Thursday, December 8, 2016

ADAKAH MAKANAN KESIHATAN ATAU PEMAKANAN TAMBAHAN MEMBERI MANAFAAT

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepada. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manafaat kepada kita?.

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun ktia lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metabolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jestru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai di ambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

  • Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
  • Simpan viamin jauh dari tempat panas dan lembab
  • Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan lemak untuk berfungsi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  • Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
  • Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.
ANTIOKSIDAN DAN KESIHATAN ANDA

Antioksidan seperti vitamin E aau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.

Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyak kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, seseorang harus mengambil pelbagai jenis antioksidan. Ujian menunjukkan bahawa penggunaan hanya satu jenis antioksidan sahaja memberikan hasil yang sangat mengecewakan.

Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Redikal bebas merupakan hasil sampingan daripada daripada proses penjanaan tenaga oleh badan kita. Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radilak bebas. Radikal bebas juga menyebabkan kolestrol LDL menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan di merata tempat tubuh kita.

Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, namun ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas. Justeru kita perlu mengambil makanan yang mengandungi bahan tersebut. Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah acaiberi, blueberi, balckberi, walnut, strawbei, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.

Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan dari jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan supaya dapat memberikan hasil yang diingini.

Punca penyakit jantung - Adakah Kolestrol?

Penyakit jantung, seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung, kegagalan jantung kongestif dan penyakit jantung kongenital, adalah pembunuh satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di Hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Kita sering diingatkan bahawa paras kolesterol yang tinggi merupakan punca penyakit jantung. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa punca penyakit jantung adalah kolesterol.

Kolesterol dan Penyakit Jantung.

Kita tahu bahawa kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyepitan pembuluh darah. Namun ianya akan dibersihkan oleh kolesterol HDL. Semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita untuk mendapat penyakit jantung.

Kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik, dalam keadaan asal ia baik. Badan kita memerlukanya untuk membina membran sel, sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL daripada makanan, badan kita sendiri akan membuatnya. Yang menjadi masaalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol bagi menurunkan risiko mendapat penyakit jantung.

Penyebab Sebenar Penyakit Jantung.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab utama penyakit jantung. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan lebih separuh daripada mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan penyakit jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol, anda sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukanlah enyebab masalah radang pembuluh darah. Punca utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masaalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak bail. Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masaalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah tinggi.

Homosistein dan Penyakit Jantung

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer daripada Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Di dalam New England Journal of Medicine, Dr. Jacob Selbub, Ph. D, melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain daripada itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik (B9), vitamin B12 dan Vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka. Satu penemuan yang perlu diberi perhatian.





No comments: