Lemak tergolong dalam dua jenis iaitu
lemak tepu dan lemak tidak tepu serta kebanyakan lemak merbahaya kepada
kesihatan tubuh manusia.
Lemak tepu: Ia adalah lemak yang diperoleh daripada haiwan dan ia
beku pada suhu bilik; contohnya mentega, keju, minyak sapi dan lemak
pada daging
Lemak tidak tepu: Lemak jenis boleh diperoleh daripada sumber
haiwan dan tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli
tak tepu, lemak moto tak tepu dan asid lemak trans. Pada suhu bilik, ia
berada dalam keadaan cecair.
Lemak tepu mahupun tidak tepu sangat ditakuti oleh orang ramai
terutama mereka yang mengalami obesiti dan salah satu punca kegemukan
adalah disebabkan pengambilan lemak yang berlebihan.
Lemak tepu berbentuk pepejal dan keras dibawah suhu sejuk kerana
lemak tepu cepat membeku biasanya daripada lemak haiwan tetapi tedapat
juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan
meningkatkan tahap kolestrol darah dan meningkatkan risiko penyakit
jantung.
Lemak tidak tepu lembut walaupun disimpan didalam peti
sejuk.Kebiasaanya daripada tumbuhan terdapat dua jenis lemak tidak tepu
iaitu Lemak Mono Tidak Tepu ‘Monounsaturated Fat –MUFA’ seperti minyak
zaitun dan minyak kelapa.
Manakala lemak poli tidak tepu ialah ‘ Polyunsaturated-PUFA’ seperti minyak bunga matahari,minyak jagung dan marjerin lembut.
Lemak poli tak tepu - Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan
ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya,
safflower, bijan, biji benih flaks dan kacang.
Lemak mono tak tepu - Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti
minyak kanola, kacang tanah, zaitun dan bran beras. Ia juga dianggap
lemak baik kerana boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan dan
meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
Lemak trans - Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair
ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak
(lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee).
Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.
4 comments:
nk tnye sikit..adekah lemak tepu bolih mengganggu penyerapan zat makanan
nk tnye sikit..adekah lemak tepu bolih mengganggu penyerapan zat makanan
OFKOS..BOLE SIS
Post a Comment