Monday, December 5, 2016

RAWAT HEPATITIS SAMPAI PULIH

Jangkitan virus hepatitis yang tersebar dengan meluas menjejaskan kira-kira 400 juta penduduk di seluruh dunia dan jumlah ini 10 kali ganda daripad bilangan mereka yang dijangkiti HIV.
Dianggarkan 1.4 juta orang maut setiap tahun akibat hepatitis di seluruh dunia dan cuma kira-kira lima peratus pesakit yang mendapat hepatitis kronik tahu penyakit yang menjangkiti mereka, manakala satu peratus saja mempunyai akses untuk rawatan.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Sedunia (WHO), hepatitis adalah penyakit yangboleh dicegah dan dirawat sepenuhnya berikuatn terdapat vaksin dan rawatan untuk hepatitis B, manakala lebih 90 % pesakit hepatitis C boleh dipulihkan menerusi rawatan.
Wawasan untuk menyingkirkan hepatits sebagai ancaman kesihatan awam mampu dicapai pada 2030 sekiranya penduduk dan negara yang terjejas dengan penyakit ini dilengkapi kemudahan kesihatan lebih baik dan mempunyai pengetahuan mengenai hepatitis serta bertindak segera.
Sesiapa saja boleh mendapat risiko dijangkiti hepatitis jika dilihat pada saiz wabak di seluruh dunia. Jangkitan hepatitis B dan C dipindahkan menerusi darah yang tercemar sama seperti jarum suntikan dan picagari yang tercemar.

Malah, virus penyakit ini juga boleh dipindahkan menerusi hubungan seks tidak selamat dan daripada ibu yang dijangkiti kepada anakd dalam kandungannya.

Orang ramai boleh mencegah diri mereka daripada mendapat jangkitan atau memindahkan jangkitan kepada orang lain dengan maklumatdan pengetahuan yang cukup mengetahui risiko hepatisi. Oleh itu, sesiapa yang terbabit boleh menjalani ujian dan seterusnya rawatan.
Meningkatkan akses kepada ujian hepatitis adalah kunci kepada skala rawatan dan penjagaan hepatitis. Dianggarkan 95 peratus pesakit hepatitis tidak menyedari jangkitan terbabit berikutan kurang kesedarabn dan tidak tahu mengenai perkhidmatan ujian penyakit terbabit di negara mereka.
Oleh itu WHO akan mengeluarkan panduan ujian hepatitis yang pertama tidak lama lagi dan panduan itu akan membekalkan bimbingan siapa yang patut menjalani ujian dan akan mengesyorkan strategi ujian bagi membantu usaha negara terbabti untuk meningkatkan ujian hepatitis, rawsatan dan penjagaan.

Kebanyakan individu yang memerlukan rawatan tidak mendapat kemudahan sewajarnya berkemungkinan besar disebabkan kurang kesedarqh dan tidak tahu mengenai perkhidmatan ujian penyakit terbabit.

Sempena Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai lalu, WHO menggesa negara-negara terbabit supaya mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan pengetahuan mengenai penyakit ini, disamping menambah akses untuk perkhbidmatan ujian dan rawatan.
.
Menurut ketua pengarah WHO, Dr Margaret Chan, hari ini hanya seorang daripada 20 pesakit yang dijangkiti hepatitis menyedari mereka mendapat penyakit terbabit, namun hanya seorang daripada 100 pesakit yang menerima rawatan.
"Dunia seakan mengabaikan hepatitis dan bahaya penyakit ini. Sekarang adalah masanya untuk menggerakkan tindakan terhadap hepatitis secara global sama seperti kita menentang penyakit berjangkit lain seperti HIV/AIDS dan tuberkulossis.

"Kira-kira 400 juta penduduk dunia dijangkiti hepatitis B dan C iaitu lebih 10 kali ganda daripada bilangan mereka yang hidup dengan HIV. Dianggarkan 1.45 juta pesakit hepatits meninggal dunia akibat penyakit ini pada 2013 dan jumlah kematian ini meningkat kurang.

No comments: