INGIN mengetahui tahap kepadatan tulang anda? Atau mahu keterangan lanjut mengenai kaedah membuang lemak menggunakan laser (laser liposuction)? Jangan tunggu lagi. Sertai bengkel Anggun Sihat Bergaya anjuran Marissa Esthethic yang akan berlangsung di Equatorial Bangi, Selangor pada 23 Oktober ini.
Tempat terhad menunggu anda. Pastinya peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Pelbagai kaedah rawatan terkini serta panduan mengenai penyakit dan kecantikan akan dikongsi bersama oleh Dr. Rushmini Maris Ismail. Dengan bayaran RM200, anda akan menimba pelbagai ilmu baik dari segi teori mahu pun praktikal.
Paling penting adalah pengetahuan tentang hormon dan anti penuaan. Kedua-duanya saling berkaitan tetapi tidak bermakna menolak kehadiran usia tua sebaliknya persediaan menghadapinya dalam suasana sihat.
Dr. Rushmini menegaskan, usia tua tidak bermakna jika seseorang sarat dengan penyakit dan menyusahkan orang lain. Sebab itu persediaan menghadapinya mesti dibuat ketika badan masih sihat.
''Jadi tentunya tidak rugi jika membayar untuk mendapatkan pengetahuan tentang ilmu yang amat berguna untuk kita semua,'' katanya yang juga akan bercakap mengenai obesiti yang kini menjadi fenomena global.
Katanya, keuntungan bukan objektif penganjuran bengkel. Yuran penyertaan 'dibayar' balik dalam bentuk konsultasi dan ubatubatan selain peluang mencuba sendiri beberapa rawatan yang turut disediakan semasa bengkel.
Beliau mahu orang ramai sedar tentang pentingnya penjagaan kesihatan terutama perkara asas yang sering dilupakan seperti aspek pemakanan.
Menarik tentang bengkel yang bermula pada 9 pagi hingga 5 petang itu adalah peserta boleh mencuba pengimbas tulang (bone scanner) untuk mengetahui kepadatan tulang masing-masing.
Bengkel itu juga akan menampilkan Dr. Shaharom Sulaiman dari Thalia Clinic. Beliau akan fokus kepada pembentukan tubuh, kekal langsing dan teknologi liposuction menggunakan laser. Wakil Protherapix Sdn. Bhd penaja utama bengkel pula akan memperkatakan tentang kesihatan dalaman melibatkan jantung, tulang dan usus.
Jangan lepaskan peluang kerana pelbagai laser turut didatangkan khas sempena bengkel untuk dicuba oleh para peserta. Sesi mekap oleh KISS Mineral Makeup juga akan diadakan bagi mereka yang ingin belajar tata rias diri. Turut ditawarkan baucer RM300, cendera hati dan kepada mereka yang mengalami masalah obesiti, boleh mencuba rawatan enzim secara percuma.
Yuran penyertaan sebanyak RM200, berminat boleh hubungi 03-87234808 atau 013-2448484. Bengkel turut mendapat kerjasama M2 - sisipan akhbar Mingguan Malaysia.
No comments:
Post a Comment