Tuesday, December 6, 2016

PENTINGNYA TIDUR BERKUALITI

Sehingga sekarang fokus kesihatan selalunya adalah memastikan kita mendapatkan cukup tidur setiap malam. Tetapi sebenarnya kualiti tidur adalah lebih penting bagi pembaharuan dan penyegaran tubuh dan minda.

Jika tidur anda selalu terganggu, anda perlu mengambil tindakan untuk mengawal penyebabnya. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada tubuh anda ke tahap di mana anda akan mengalami kesan mental, emosi dan fizikal yang negatif, sama seperti yang dialami oleh mereka yang murung tahap rendah.

Apa yang dimaksudkan dengan tidur berkualiti?

Tidur berkualiti adalah tidur yang mempunyak tempoh mencukupi dan tahap rehat yang membuat seseorang merasa segar di sepanjang hari. Jadi beberapa lama kita patut tidur? Jawapannya berbeza dari seoarang ke seorang kerana keperluan masing-masing adalah berbeza. Sebenarnya hanya 21% daripada kita mendapat tidur lapan jam seperti yang disarankan dan kira-kira 20% daripada kita tidak mendapat tidur melebihi 5 jam pada waktu malam.

Secara keseluruhan, apa yang nak disampaikan sangat mudah - jika anda bangkit dari tidur di waktu pagi tetapi merasa letih, anda perlu memperbaiki pola tidur anda.

No comments: