Cara terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalh melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. ini bukanlah perkara baru. Pengkaji diabetesdan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang mengidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamal diet yang sihat. Mereka yang mempunyak berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badn sekurang-kurangnya 10 paun.
Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukan lah besar atau mendadak. Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.
Mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Ini menerangkan kenapa mereka yang mengidap diabetes biasanya berat lampau atau obes. Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat lampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Inilah sebab mengapa mengurangkan berat badan akan mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat diabetes.
Menukar diet: satu dari cara terbaik melawan diabetes
Kuncinya adalahmenggabungkan senaman dengan diet yang betul. Diet yang betul bukanlah hanya mengurangkan pengambilan kalori. Ia termasuk mengambil makanan yang betul. Kita patut mengelakkan diri dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak terutamanya lemak binatang. Kita juga patut mengurangkan memakan daging merah, produk tenusu dan telor. Karbohidrat yang diproses sama sekali tidak boleh. Ianya termasuk gula pasir (putih), beras putih dan gandun putih. Sebaliknya kita patut mengambil bijirin tulen seperti beras merah atau coklat dan gandum tulen.
A
da juga makanan yang mempunyak kesan seperti insulin kepada tubuh bila ianya dimakan. Sebagai contoh: timun, bawang putih, soya, germa (biji) gandum, buah avocado, kacang hijau, gandum hitam, minyak bijan, sayur-sayuran hijau dan kubis Brussels sprout. Individu yang merasakan mereka mempunyai risiko mendapat diabetes patut tingkatkan pengambilan makanan tersebut.
Pengambilan serat juga akan mengurangkan risiko mendapat diabetes. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya mengandungi kurang gula. Mereka yang mengidap diabetes atau mempunyai risiko mendapat diabetes tidak dapat memproses gula dengan baik. Individu yang mempunyai risiko mendapat diabetes patut meningkatkan pengambilan serat. Mereka patut mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan, produk gandum tulen dan produk bijirin tulen. Pengambilan gula putih dan makanan yang tinggi kandungan gula putih mesti dikurangkan. Anda perlu menggantikan makanan tersebut dengan yang mengandungi serat yang tinggi.
Mereka yang ingin mengelakkan diabetes jgua patut menjauhi minuman beralkohol. Alkohol akan mengurangkan tolerans glukosa terutamanya bagi mereka yang telah berumur dan mereka yang mempunyai risiko mendapat diabetes. Tambah lagi, pesakit diabetes yang meminum walau sedikit minuman beralkohol mendapat diabetes. Tambah lagi, pesakit diabetes yang miminum walau sedikit minuman beralkohol berkemungkinan besar akan rosak mata dan saraf. Selain dari minuman beralkohol, merokok juga patut dielakkan untuk selamat dari mendapat diabetes. Rokok meningkatkan risiko penyakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain masaalah kesihatan berkaitan dengan diabetes. Perokok tegar lebih mudah mendapat diabetes dari bukan perokok. Jadi sekiranya anda merokok, berhentilah dari tabiat tersebut demi kesihatan diri dan keluarga. Jika andan tidak merokok, jauhi diri dari tabiat tersebut.
Senaman melindungi anda dari diabetes
Kedua-dua jenis diabetes (jenis 1 dan 2) boleh dielakkan atau diperbaiki dengan selalu melakukan senaman ringan. Fakta menunjukkan individu yang mengidap diabetes jenis 1, yang selalu bersenam, memerlukan insulin. Manakala individu sihat yang selalu bersenam berkemungkinan besar tidak akan mendapat diabetes jenis 2. Sebabnya bersenam mengurangkan lemak badan dan seterusnya menambahbaik darjat sensitif badan terhadap insulin.
Senaman tidak semestinya senaman berat terutamanya jika sudah meningkatkan usia. Senaman mudah seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal dapat memperbaiki tahap gula dalam darah. Senaman memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot-otot berkenaan. Kesannya akan kekal lebih dari dua hari. Profil lemak darah dan tekanan darah yang memberi kesan kepada diabetes juga akan bertambah baik dengan selalu bersenam,
Setiap individu, terutamanya pengidap diabetes, perlu memantau paras gula dalam darah bila melakukan senaman. Ini disebabkan senaman boleh mengurangkan dan juga meningkatkan parasgula dalam darah. Anda dinasihatkan supaya meminta nasihat doktor anda sebelum menjalani apa-apa program senaman.
KUNCI KESIHATAN SEPANJANG HAYAT
Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan siaht semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.
Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegarah lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.
Langkah pertama ke arah kesihaan yang lebih baik untuk menyedari bahaw tubuh anda memerlukan perjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahun apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?
Tahukah andan bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih perasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam sselsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat?. Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rampaiu). Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dan alin-lain.
Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindak balas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, terlebih tindak balas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, artritis reumatoid, sterosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.
Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang?.
Renungkan fakta berikut:
- Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia seintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.
- Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
- Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
- Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
- Makanan diproses dengan menggunaka pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet
- Udara dan sumber air juga turut tercemar
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?
Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum
Ada orang kata jangan minum banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ade pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari.Yang mana betul?.
Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua?. Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai leganda yang telah diterima sebagai fakta.
Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak perlu memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.
Pertama, kita perlu meminum air berulang kali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagidan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.
Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapat diri mereka begitu bertenaga.
Berapa banyak yan gperlu diminum?. Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.
Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memeprolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Exce dan lain-lain.
Nanti duli, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli menuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup.
MENENTUKAN BERAT BADAN SESUAI
Tahukah andan bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentuikan berat yang sesuai.
Untuk perempuan: Breat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dar 5 kaki, otak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.
Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan. Jika ia berukuran 6 inci, adan mempunyak kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu dibuab. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.
Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, kerangka sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu pinda berat badan seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kuran dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10 % kepada berat badan yang dikira.
Contoh: Tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan saya lebih 7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 + (8 x 6) x 1.1 = 170 paun (77 kg).
Ok, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda. Satu dari rahsis untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.