Serangan Jantung dan Minum Air Suam
Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung - Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Batu Karang Ginjal
Naim merupakan bekas atlet angkat berat 20 tahun yang lalu. Beliau kini bertugas sebagai pemandu teksi. Beliau tidak pernah risau tentang kejadian batu karang ginjal walaupun pernah melawat ayahnya di hospital yang dibedah keranan menghidap penyakit batu karang ginjal.
Seperti hari lain, Naim sedang menunggu penumpang dalam teksinya, apabilau beliau dengan tiba-tiba sakit yang amat sangan di bahagian perut, buah pinggang kiri sehinggakan celah peha dan bahagian kemaluan. Hasil pemeriksaan doktor, contoh air kencing Naim menunjukkan kandungan kalsium yang amat tinggi. Doktor juga mendapati X-ray Naim menunjukkan sebutir batu karang kecil dalam ginjal kirinya. Doktor menasihati Naim untuk menunggu agar batu karang kecil itu melepasi saluran ginjal dan tidak memilih pembedahan.
Sementara itu, Naim mengalami episode kesakitan yang amat sangat beberapa kali selepas itu. Beliau juga makin sering buang kecil. Enam bulan kemudian, doktor menganalisa keputusan ujian air kencing dan mendapati batu kecil itu telah melepasi saluran ginjal.
Naim dinasihati untuk mengurangkan pengambilan makanan yang oksalat. Kini lima tahun telah berlalu sejak episode kesakitan yang amat sangat dan Naim tiada masalah batu karang ginjal lagi setakat ini.
Batu Karang Ginjal terbentuk daripada deposit pelbagai bahan, sekecil sebutir pasir sehingga sebesar satu inci di dalam ginjal. Kebanyakan batu karang mengandungi kalsium seperti kalsium fosfat atau kalsium oksalat. Kadang kala batu karang ini terbentuk dari bahan makanan seperti asid urik dan cystine sejenis asid amino.
Sebatian ini tidak larut sempurna dalam air kencing dan apabila bahan ini menjadi ‘pekat’ terbentuklah kristal yang akan bertukar menjadi batu karang. Sebanyak 80% kejadian batu karang ginjal bagi semua peringkat umur terjadi akibat peningkatan tahap kalsium dalam air kencing. Kebanyakan mangsa mengambil diet yang normal dan mempunyai tahap kandungan darah yang normal kecuali kandungan kalsium dalam air kencing yang abnormal (terlalu tinggi).
Tahukah anda bahawa 12% hingga 14% lelaki dan 5% wanita akan menghidap batu karang menjelang umur 70 tahun. Batu karang ginjal ini juga adalah penyakit yang berketurunan. 10% hingga 25% penghidap penyakit gout akan mendapat penyakit batu karang yang terbentuk dari asid urik dan kebankan mereka adalah kaum Adam. Seseorang penghidap batu karang ginjal tidak akan seadr dirinya mempunyai batu karang tersebut sehinggalah dikejutkan tiba-tiba dengan sakit yang teramat sangat yang disebabkan oleh batu tersebut tersumbat di saluran dalam ginjal atau saluran pundi kencing.
Sekiranya batu karang tersebut menghalang pengaliran air kencing dalam saluran ginjal atau pundi kencing, ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang boleh menyebakan penghidap demam dan juga boleh merosakkan ginjal.
TANDA-TANDA AMARAN
Ø Kesakitan yang tiba-tiba di bahagian ginjal. Rasa sakit akan bermula ke bahagian depan badan dan seakan mengelilingi bahagian abdomen. Rasa sakit ini kadang-kadang akan terasa sampai ke bahagian kemaluan dan juga di bahagian dalam peha. Kesakitan ini teramat sangat sehinggakan amat sukar untuk bergerak dan juga sama teruk walaupun kita berdiam sahaja.
Ø Ada penghidap akan merasa mual, rasa nak muntah dan sakit perut.
Ø Sekiranya jangkitan dalam ginjal atau pundi kencing, penghidap akan merasa hendak demam diikuti dengan rasa seram sejuk.
Ø Wqlaupun jarang berlaku, kemungkinan terdapat darah dalam air kencing yang disebabkan oleh batu karang telah melukai saluran dalam ginjal.
Ø Terasa nak buang air kecil dengan kerap terutamanya apabila batu karang dalam pundit kencing.
RAWATAN DAN CARA PENCEGAHAN.
Ø Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari dan lebih air pada waktu malam. Air dapat mencairkan air kencing dan menghalang kalsium oksalat memekat dalam air kencing. Minum air sebelum tidur kerana inilah ketika kepekatan kalsium oksalat mula meningkat.
Ø Kurangkan pengambilan vitamin C. Kepada mereka yang mempunyai batu karang oksalat perlu mengurangkan pengambilan vitamin C kepada kurang dari 3 gram (3,000 miligram) sehari.
Ø Kurangkan pengambilan lemak dalam makanan terutamanya jika ada batu karang dari jenis kalsium oksalat.
Ø Kurangkan pengambilan protein terutamanya jika ada batu karang jenis asid urik. Protein didapati meningkatkan keasidan urine dan mungkin menjurus kepada pembentukan batu karang bagi sesetengah individu.
Ø Kurangkan pengambilan sodium. Terutamanya jika ada batu karang jenis berkalsium, lebih banyak sodium klorida yang perlu dikumuhkan dan ini juga bermakna lebih banyak kalsium yang akan bebas dalam air kencing untuk membentuk batu karang.
No comments:
Post a Comment