Kementerian Kesihatan bercadang mewujudkan
undang-undang antiobesiti menjelang 2020 sebagai usaha membendung
peningkatan mendadak kes penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan
rakyat Malaysia.
Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Kementerian
Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, pihaknya kini sedang
mendapatkan maklum balas daripada orang ramai dan pihak berkaitan
sebelum undang-undang berkenaan boleh dilaksanakan.
“Beberapa hari lalu, Kementerian Kesihatan ada membincangkan mengenai
kerangka kerja bagaimana untuk melaksanakan undang-undang antiobesiti.
“Dalam perbincangan tersebut, Jepun dilihat sebagai model terbaik
kerana mereka mempunyai ukuran pinggang kebangsaan yang komprehensif,”
katanya ketika ditemuramah dalam program ‘Dalam Radar’ terbitan Bernama
Radio24 hari ini.
Dr Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
peningkatan mendadak kes NCD dalam kalangan rakyat Malaysia yang kini
mencapai tahap membimbangkan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 mendapati, kira-kira
5.8 juta rakyat Malaysia menghidap hipertensi, 2.6 juta orang (kencing
manis) dan 2.5 juta penduduk mengalami masalah obesiti. – Bernama
1 comment:
Si la niña no da ningún tipo de respuesta, todavía
queda un camino por delante. Hypnosis can actually do more harm than good in therapy sessions when patients are asked to recall deep, dark memories of the
past. If you want to place the desk contrary to a border, and then
we urge in which an individual go for a fair a single.
Also visit my blog hipnosis
Post a Comment