ASID ALFA LIPOIK ANTI OKSIDA SERBA BOLEH
SOALAN:-
Ibu saya telah mengamalkan pengambilan asid alfa lipoik atas saranan ahli farmasi sebagai vitamin tambahan untuk penghidap diabetes. Ternyata ia memberi faedah kepada ibu dari segi masalah kaki yang sering terasa mencucuk dan sedikit kebas. Apakah orang lain akan mendapat manfaat sekiranya diambil sebagai vitamin anti oksida harian walaypun mereka bukan penghidap diabetes?
JAWAPAN:-
Asid alfa lopoik merupakan nutrient anti oksida yang dihasilkan oleh tubuh dan ia membantu menukar glucose dalam darah kepada tenaga
Sebagai anti oksida ia adalah bahan yang melawan radikal bebas ini akan menyebabkan tindakbalas kimia yang merbahaya yang merosakkan sel-sel dalam tubuh. Kesannya, ia menyukarkan atau melemahkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan, selain merosakkan organ-organ dan tisu-tisu tubuh. Di kalangan penghidap diabetes, penghasilan radikal bebasmungkin lebih ketara berbanding dengan orang yang normal. Sebab itulah masalah kebas, rasa mencucui, epdih atau sakit terutamanya pada kaki akibat terjejasnya kesihatan saraf akan lebih ketara di kalangan penghidap diabetes.
Walaupun seseorang itu bukan penghidap diabetes, anda masih boleh memperolehi manfaat darinya memandangkan ia bersifat anti oksida yang berguna untuk melawan kesan radikal bebasa. Berbanding dengan anti oksida lain yang berkesan hanya dalam persekitaran berair (seperti vitamin C) atau tisu-tisu berlemak (seperti vitamin E), asid alfa lipoik bertindak dalam kedua-dua persekitaran ini. Ini bermakna ia boleh bekerja di seluruh tubuh. Selain itu, bukti menunjukkan asid alfa lipoik boleh membatnu memulihkan anti oksida ini dan menjadikan mereka aktif semula.
Berdasarkan laporan Science Daily pada Mei 2007, asid alfa lipoik didapati memperlahankan proses penuaan pada haiwan dengan memperbaiki pengaliran darah dan menguatkan system imun serta memberi kesan kepada beberapa factor yang terlibat dalam penuaan. Hasil penyelidikan yang dibentangkan semasa persidangan mengenai diet dan kesihatan di Universiti Oregon Stata mendedahkan bahawa nutrient ini membantu mengekalkan paras glutation, iaitu kompaun anti oksida pelindung dan detoksifikasi. Ia juga bertindak sebagai agen anti-radang dan ia sesuai dengan pelbagai penyakit degeneratif.
Asid alfa juga merupakan anti oksida yang boleh memainkan peranan dalam melindungi sel-sel hati daripada kerosakan radikal bebas serta turut membantu vitamin-vitamin B dalam penghasilan tenaga daripada metabolisme karbohidrat, protein dan lemak.
ASTAXANTIN UNUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN
SOALAN:-
Saya berminat untuk memulakan pengambilan astaxantin sebagai suplemen harian. Adakah hanya orang yang bersenam akan memperolehi manfaat daripada pengambilan astaxanthin?
JAWAPAN:-
Astaxantin merupakan pigmen larut lemak yang bukan sekadar memberi warna yang cantik kepada sesetengah hidupan laut seperti ikan salmon, ketam, lobster dan alga mikro, tetapi merupakan karotenoid yang penting untuk pertumbuhan dan daya hidup haiwan itu sendiri.
Ramai yang sudah mengetahui bahawa pengambilan astaxantin bersama dengan amalan senaman boleh mempertingkatkan keberkesanan pengawalan berat badan dengan beberapa cara. Namun, tahukah anda bahawa hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa astaxantin yang memberikan kesan anti oksida yang kuat yang berkesan untuk mengekalkan keremajaan salur darah. Seiring dengan peningkatan usia, salur darah juga menerima kesannya. Antaranya termasuklah pengerasan salur darah yang menjejaskan peredaran darah yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Kolestro LDL telah diketahui umum sebagai factor yang menggalakkan kejadian aterosklerosis. Dengan pengambilan astaxantin harian, ia didapati boleh merencatkan pengoksidan kolesterol LDL (kolestrol berbahaya).
Astaxantin merupakan anti oksida yang kuat, di mana ia didapati 500 hingga 1000 kali lebih kuat berbanding vitamin E. Ini terutamanya bermanfaat dalam menentang tanda-tanda penuaan akibat serangan radikal bebas. Kepentingan yang tidak dapat diketepikan adalah manfaatnya dalam mencegah dan mengurangkan pembentukan garis-garis halus pada kulit akibat pendedahan sinar UV yang berlebihan.
UNTUK mendapat maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BIO-LIFE (Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 6.00 petang) di talian 03-78436981 (Semenanjung Malaysia) atau email : health@biolife.com.my
JANGAN PERKECIL KHASIAT TERLUR
Telur pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolestrol dalam badan.
Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negative kepada LDL-kolestrol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.
Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manafaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.
Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline – lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.
Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.
Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.
TERDAPAT PELBAGAI CARA YANG SIHAT UNTUK MENYEDIAKAN HIDANGAN BERASASKAN TELUR.
1. Untuk hidangan makan tengahari yang mudah dan pantas, pukul telur bersama keju rendah lemak dan campurkan sayur-sayuran. Masukkan kentang dalamketuhar gelombang bersama campuran telur.
2. Cuba salad bayam dan telur. Campurkan satu mangkuk kecil bayam dengan sayur-sayuran pilihan serta potongan kecil ayam atau daging. Kemudian campurkan telur yang telah direbus dan dipotong kecil.
3. Sarapan pagi berasaskan telur yang enak dan sihat. Beberapa butir telur dipukul bersama susu rendah lemak dan sedikit garam. Gunakan minyak zaitun dan kacau di atas kuali.
4. Untuk hidangan sampingan, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong ke dalam nasi. Tuangkan telur dan gaul. Taburkan sedikit keju rendah lemak.
5. Satu lagi hidangan untuk sarapan pagi. Ambil dua telur bersaiz besar, garam dan lada sulah untuk perisa. Pukul kesemua bahan. Goreng empat keeping tauhu yang telah dihancurkan dan tuang campuran telur. Kacau sehingga masak.
PEMERIKSAAN AWAL KANSER KOLON
Kanser kolon atau kanser rectum yang juga dikenali sebagaikanser kolorektal menyebabkan 655,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun
Ia merupaka penyebab utama kematian di kalangan lelaki Malaysia dan pembunuh ketiga di kalangan wanita Negara.
Kanser kolon bermula dengan polip. Peringkaan permulaan polip akan tumbuh berbentuk benjolan kecil seperti cendawan di permukaan kolon. Polip adalah petanda awal kanser kolon. Kebanyakan polip tidak bebahaya tetapi sesetengahnya boleh bertukar menjadi kanser.
Kanser kolon boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan awal. Oleh itu cara untuk mengelak daripada mendapat kanser kolon adalah dengan menjalani pemeriksaan doctor.
PEMERIKSAAN AWAL OLEH DOKTOR
Pemeriksaan awal bertujuan mengenalpasti atau mengesan kanser kepada pesakit yang tidak menunjukkan tanda gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser kolorektal. Kanser kolon boleh menyerang tanpa sebarang tanda. Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan, atau ujian, oleh doctor walaupun anda tidak mengalami sebarang tanda. Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan, atau ujian, oleh doctor walaupun anda tidak mengalami sebarang tanda dan gejala.
Berdasarkan data yang diperolehi dari Negara Barat, individu yang berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. Individu yang berisiko tinggi yang dimaksudkan adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser kolon. Mengikut panduan Amirica Gollege of Fastroenterology, jika anda mempunyak saudara terdekat (ibu bapa atau adik beradik) menghidapi kanser kolon pada usia 60 tahun ke atas atau sebelum umur 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Atau anda perlu melakukan pemeriksaan 10 tahun lebih awal daripada pesakit yang paling muda. Sebagai contoh, jika adik beradik anda menghidapi kanser kolon pada umur 38 tahun, anda perlu menjalani pemeriksaan pada umur 28 tahun.
Pemeriksaan awal oleh doctor untuk kanser kolorektal adalah penting untuk mengelakkan kanser kolon. Tetapi, ia memerlukan banyak sumber dan tenaga manusia untuk melakukannya. Selain daripada kolonoskopi yang merupakan cara terbaik untuk mengesan kanser kolorektal, terdapat kaedah lain untuk mengesan kanser kolon seperti pemeriksaan darah dari najis, barium enema, sigmoidoskopi dan imbasan kolonografi CT.
MENGESAN KANSER KOLON
Jika dikesal awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi bagi penghidap penyakit kanser kolon. Malangnya kebanyakkan pesakit berjumpa doctor apabila kanser pada tahap sudah teruk. Mereka enggan berjumpa doctor hingga tanda gejala berlarutan beberapa bulan.
Dan apabila mereka berjumpa dengan doctor, kanser tersebut mencapai tahap 3 (tahap yang agak teruk) atau 4 (kanser yang telah merebak ke organ lain, seperti hati, atau peparu). Tahap 4 merupakan kanser terminal dan kemungkinan peluang untuk hidup adalah tipis. Diagnosis awal adalah penting dan seharusnya pesakit mendapatkan rawatan segera sejurus mempunyai tanda gejala kanser kolorektal.
Sekiranya anda mempunyai tanda gejala kanser kolon dan mendapatkan pengesanan awal doctor, doctor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan usus atau kolonoskopi di bawah pembiusan ringan. Kolonoskopi adalah prosedur yang boleh dilakukan di bilik rawatan harian. Dalam procedur kolonoskopi doctor akan menggunakan skop iaitu satu tiub panjang dan boleh melentur (flexsibel) dengan garis pusat ½ inci. Tiub ini disambungkan kea lat perakam kamera video untuk doctor memeriksa seluruh kolon dan dubur (rectum). Prosedur ini boleh dilihat oleh doctor dengan jelas pada skrin televisyen. Semasa prosedur, doctor boleh membuang polip atau mengambil sample tisu yang tidak normal di dalam usus untuk dianalisis. Pembuangan polip bertujuan mengurangkan risiko pesakit mendapat kanser. Prosedur kolonoskopi berguna untuk mendiagnos penyakit dan ia juga berguna merawat pendarahan usus, membuang polip dan merawat usus yang tersumbat disebabkan kanser kolon.
Barium enema dan imbasan kolonografi adalah satu lagi cara yang sesuai untuk mendiagnos kanser kolon yang telah menyumbat lubang usus. Tetapi dengan cara ini doctor tidak dapat mengambil sample tisu kolon untuk dianalisa. Ujian darah CEA (Carcinoembryonic Antigen) tidak tepat untuk mengesan kanser kolon. Bagaimanapun, bacaar CEA yang tinggi tidak semestinya menunjukkan pesakit menghidap kanser kolon, tetapi kemungkinan pesakit menghidap kanser paru-paru atau kanser perut. Bacaan CEA yang tinggi boleh juga dikesan di kalangan perokok. Untuk peringatan, bacaan CEA pada paras normal tidak semestinya bermaksud seseorang itu bebas dari kanser kolon.
RAWATAN
Pembedahan – Harapan pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Sekiranya ketumbuhan yang dialami oleh pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan akan dilakukan. Cara pembedahan yang dilakukan bergantung pada lokasi ketumbuhan. Jika kanser tersebut adalah terlalu dekat dengan dubur, pesakit mungkin memerlukan beg kolostomi sementara dan kolon disambung semula selepas beberapa bulan. Lebih awal kanser dapat dikesan, lebih besar peluang pesakit dapat hidup dengan jangka masa yang lebih panjang.
Pembedahan kadang-kala juga akan dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kanser terminal di mana penyumbatan keadaan usus tersekat disebabkan kanser yang terlalu besar dan menutup lubang usus, yang juga boleh menyebabkan kebocoran usus, Colonic stenting atau proses penggunaan pendawaian tiub adalah alternatif lain untuk mengurangkan sumbatan kolon daripada kanser kolon.
KIMOTERAPI – doctor menggunakan ubat anti kanser untuk menghalang pertumbuhan atau membunuh sel kanser. Kebanyakan ubat anti kanser diberi melalui suntikan. Rawatan kemoterapi adalah lebih berkesan untuk membunuh sel kanser dan menghalang perulangan. Secara umumnya, cara ini mempunyai kesan sampingan tetapi boleh dikawal secara keseluruhan.
TERAOPI RADIASI – Menggunakan Sinar X berkuasa tinggi digunaka untuk membunuh sel kanser dan menghalangnya daripada merebak. Rawatan ini juga digunakan bersama kemoterapi untuk mengecutkan ketumbuhan sebelum pembedahan.
IMUNOTERAPI ATAU TERAPI BIOLOGI – Terapi ini meningkatkan fungsi anti kanser pesakit dengan menggunakan system imun tubuh badan untuk melawan kanser.
BOLEHKAH KANSER KOLON DICEGAH?
Walaupun factor risiko utama kanser kolon adalah gen anda, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan anda boleh mencegah kanser ini. Anda boleh melakukannya dengan menambah pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan diet rendah kalori, berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alcohol dan banyakkan bersenam adalah terbukti dapat mencegah daripada mendapat kanser.
Sekiranya anda mempunyai sejarah kanser kolon dalam keluarga, risiko andan mendapat kanser kolon adalah tinggi dan ujian pemeriksaan awal oleh doctor adalah sangat penting. Ingat, kanser kolon boleh dielakkan. Oleh itu, jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi, jalani ujian pemeriksaan awal. Jangan tunggu sehingga anda melihat tanda dan gejalanya untuk berjumpa DOKTOR.
Dr. Tan Huck Joo adalah presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia. Penulis rencana ini tidak menyokong dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysiaa yang disokong oleh Program Perut Sihat Vitagen. Untuk mendapatkan buku mengenai kesihatan system penghadaman secara percuma, sila hubungi 03-56211408
No comments:
Post a Comment