Monday, December 5, 2016

JOM AUDIT BERSAMA DR MUHAYA: SANGAT TAKUT DENGAN PENYAKIT FIZIKAL

Dr muhaya

Wajarkah kita bermurung dan berasakan hidup kita telah hilang kebahagian, jika seandainya kita ditakdirkan sakit, apa tah lagi apabila kita disahkan menghidapi penyakit kronik? Kemurungan dan kerisauan itu membuatkan diri kita semakin lemah dan penyakit kita semakin mudah melarat., terutama bagi penghidap penyakit kronik seperti kanser. Sesungguhnya, Allah telah mengurniakan 100 trillion sel dalam tubuh badan kita dan banyak lagi sel kita yang sihat dan adakah hal ini masih menyebabkan kita tidak bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki?.

Jom audit diri kita, jika kita sakit, adalah kita fokus kepada badan yang sakit atau bersyukur pada bahagian badan yang lain yang masih sihat?. Contohnya, jika menghadapi sakit kaki, kita kena bersyukur kerana kita tidak sakit perut, tidak sakit mulut serta anggota badan yang lain masih sihat, hingga kita masih berselera makan walaupun kita sakit. Atau sekurang-kurangnya, apabila kita sakit, kita terima dengan reda atas kesedarah bahawa beberapa lama kita diberikan Allah SWT kesempatan hidup sihat sepanjang puluhan tahun usia kita. Hanya beberapa hari atau beberapa bulan kebelakangan ini, kita diuji Allah dengan kesakitan. Kesedaran ini sangat penting untuk menguatkan semangat ktia dalam menghadapi kesakitan yang kita hadapi.

Perkara yang tidak perlu disebut apabila kita ditimpa sakit, "saya tidak sihat," "saya tidak larat," "saya sudah tidak ada harapan," "saya akan mati" dan seumpamanya yang menggambarkan rasa putus asa, takut dan kecewa. Apabila kita tidak menyebut perkara negatif tentang sakit ini, maka 50 peratus (%) kehidupan kita sudah bahagian. Hal ini adalah kerana apabila kita menyebut perkataan "penat", "sakit", "tidak larat." dan seumpamanya, kita akan menghantar mesej negatif kepada minda, hati, jiwa dan kesannya seluruh tubuh fisiologi menjadi lemah.

Ade sesetengah orang jika mengalami sakit, kita lebih suka memilih untuk menunjukkan yang kita sedang sakit. Golongan seperti ini banyak sangat dalam kalangan masyarakat kita. HAkikatnya apabila kita ada penyakit, kita boleh pilih untuk sembuh atau untuk merana. Oleh itu apabila kita sakit, jangan kita mengadu kepada orang tetapi minta ampun kepada Allah kerana dosa-dosa kita yang dahulu, kerana sakit itu adalah satu kafarah. Ambillah jalan penyelesaian dengan mengambil banyak makanan sihat, rehat yang cukup, bersihkan hati, maafkan orang, serta bersihkan hati kita daripada semua prasangka dan penyakit hati.

Cuba ubah cara kita melihat penyakit yang diberi Allah kepada kita. Kita boleh labelkan adakah kita 
seorang 'pesakit' ataupun sebagai 'perawat' diri kita. Apabila kita mendapat penyakit, maka kita fikr, "mengapa kita sakit?". Mungkin ktia seorang yang berfikiran dan berperangai negatif, maka kesannya lahir pada fizikal kita. Dunia kita sebenarnya bukan 'dunia  luaran' kita, tetapi dunia kita adalah 'dunia dalaman'kita iaitu: minda, jiwa dan hati kita. Kepada sesiapa yang pandai mengawal emosi, sentiasa positif, sentiasa memberikan manfaat, memang jarang-jarang akan menghadapi penyakit dan kehidupannya akan bahagia.

Kita mesti mengambil 'kepercayaan' bahawa , 'Apa-apa yang negatif berlaku ke atas kita, kita akan betulkan diri kita dahulu. Audit diri kita, tentu kita ada membuat silia, sama ada dengan Allah atau dengan sesama manusia. Kita akan betulkan diri sendiri dahulu dan bersihkan hati kita. Apabila hati bersih, jiwa akan menjadi kuat dan tabah menghadapi segala dugaan dan ujian Allah daripada kesakita yang memudaratkan diri kita.

Manusia sangat takut dengan 'penyakit fizikal', dan kita akan bersusah payah mencari serta berjumpa dengan bermacam-macam pakar perubatan untuk merawat penyakit fizikal, sedangkan penyakit fizikal akan hilang apabila kita mati. Namun begitu, tidak ramai orang yang bersusah payah untuk merawat 'penyakit hati', sedangkan 'penyakit jiwa' berkait dengan 'penyakit iman'. Malah, kita tidak peduli jika akhir hidup kita nanti, kita akan berjumpa Allah dengan hati dan jiwa yang sakit itu, tanpa mencari rawtan memulihkan keimanan kita.

Sebenarnya 'penyakit fizikal' lebih senang kita hadapi kerana penyakit itu akan hilang apabila ktia mati. Perhatikan, orang yang takut mati selalunya orang yang tidak bersedia untuk berjumpa dengan Allah. Contoh, ibarat anak yang nakal, kita tidak berani berjumpa dengan ibu kita di rumah, kerana ibu kita telah tahu kenakalan kita.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa 75% punca penyakit datang daripada psikologi. Apabila kita hendak merawat 'penyakit fizikal' maka kita perlu rawat 'penyakit hati nya' dahulu. Apabila seseorang yang mempunyai darah tinggi pada usia muda, selalunya orang itu mesti ada penyakit lain. Contohnya, mungkin hormonnya berlebihan ataupun disebabkan buah pinggang bermasaalah. Maka dicadangkan berjumpalah doktor buat pemeriksaan yang betul dan cuba terima penyakit darah tinggi itu dengan reda. Ingat penyakit darah tinggi jika tidak dikawal boleh menyebabkan pesakit darah tinggi akan kena strok. Pesakit darah tinggi juga kena elakkan dirinya daripada terkena 'penyakit hati' yang akan lebih memudaratkan nya. Cuba niat untuk menjadi ahli syurga dengan bermuhasabah diri supaya tidak marah-marah. Sikap marah-marah itu membuatkan penyakit darah tinggi itu akan semakin serious.

Setiap daripada kita mempunyai tiga jenis base-line atau aura iaitu A, B dan C.

A: Seorang yang suka melenting, (base-line atau auranya asyik melenting sahaja) neurotik, macam orang sakit mental.

B: Manusia biasa, jika tiada krisis dia normal dan kalau ada krisis dia tidak boleh lawan.

C: Manusia yang base line-nya ataupun auranya sangat dekat dengan Allah, jika ada perkara yang buruk berlaku tidak menjadi masaalah kepadanya. Orang yang menuju ke arah ini, apabila dipuji tidak berasa bangga, apabila dikeji, tidak berasa marah.

No comments: