Thursday, December 8, 2016

PUNCA PENYAKIT JANTUNG - ADAKAH KOLESTROL

Penyakit jantung seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung, kegagalan jantung kongestif dan penyakit jantung kongenital, adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Kita sering diingatkan bahawa paras kolestrol yang tinggi merupakan punca penyakit jantung. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa punca penyakit jantung adalah kolestro.

Kolestrol dan Penyakit Jantung

Kita tahu bahawa kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahun bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Namun ianyaakan dibersihkan oleh kolesterol HDL. Semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita untuk mendapat penyakit jantung.

Kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik, dalam keadaan asal ia baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL daripada makanan, badan kita sendiri akan membuatnya. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol bagi menurukan risiko mendapat penyakit jantung.

Penyebab Sebenar Penyakit Jantung

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab utama penyakit jantung. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh daripada mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolestero yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan penyakit jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol, anda sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegarah dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukanlah penyebab masalah radang pembuluh darah. Punca utama radang pembuluh darah adalah sesuatu dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa redikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Homosistein dan Penyakit Jantung

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer daripada Harvard Public HEalth School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko menadpat penyakit sebanyak tiga kali ganda. Di dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. JAcobSelhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalah darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain daripada itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit ang mempunyak paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik (B9), vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka. Satu penemuan yang perlu diberi perhatian.

Pencegahan Penyakit Jantung.

Sebelum ini dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan stok adalah kolesterol, tetapi kajian-kajian yang dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Untuk mencegah daripada mendapat penyakit jantung, kita dinasihatkan untuk mengubah gaya hidup. Pengambilan makanan seimbang dan melakukan aktitiviti fizikal dapat membantu tubuh kita mendapat HDL (kolesterol baik), anti-oksidan, asid folik (B9), vitamin B12  dan vitamin B6 yang cukup, yang akan melindungi kita daripada penyakit jantung.

Kalium dikaitkan dengan pengurangan Strok di kalangan wanita.

Menurut satu kajian baru, makan makanan yang kaya dengan kalium boleh membantu dalam pencegahan stok di kalangan wsanita. Dalam kajian tersebut, yang disiarkan di dalam jurnal Stroke penyelidik memantau lebih daripada 90,000 wanita menopaus berumur 5- 79 untuk tempoh purata 11 tahun. Pengambilan harian purata kalium adalah tinggi sedikit daripada 2600 mg sehari. Kajian menyatakan kumpulan terendah makan kurang daripada 1,925 mg setiap hari. Kumpulan yang paling tinggi makan lebih daripada 3194 mg sehari.

Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang mengamalkan kalium yang paling adalah 10 peratus kurang berkemungkinan untuk mati dalam tempoh kajian dan 12 peratus kurang berkemungkinan mengalami strok berbanding mereka yang makan kalium paling sedikit. Disamping itu, penyelidik mendapati bahawa risiko stron iskemia - jenis yang disebabkan saluran darah di dalam otak tersumbat - dikurangkan sebanyak 16 peratus bagi mereka yang makan kalium paling banyak berbanding dengan yang makan paling kurang. Walau bagaimanapun, makan lebih atau kurang kalium tidak memberi kesan kepada risiko strok pendarahan, yang berlaku apabila saluran darah pecah.

Jika anda seorang wanita tua yang sedang mencari jalan untuk mengurangkan risiko strok, pastikan anda makan pisang dan lain-lain sumber makanan yang secara semula jadi kaya dengan kalium.

Apa Yang Meningkatkan Tekanan Darah Anda

Terdapat dua ukuran yang dianggap "peramal" penting hipertensi (tekanan darah tinggi). Indeks jisim badan (BMI) dan lilitan pinggang. Tetapi ramalan ini berbeza berdasarkan jantina. Menurut kajian, BMI memainkan peranan yang penting dalam risiko hipertensi di kalangan lelaki, tetapi di kalangan wanita, ukur lilit pinggang adalah penting. Jadi, jika anda seorang lelaki, perhatikan BMI anda. Puan-puan pula, perhatikan ukur lilit pinggang anda.

Pastikan BP Anda Di Dalam Had Selamat

Tekanan darah tinggi adalah berbahaya - apabila tekanan darah (BP) adalah tinggi dan kekal tinggi (keadaan yang dikenali sebagai hipertensi), risiko anda mengalami keadaan berkaitan kardiovaskular, seperti serangan jantung dan strok, meningkatkan secara mendadak.

Mujurlah ada berita baik: Kajian menunjukkan beberapa langkah mudah boleh membantu mengekalkan tekanan darah anda di tahap selamat.

Indeks jisim badan (BMI) dan lilitan pinggang kedua-duanya diketahui meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, tetapi kajian terkini maju selangkah ke hadapan, bukan sahaja mengesahkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah yang meningkatkan risiko, tetapi juga mencadangkan tumpuan yang patut diberikan berdasarkan kepada jantina. Menurut kajian tersebut, BMI memainkan peranan yang penting dalam risiko hipertensi di kalangan lelaki, manakala lilitan pinggang terbukti menjadi faktor risiko yang lebih penting bagi wanita.







No comments: