatkan maklumat orang ramai yang berusia 35 tahun ke atas di empat kawasan geografi di Finland.
Dalam satu keadaan yang dikenali sebagai Sindrom Jantung Akut (ACS),
pengarangnya berkata, sasaran pihaknya adalah menjalankan kajian
berdasarkan ramalan terhadap ACS yang dikaitkan dengan
sosio-karakteristik demografi, status perkahwinan dan saiz isi rumah.
Pendaftaran itu juga merekodkan lebih 15,300 kes ACS direkodkan dalam
jangka masa 10 tahun iaitu lebih separuh (7,703) daripada penghidapnya
akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari.
Keadaan ini menimpa kebanyakan lelaki dan wanita secara sama rata.
Bagaimanapun analisa ini juga menunjukkan standard umur insiden kes ACS
dianggarkan 58-66 peratus lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang tidak
berkahwin.
Manakala 60-65 peratus lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin.
Sementara kebarangkalian pengidap ACS akan meninggal dunia dalam
tempoh 28 hari pula didapati 60 hingga 168 peratus lebih tinggi bagi
lelaki yang tidak berumah tangga dan 71 hingga 175 peratus lebih tinggi
dalam kalangan wanita tidak berkahwin.
Biasanya, ramalan kematian dalam kalangan warga emas yang berusia 65
hingga 74 tahun adalah 247 orang dalam setiap 100,000 orang setiap
tahun.
Tetapi meningkat kepada 493 orang dalam setiap 100,000 orang dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin.
Secara statistik angka-angka itu menunjukkan angka kematian dalam
tempoh 28 hari akibat ACS dalam kalangan lelaki pula, kadarnya adalah 26
peratus bagi lelaki berkahwin yang berusia antara 35 hingga 64 tahun
dan 42 peratus bagi lelaki yang baru mendirikan rumah tangga, manakala
51 peratus bagi lelaki yang tidak pernah berkahwin.
Berdasarkan penemuan itu, juga didapati beberapa kes yang melibatkan
kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang adalah lebih tinggi
dalam kalangan mereka yang tinggal dengan seorang atau lebih ramai
teman.
Beberapa kemungkinan mengapa individu bujang dikaitkan dengan risiko
penyakit berkaitan koronari terutama yang boleh membawa maut.
Antaranya, kemungkinan individu yang mempunyai tahap kesihatan yang
rendah mungkin lebih terdorong untuk kekal tidak berkahwin atau bercerai
sehingga mereka meninggal dunia.
Pasangan berkahwin mungkin mempunyai keadaan kesihatan yang lebih
baik dan menikmati sokongan sosial yang lebih tinggi berbanding mereka
yang bujang berdasarkan kelangsungan hidup mereka yang mengutamakan
rumah tangga.
Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan kesihatan mereka secara keseluruhan.
No comments:
Post a Comment