Barangan yang diperbuat daripada plastik lebih menjadi pilihan
suri rumah sekarang. Selain murah, barangan plastik lebih tahan lama dan
mudah untuk di kendali berbanding dengan yang lain. Ianya di katakan
sesuai digunakan untuk semua peringkat umur terutamanya untuk kanak
kanak.
Ini merupakan kod yang dikeluarkan oleh
The Society of Plastic Industry sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat dan
telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kod,
seperti ISO (International Organization for Standardization). Mungkin
anda pernah terlihat simbol ini yang secara umumnya berada di dasar
barangan plastik. Tapi tahu tak apa makna setiap simbol dan kod ni?
Setiap simbol dan kod yang tertera memberi maksud tersendiri seperti
berikut:
1-PET atau Polyethylene Terephthalate
Biasanya, pada bahagian bawah kemasan
botol plastik, tertera simbol tiga segi ni dengan angka 1 di tengahnya
serta tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu biasa dipakai
untuk botol plastik yang jernih/transparent seperti botol air mineral
dan hampir semua botol minuman lain. Botol Jenis PET/PETE ini
dicadangkan “hanya untuk sekali pakai”.
KENAPA?
Bila kerap sangat dipakai, terutamanya bila digunakan untuk menyimpan air panas akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanser dan ada kes seorang perempuan menghidap kanser payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor, polimer-polimer dari botol minuman ini berada dalam sel kanser tersebut.
2-HDPE atau High Density Polyethylene
HDPE biasanya dipakai untuk botol yang
berwarna (bukan jernih), tupperware, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE
merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk digunakan kerana
kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE
dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini.
HDPE memiliki sifat yang lebih kuat,
keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama juga seperti PET, HDPE
juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian, kerana tindakbalas
antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.
3- V atau Polyvinyl Chloride
Plastik ini biasanya digunakan sebagai
plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. PVC mengandung DEHA
yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik
berbahan PVC. Tindak balas yang terjadi antara PVC dengan makanan yang
dibungkus sangat berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.Sebaiknya
kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak mengandung
bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun
pisang.
4- LDPE atau Low Density Polyethylene
LDPE, iaitu plastik coklat
(thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE digunakan untuk
tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang bersifat agak
lembik. Plastik LDPE adalah kuat, tembus cahaya dan fleksibel dan pada
suhu di bawah 60 darjah celsius ianya sangat tahan terhadap tindak balas
kimia, perlindungan terhadap wap air tetapi kurang baik bagi tindak
balas gas-gas yang lain seperti oksigen. Barangan dari bahan LDPE ini
sukar diuraikan, tetapi tetap baik untuk dijadikan pembungkus makanan
atau pinggan kerana sukar bertindak balas dengan makanan yang dibungkus
dengan plastik ini.
5- PP atau Polypropylene
Polypropylene adalah pilihan terbaik
untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang berkaitan dengan makanan
dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan paling
penting botol susu bayi. Polypropylene lebih kuat dan ringan serta
mempunyai kadar tindak balas wap yang rendah,mempunyai ketahanan yang
baik terhadap lemak, dan stabil terhadap suhu tinggi.
Apabila membeli barangan plastik untuk menyimpan makanan dan minuman, carilah dengan kod angka 5.
6- PS atau Polystyrene
Polystyrene ditemui pada tahun 1839 oleh
Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa digunakan
sebagai bahan tempat menyimpan makanan (styrofoam), cawan pakai buang
dan lain-lain.
- Barangan daripada Polystyrene harus di elakkan, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ianya mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf.
- Bahan itu juga sukar terurai. Polystyrene memerlukan proses yang sangat panjang dan lama untuk diuraikan.
7-OTHER
OTHER merupakan gabungan dari SAN
(styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC
(polycarbonate, Nylon). OTHER digunakan pada tempat menyimpan makanan
dan minuman seperti botol air sukan, alat-alat rumah tangga, komputer
dan alat-alat elektronik.
- Polycarbonate (PC) digunakan dalam botol susu bayi dan botol minum. PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imun.
- Bisphenol-A boleh berpindah masuk ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan.
- SAN dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.
- Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, termos, piring,penapis kopi, dan sikat, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.
Melihat bahaya yang terkandung dalam
plastik, sudah smpai masa kita harus bertindak bijak dalam penggunaan
plastik, terutamanya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7 (khususnya
polycarbonate) kerana kod tersebut memiliki bahan kimia yang merbahaya
dan jika kita masih hendak menggunakan barangan plastik, gunakan
plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate).
No comments:
Post a Comment