4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW
1.
Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara
perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer.
Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika
kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril
untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak
tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh
sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu
karang.
2.
Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat
karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air
maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat
asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah
perut tidak selesa.
3.
Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu
tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.
4.
Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia
menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan
badan berangin.
Sentiasa
ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah
walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah
(berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
Wallahua'lam.
Mandi
pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan
badan tidak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
- Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
- Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sain telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
No comments:
Post a Comment