Saturday, December 24, 2016

LOKASI JERAWAT PETUNJUK MASAALAH KESIHATAN TUBUH KITA

Sekiranya jerawat seringkali berulang kali tumbuh atau naik di kawasan tempat yang sama, ini menggambarkan area dalaman kita yang tertentu mempunyai masaalah tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yang berlainan ITU ADALAH NORMAL!

Tidak semestinya jika kita mempunyai masaalah dalaman, jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yang tertentu. Ada juga diantara kita ada masaalah dalaman tetapi kulit tiada masaalah. Walaubagaimana pun lebih baik jika kita tahu apa yanag ade di luaran sekarang datangnya dari dalaman supaya kita dapat mengambil berat masaalah dalaman tersebut.

DAHI - Haba yang melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih. Stress kumpulan ini biasa panas baran.
Nasihat - pupuk tabiat tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minumair yang banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasaalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

DAGU DAN RAHANG - Jerawat and muncul di area dagu dan sepanjang garis rahang?. Itu merupakan tanda dari gangguan hormon. Biasanya jerawat seperti ini muncul saat mendekati masa haid. Untuk mencegahnya, anda harus cukup isti-rehat. Lupakan dulu bergadang dan ambil lah vitamin E dan vitamin C.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endoktrin (rembesan dalaman) lemah. Anda terlalu banyak mengambil makanan berlemak dan gula. Kaum wanita mudah mendapat jerawat disekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasaalah.


PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masaalah rembesan, menyahtoksid dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

BADAN (BELAKANG DAN DEPAN) - Sistem pekumuhan yang bermasaalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikut piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

No comments: