Monday, June 10, 2013

MENGELAK JANGKITAN BERULANG

Soalan 1, Assalamualaikum. Saya mengalami masalah gatal-gatal di kawasan faraj saya. Masalah gatal-gatal ini membuatkan saya tidak selesa untuk menjalani aktiviti harian. Bolehkah doktor terangkan apakah punca dan kesannya?

NZ, Shah Alam
Jawapan

Pada kebiasaannya masalah gatal boleh disebabkan oleh jangkitan kandida pada faraj disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (Candida albicans) yang ada dalam faraj. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan faraj wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj. Selalunya bagi pesakit yang menghidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessari dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya. Masalah jangkitan oleh kandida dan trikomonas dimanisfestasi oleh gejala pengeluaran lendir yang berbau dari faraj, banyak, ada yang berkeladak dan berwarna kehijauan. 

Ada juga penyebab lain yang menimbulkan masalah yang sama seperti mana yang dihadapi anda. Salah satunya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, di mana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. 

Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru). Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh disapukan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus (dubur) sebanyak hingga tiga kali sehari. 


Rawatan

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk tiga malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlu dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, haruman pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi detergen. Saya harap usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat rawatan. Berjumpalah dengan doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan. Moga masalah kegatalan yang sudah menghantui diri anda ini dapat dihindarkan.

No comments: