Barbeku sosej boleh membuatkannya sama bahaya seperti menyalakan
sebatang rokok, menurut satu papan tanda di Amerika yang bertulis:
“Warning: Hot dogs can wreck your health.” (Amaran: Sosej membahayakan
kesihatan)
Papan tanda ini yang tersergam indah di lebuhraya di Amerika, juga
menandakan betapa banyaknya sosej yang telah dijual di seluruh dunia
yang mungkin juga sebagai makanan harian sesetengah masyarakat.
Projek Kanser ini dari kumpulan NGO adalah bertujuan untuk
menyarankan semua pengguna supaya mendapatkan diet yang seimbang. Ini
juga bertujuan untuk mengelakkan segala penyakit yang kronik bakal
timbul.
Kumpulan ini mahu pengguna sedar bahawa risiko tinggi jika
mengamalkan pemakanan daging yang diproses. Para industri daging tidak
berpuas hati dengan kumpulan ini dan menyatakan bahawa mereka ini hanya
ingin mengurangkan pemakanan bagi binatang.
Pakar pemakanan di Amerika telah menyarankan supaya pembungkusan
sosej perlu diletakkan tanda amaran kerana daging yang diproses telah
menjalani proses pemesinan, pengawetan serta pengasinan.
Satu laporan dari Institut Kajian Kanser Amerika serta Kajian Kanser
Dunia menunjukkan bahawa sesiapa yang memakan 100gm daging yang diproses
mempunyai 36% risiko untuk mengalami kanser usus. Kajian pada tahun
2010 oleh Institut Kesihatan Nasional Amerika juga telah menunjukkan
bahawa memakan daging yang diproses meningkatkan risiko untuk kanser
kelenjar prostat.
Walaubagaimanapun, sosej bukanlah satu makanan yang berkhasiat
mahupun sangat berbahaya jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Bagi
ibu bapa diluar sana, awasilah pemakanan anak-anak kita kerana daging
yang diproses adalah kurang berkhasiat. Ini adalah untuk menjamin
kesejahteraan hidup keluarga kita, demi kesihatan setiap ahli keluarga
kita. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati antara satu sama
lain. Sekian.
No comments:
Post a Comment