BIASANYA pesakit jantung diberi ubat aspirin untuk mencairkan darah. Adakah mereka perlu memberitahu doktor atau menghentikan pengambilan ubat ini jika mahu menjalani rawatan, contohnya mencabut gigi?
Adakah pengambilan aspirin ini untuk sepanjang hayat atau boleh dihentikan atas nasihat doktor?

SOALAN
BIASANYA pesakit jantung diberi ubat aspirin untuk mencairkan darah. Adakah mereka perlu memberitahu doktor atau menghentikan pengambilan ubat ini jika mahu menjalani rawatan, contohnya mencabut gigi? Adakah pengambilan aspirin ini untuk sepanjang hayat atau boleh dihentikan atas nasihat doktor? - (NLH)
JAWAPAN
Aspirin adalah ubat yang wujud lebih seabad lamanya. Malah, aspirin yang bahan kimianya berasal daripada pohon willow digunakan sejak zaman ahli tabib Yunani, Hippocrates dan masyarakat Cina berkurun lalu, di mana daun dan kulit kayu dari pohon ini diambil untuk menghilangkan rasa sakit.
Walaupun penggunaan aspirin berkurangan pada pertengahan abad lalu selepas penemuan paracetamol pada 1956, populariti aspirin kembali semula sejak 1980-an apabila aspirin digunakan secara meluas untuk mengubati penyakit jantung koronari.
Serangan jantung atau infarksi miokardium berlaku apabila gumpalan darah terjadi di dalam pembuluh darah koronari secara tiba-tiba, menyebabkan pengaliran darah terhenti. Ini mengakibatkan kerosakan teruk pada otot jantung yang ketandusan darah.
Dalam proses awal pembekuan darah, sel darah platelet yang diaktifkan akan melekat sesama sendiri sebelum menjadi gumpalan darah. Aspirin, pada dos lebih rendah daripada yang digunakan bagi tujuan menghilangkan kesakitan, bertindak ke atas platelet berkenaan lalu ‘mencairkan darah’ dan mengelak berlakunya serangan jantung.
Kajian mendapati jika aspirin diberi ketika infarksi mikardium, ia boleh mengurangkan kadar kematian sebanyak 25 peratus. Oleh itu aspirin antara ubat paling penting untuk seseorang pesakit penyakit jantung koronari dan harus diambil sepanjang hayat dan tidak boleh dihentikan, walaupun sehari, melainkan atas sebab tertentu.
Bagi kebanyakan rawatan dan pembedahan kecil seperti mencabut gigi, aspirin tidak perlu dihentikan. Ini kerana pendarahan yang berlaku tidak serius dan mudah ditangani.
Bagaimanapun, untuk pembedahan lebih besar seperti pembedahan perut dan usus atau penggantian sendi lutut, pengambilan aspirin perlu dihentikan untuk beberapa hari bagi mengelak komplikasi pendarahan. Dalam apa pun situasi, anda harus mendapatkan nasihat pakar jantung yang merawat anda sebelum berhenti memakan aspirin.

Gangguan aliran darah
TAHUKAH anda bahawa 50 peratus daripada 10,000 kes amputasi (pemotongan) kaki yang dilakukan ke atas pesakit kencing manis setiap tahun boleh dielak?
Penyakit vaskular pinggiran adalah penyakit yang membabitkan gangguan aliran darah di kaki. Seperti penyakit kardiovaskular yang lain, ia disebabkan proses arteriosklerosis, iaitu kejadian plak ateroma yang terdiri daripada kolesterol dan sel-sel radang di dinding salur darah. Lama kelamaan plak berkenaan membesar dan menyebabkan penyempitan salur darah.
Penyempitan ini boleh berlaku di salur darah koronari. Jika ia bertambah teruk, otot jantung tidak akan mendapat darah dan oksigen yang cukup. Ini boleh mengakibatkan berlakunya angina (sakit di dada) atau serangan jantung. Jika penyumbatan salur darah berlaku di otak, strok atau angin ahmar akan terjadi.
Apa gejala dan tanda penyakit vaskular pinggiran?
Apabila pengaliran darah ke kaki berkurangan, otot kaki tidak akan mendapat oksigen dan nutrien secukupnya. Keadaan sedemikian dipanggil iskemia dan boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian kaki.
Iskemia selalunya dialami semasa berjalan dan hilang selepas berehat beberapa minit. Gejala begini dikenali klaudikasi. Jika proses iskemia ini menjadi teruk, jarak seseorang itu berjalan sebelum sakit di kaki bermula akan menjadi lebih pendek.

Malah, jika penyakit vaskular pinggiran itu menjadi lebih parah, pesakit akan mengalami gejala seperti kebas, sejuk atau sakit berpanjangan ketika berehat. Jika ada luka atau ulser pada kaki, ia tidak sembuh atau mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Ketandusan darah ini menyebabkan tisu ibu jari kaki dan keseluruhan kaki rosak; dan keadaan ini dipanggil ganggren. Jika dibiarkan berterusan pesakit berisiko tinggi mendapat jangkitan kuman yang serius sehingga boleh membawa maut.
Pada tahap ini, doktor tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyarankan supaya kaki pesakit terbabit dipotong.
Bolehkah keadaan ini boleh dielak? Apakah rawatan yang ada?
Faktor risiko untuk mendapat penyakit arteri pinggiran ialah menghidap kencing manis, mempunyai masalah tekanan darah tinggi, kolesterol berlebihan dan merokok. Kewujudan faktor ini perlu dikenal pasti melalui pemeriksaan kesihatan berkala dan sekiranya ada, langkah-langkah wajar harus diambil untuk menanganinya.
Paras glukosa darah perlu dikawal dengan rapi untuk mengelak komplikasi diabetes. Jika merokok haruslah berhenti segera, amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta kerap bersenam untuk mengawal hipertensi, kolesterol berlebihan dan diabetes.
Rawatan khusus
Rawatan yang khusus kepada penyakit vaskular pinggiran terbahagi kepada tiga iaitu:

· Ubat
· Pembedahan graf pintasan arteri
· Angioplasti
Ubat-ubatan
Ia bertindak untuk:
Ubat-ubatan
Ia bertindak untuk:
· Mencairkan darah (contohnya aspirin dan clopidogrel)
· Mengawal paras kolesterol
· Ubat khusus untuk penyakit yang berkaitan (contohnya kencing manis dan tekanan darah tinggi)
· Ubat tahan sakit, jika ada
Pembedahan graf pintasan arteri
Pembedahan membabitkan penyambungan antara dua tempat pada arteri yang bermasalah dengan memintas bahagian yang tersumbat menggunakan graf sintetik atau graf semula jadi seperti vena (salur darah) kaki.
Ini kaedah terbaik untuk arteri yang tersumbat sepenuhnya (100 peratus), terutama jika bahagian yang bermasalah itu panjang. Jika banyak bahagian pada arteri itu tersumbat atau arteri femoral (iaitu arteri di bahagian peha) yang terbabit, maka pembedahan adalah kaedah yang terbaik.
Angioplasti
Seperti angioplasti koronari, penyempitan salur darah di kaki boleh dirawati dengan menggunakan kaedah angioplasti belon. Ruang dalam pembuluh darah yang sempit itu boleh dibuka luas dengan meletakkan belon dan meniupkannya selama beberapa saat.
Jika perlu, satu gegelung besi yang dipanggil stent boleh dimasukkan ke dalam pembuluh darah berkenaan untuk memberi hasil angioplasti yang lebih baik.
Angioplasti didapati setanding atau lebih baik berbanding dengan pembedahan jika penyumbatan itu terjadi di arteri iliak, iaitu pembuluh darah yang menyambungkan aorta dan arteri femoral di peha.
Ia juga adalah kaedah yang berkesan sekiranya pesakit itu mempunyai masalah perubatan yang lain seperti penyakit jantung koronari atau strok yang meletakkan pesakit dalam kategori berisiko tinggi untuk menjalani pembedahan.
Ini juga kaedah yang berkesan untuk membantu menyelamatkan kaki daripada dipotong bagi kes iskemia anggota kritikal.
Apakah langkah seterusnya?
Amalkan gaya hidup sihat dengan sering bersenam, menjaga berat badan, tidak merokok dan mengamal pemakanan sihat dan seimbang,

· Jika terdapat gejala atau tanda penyakit vaskular pinggiran seperti di atas, segera berjumpa doktor.
· Jika anda menghidap kencing manis, ambil langkah sesuai untuk menjaga kaki anda dengan baik. Pastikan kaki dan jari kaki anda sentiasa bersih dan kering. Jika ada luka, walaupun kecil, segera dapatkan nasihat doktor.
· Walaupun diri berasa sihat, masih wajar untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ini kerana penyakit yang dikesan pada peringkat awal selalunya mempunyai peluang untuk baik dengan sepenuhnya atau sekurang-kurangnya boleh dikawal dengan baik.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini pembaca boleh menyertai Minggu Kesedaran Pembuluh Darah yang diadakan pada 20 hingga 26 Julai di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-76807000.

Doktor Jantung: Risiko H1N1
SAYA menerima dua soalan yang sangat menarik, pertama membabitkan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan dan kedua berkisar kepada isu ubat untuk pesakit jantung.

SETIAP hari media menceritakan mengenai wabak H1N1 yang melanda beberapa negara dan mengorbankan banyak nyawa. Walaupun di Malaysia masalah ini nampak masih terkawal, saya bimbang kerana suami saya ada masalah jantung dan akan pergi ke beberapa negara di Eropah minggu depan untuk tujuan perniagaan. Adakah beliau mempunyai risiko lebih berbanding orang lain untuk dijangkiti penyakit ini? Bolehkah ia membawa kepada kerosakan jantung? - (ISTERI PESAKIT JANTUNG)

Wabak Influenza A H1N1 diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Jun lalu sebagai wabak pandemik. Di Malaysia, walaupun wabak ini nampak terkawal, kes pertama jangkitan sesama manusia dikesan beberapa hari lalu dan harus dipandang serius.
Penyakit H1N1 pada mulanya disebabkan jangkitan virus secara langsung daripada babi yang dijangkiti kepada manusia dan mula dikesan di Mexico pada April lalu. Oleh kerana kemudahan pengangkutan udara, wabak ini merebak ke lebih 70 negara.
Jangkitan manusia ke manusia boleh berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat Influenza A H1N1 seperti air liur yang terpercik ketika bercakap, cecair mulut dan hidung sewaktu batuk dan bersin terkena terus kepada orang di sekeliling mereka. Jangkitan juga boleh berlaku apabila kita tersentuh bahan yang tercemar dengan virus seperti kertas tisu.
Bagi manusia, simptom jangkitan Influenza A H1N1 adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa. Dalam kes lebih serius, ia boleh menyebabkan radang paru-paru yang boleh membawa kepada kematian.
Setakat ini, tiada kesan Influenza A H1N1 secara langsung kepada jantung yang sihat. Bagaimanapun, pesakit jantung lebih mudah mengalami masalah kerana penyakit selsema ini boleh mengakibatkan tekanan kepada sistem kardiovaskular.
Pesakit akan mengalami sesak nafas, perubahan tekanan darah dan denyutan jantung yang laju. Oleh itu, pesakit jantung seperti suami puan mempunyai risiko lebih tinggi berbanding seorang yang tiada masalah jantung.
Antara langkah pencegahan yang perlu diambil suami puan ialah:
· Buat pemeriksaan doktor sebelum pergi, terutama jika negara yang bakal dilawati ada kes A H1N1
· Bawa ubat rawatan jantung secukupnya. Bawa laporan perubatan terkini sebagai persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan
· Ambil insurans perubatan perjalanan. Kos rawatan di negara lain adalah mahal
· Elak ada berdekatan orang demam dan tidak sihat
· Guna penutup muka untuk menutup hidung dan mulut di te mpat tertentu
· Amalkan selalu membasuh tangan selepas bersalaman atau menyentuh bahan dicemari
· Dapatkan tidur dan rehat yang cukup, makan makanan berkhasiat dan bersenam untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan
· Elak tempat yang dikunjungi ramai orang. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak
· Jika demam dan ada simptom selesema, segera dapatkan rawatan doktor
· Berjumpa doktor sejurus pulang ke tanah air
No comments:
Post a Comment