KINI anak perempuan comelnya, Wong Wai Jing, mencecah usia lima tahun
dan sedang membesar dengan sihat di samping kedua ibu bapanya.
Jun Tan yang mula menggunakan kaedah rawatan IVF sejak tahun 1995,
mengakui pengalaman tersebut tidak akan dilupakan sehingga saat ini.
Pertama kali mencuba rawatan tersebut, kami suami isteri begitu teruja dan meletakkan harapan begitu tinggi.
Namun, nasib tidak menyebelahi kerana sehingga empat kali cubaan dilakukan saya masih gagal untuk hamil.
Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat untuk meneruskan usaha
kerana kami yakin selagi kita berusaha pasti akan berjaya juga
akhirnya," katanya.
Masalah kesuburan
Sementara itu, Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur, Datuk
Dr. Prashan Nadkarni berkata, masalah kesuburan didefinisikan sebagai
ketidakmampuan lelaki dan wanita untuk mempunyai anak selepas setahun
berkahwin.
Wanita dan lelaki apabila umur mereka semakin meningkat, tahap
kesuburan dan peluang untuk hamil turut berkurang. Walaubagaimanapun
keadaan ini lebih berisiko kepada wanita.
Berdasarkan kajian, sebanyak lima hingga 50 peratus masalah
kesuburan di kalangan wanita bergantung kepada purata umur individu
tersebut.
Faktor-faktor lain juga menyumbang antaranya, kekurangan pengeluaran
jumlah sperma oleh lelaki dan gaya hidup yang tidak sihat seperti
masalah kegemukan, merokok, penggunaan alkohol yang berlebihan dan
stres," katanya ketika memperkenalkan Elonva iaitu suntikan
corifollitropin alfa untuk rawatan kesuburan oleh syarikat farmasutikal
antarabangsa, MSD .
Dr. Prashan berkata, berdasarkan kajian masalah kegemukan akan menyebabkan timbulnya risiko ketidaksuburan sebanyak 50 peratus.
Kegemukan atau obesiti akan menyebabkan seseorang berisiko menghidap
penyakit kencing manis sekali gus membahayakan kesihatan wanita
tersebut.
Malah, wanita mengandung yang mempunyai penyakit kencing manis juga berisiko bersalin secara pembedahan.
Selain itu, mengikut kajian oleh Amerika Lung Association and ASRM,
merokok di kalangan wanita menyumbang sebanyak 13 peratus masalah
kesuburan," katanya.
Dalam pada itu Dr. Prashan memberitahu, wanita yang mandul lazimnya
beranggapan bahawa kehamilan adalah sesuatu yang mengganggu
sosio-ekonomi.
Masalah ini juga menyebabkan mereka berasa tersisih terutama apabila
mereka cuba mengelak daripada mendapat pandangan atau berbincang dengan
keluarga dan rakan-rakan mengenai masalah yang dihadapi.
- SITI AISHAH YUSOFF -
No comments:
Post a Comment