Saturday, October 1, 2011

Rahsia langsing Rozita

KEISTIMEWAAN Rozita Ibrahim adalah mencuba setiap produk yang dihasilkan. Beliau sanggup menjadi bahan eksperimen. Jika kebanyakan produk menampilkan orang lain sebagai ‘testimoni’, Rozita sebaliknya. Pengasas Sendayu Tinggi itu menjadi model produk keluarannya, itu pun setelah memastikan keberkesanannya menerusi pengalaman diri sendiri.

Beliau tidak pernah peduli apa kata orang lain. Yang penting adalah kepuasan pengguna produk Sendayu Tinggi yang hakikatnya telah mengangkat nama Rozita sebagai salah seorang jutawan kosmetik.

Sebab itu beliau tidak pernah berhenti menghasilkan yang terbaik. Rangkaian produk Sendayu Tinggi tidak terhad untuk kecantikan semata-mata. Bagi Rozita, cantik mesti seiring dengan sihat, justeru barisan produk Sendayu Tinggi mensasarkan kedua-duanya. Menariknya, biar pun telah ada rangkaian produk untuk mengatasi sesuatu masalah, Rozita tidak mahu berhenti setakat itu. Beliau sentiasa mahu penambahbaikan dan menjadikan penyelidikan sebagai asas kekuatan produk yang dihasilkannya.

Sebab itu biar pun Sendayu Tinggi telah mempunyai rangkaian produk pelangsingan badan misalnya, Rozita mahu melakukan penambahbaikan terutamanya apabila ada pelanggan yang tidak begitu sesuai menggunakan produk tersebut.

Untuk itu, Rozita sekali lagi menjadikan dirinya sebagai bahan eksperimen, kebetulan beliau mengalami masalah kegemukan selepas melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu.

Berat badannya meningkat daripada 51 kilogram sehingga mencecah 72 kilogram.
‘‘Saya akui agak tertekan dan mengalami pelbagai masalah termasuk sukar berdiri selepas bangun tidur, sakit tumit, sakit otot dan malas bergerak.

‘‘Anak sulung saya yang juga Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berseloroh agar saya kurus semula demi kesihatan dan demi jenama Sendayu Tinggi,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Biar pun nada berseloroh tetapi Noorhayati Kamaruzaman hakikatnya serius mahu ibunya kembali kurus. Beliau bimbang ibunya mengalami penyakit, selain kecantikan pengasas Sendayu Tinggi itu yang semakin tenggelam akibat masalah kegemukan, malah wajah Rozita juga kelihatan tua.
‘‘Bila gemuk bukan sahaja pipi kembang, hidung pun ikut kembang sekali. Hilang seri awet muda,’’ katanya. Sejak itu pelbagai usaha dibuat termasuk menjaga pemakanan namun usahanya selama setahun tidak membuahkan hasil.
Hasil penyelidikan Rozita dan anaknya, serta lawatan ke pameran di luar negara membawa kepada penemuan ekstrak seperti Garnicia Cambogia serta Citrus Aurantium yang sangat bagus dalam membantu proses menurunkan berat badan.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau mencuba satu formulasi daripada ekstrak tersebut dan hasilnya ternyata memberangsangkan.
‘‘Dua bulan pertama berat saya turun sebanyak 2 kilogram. Sememangnya saya sangat teruja dan pada masa yang sama mengekalkan amalan diet antara lain mengelak makanan sayuran dari pucuk, kekacang dan lain-lain,’’ katanya.
Daripada itu lahirlah minuman pelangsingan Bio Triple Slym berasaskan herba yang membantu mengurangkan selera dan menawarkan kesan tiga kali ganda lebih cepat.
‘‘Istimewanya minuman ini turut membekalkan tenaga. Gabungan diet dan produk terbaru Sendayu Tinggi ini berat badan saya turun daripada 71 kilogram kepada 52 kilogram,’’ katanya.
Teruja berjaya meyarung baju-baju lama dan penampilan diri semakin jelita, Rozita mensasarkan berat badan 48 kilogram. Mahu berkongsi resipi tampil langsing, anggun dan sihat dengan mereka yang peka kesihatan diri, Bio Triple Slym ditawarkan pada harga hanya RM44.
Selain itu, beliau turut memperkenalkan Lempoyang Heat Cream iaitu minyak panas yang memberikan kesan panas sehingga 24 jam untuk kelegaan sakit-sakit sendi, menghilangkan perut buncit selepas bersalin, mengurangkan lemak dan ketidakselesaan badan. Tentunya lempoyang menawarkan keistimewaan tersendiri berdasarkan kajian yang telah dibuat. Kedua-dua produk terkini itu melengkapkan set pelansingan awal iaitu Lucimax, Garlic Plus dan Slimmertique yang sehingga kini bertahan di pasaran.
Berminat mengetahui lebih lanjut tentang Bio Triple Slim dan Lempoyang Heat, boleh hubungi ibu pejabat Wisma Sendayu Tinggi di talian 0326935133.

Rawat pigmentasi, rangsang kolagen

 

SEMUA wanita inginkan wajah yang sentiasa kelihatan muda. Tiada siapa ingin kelihatan tua. Apa yang sebenarnya menyebabkan wajah kelihatan tua? Cuba lihat gambar semasa kita muda kemudian bandingkan dengan wajah sekarang. Mungkin banyak perubahan yang anda lihat. Dua perubahan paling ketara yang boleh membuat wajah nampak lebih tua adalah kehadiran pigmentasi pada wajah dan kedut-kedut muka.
Tahukah anda, dengan merawat masalah jeragat, anda boleh kelihatan lebih muda lima ke 10 tahun. Masalah pigmentasi yang sering berlaku di kalangan wanita Melayu berusia selepas 30-an adalah melasma.
Apakah itu melasma , masih belum di ketahui dengan jelasnya. Namun begitu ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan melasma antaranya kehamilan, pil perancang dan pil gantian hormone menopaus. Melasma yang disebabkan perubahan hormon boleh hilang dengan sendiri beberapa bulan selepas kelahiran atau apabila seseorang berhenti mengambil pil-pil hormon tersebut. Faktor lain yang menyebabkan melasma adalah pendedahan kepada sinaran UV yang kronik atau komplikasi kepada salah penggunaan bahan kosmetik. Melasma yang disebab kan faktor ini agak sukar dirawat .
Melasma adalah longgokan pigmen kulit sama ada di lapisan epidermis (lapisan atas), dermis (lapisan bawah kulit) atau kedua-duanya. Setakat ini tiada barangan kosmetik atau barangan penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.
Satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan adalah penggunaan pelindung mata hari. Melindungi kulit daripada sinaran UV memang boleh mengelakkan melasma. Sebilangan besar kes melasma adalah disebabkan tiada perlindungan kulit muka terhadap sinaran UV matahari. Namun begitu jika anda sudah mempunyai melasma, sunblock tidak boleh membantu menghilangkannya. Ia hanya boleh mengelakkan melasma imerebak, walaupun krim anda mengandungi bahan pencerah.
Masalah melasma hanya boleh dirawat oleh doktor pakar kulit atau doktor estetik. Jika anda mempunyai masalah melasma , janganlah membuang masa dan wang membuat rawatan facial a kerana tanpa rawatan profesional, masalah anda tidak boleh di atasi. Setakat ini masih belum ada lagi bahan kosmetik atau krim penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma
Untuk mengenalpasti sama ada melasma anda jenis epidermal , dermal atau campuran, doktor boleh melakukan ujian "woodlights". Apabila kulit disinari dengan lampu woodlights , doktor akan dapat membezakan samaada melasma atau jeragat anda adalah jenis di permukaan kulit , dalam kulit atau kedua-dua nya.
Untuk merawat melasma jenis epidermal (lapisan atas) kulit, doktor boleh melakukan chemical peeling dan merawat dengan krim hydroquinone dan tretinoin. Kedua-dua bahan seperti hydroquinone dan tretinoine adalah bahan aktif berjadual dan hanya boleh digunakan dengan pengawasan doktor. Manakala di klinik estetik , doktor juga boleh merawatnya dengan rawatan "Intense Pulse Light" atau rawatan laser.
Namun begitu kebanyakan melasma yang dialami oleh wanita adalah dari jenis dermal (lapisan bawah ) kulit atau melasma campuran (epidermal dan dermal) kulit. Melasma jenis ini sangat degil dan susah dirawat kerana kedudukannya di bawah kulit.
Untuk merawat masalah melasma jenis dermal atau campuran agak sukar. Rawatan dengan menggunakan hydroquinone dan tretinoine tidak dapat menghilangkannya. Masalah melasma jenis campuran ini hanya berkesan dengan rawatan laser Q Switched Nd:Yag .
Secara umumnya, seseorang pesakit perlu menjalani 10 hingga 12 sesi rawatan laser untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Laser ini berkesan dengan "menghancurkan" pigmen hitam. Pigmen yang hancur akan diserap perlahan-lahan oleh badan. Namun begitu proses menghancurkan pigmen perlulah dilakukan berperingkat-peringkat agar tiada kesan sampingan ke atas kulit yang menerima rawatan laser. Kelebihan rawatan laser juga adalah ia boleh meresap jauh ke lapisan dermis kulit. Hanya laser Q switched sahaja yang boleh menyerap lapisan dalam kulit dan memecahkan pigmen tanpa merosakkan lapisan atas kulit.
Selain merawat melasma, rawatan yang berulang juga boleh merangsang kulit untuk menghasilkan kolagen. Peningkatan kandungan kolagen di lapisan kulit boleh menghilangkan atau mengurangkan garis-garis halus serta mengecilkan pori-pori muka .
Ingin saya tekankan bahawa rawatan yang paling berkesan adalah pencegahan. Ramai wanita Melayu tidak menggunakan sunblock . Sunblock sepatutnya digunakan sejak remajai. Jika anak anak anda menggunakannya dari muda, ia bukan sahaja boleh mengelak masalah pigmentasi di hari tua, malah mengekalkan kandungan kolagen daripada dirosakkan oleh UV matahari. Kandungan kolagen yang tinggi di kulit muka boleh melambatkan proses penuaan wajah. Untuk kulit wanita Asia dan keadaan matahari yang terik di Malaysia, saya mencadangkan penggunaan sunblock dengan SPF 35 dan ke atas.
Akhir sekali, anda tidak perlu malu menggunakan payung jika berjalan di tengah panas walaupun untuk seketika. Ingat pencegahan adalah rawatan terbaik untuk kekal kelihatan muda dan jelita.
PENULIS boleh dihubungi di 09-5164777.

Sendawa, sakit perut tanpa sebab

Fakta memang tidak berbohong: penyakit sistem penghadaman semakin meningkat saban hari dan kini menjadi 10 punca kematian paling tinggi di Malaysia. Ketahui lebih lanjut dari para pakar sistem penghadaman tentang bagaimana risiko dapat dikurangkan dan cara pengurusan kepada masalah penghadaman anda. Panel pakar kami akan cuba menjawab persoalan atau menjelaskan segala keraguan anda tentang kesihatan penghadaman. Hantarkan persoalan anda bersama dengan nama, jantina, umur, alamat dan nombor telefon ke emel: digestivehealth@versa-group.com dan faks ke: 03-5638 9909.
Kandungan artikel ini adalah sebagai panduan atau rujukan sahaja, dan tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan daripada doktor.
Soalan: Saya sering sendawa tanpa sebab dan mengalami sakit perut yang teruk. Masalah sendawa ini sudah berlarutan kira-kira satu minggu sekarang. Saya juga rasa loya apabila sendawa. Saya suka keluar bersantai tetapi kini saya jarang berbuat demikian disebabkan masalah ini. Apakah yang berlaku? Apakah yang saya harus buat bagi mengurangkan gejala ini?
* Pembaca: Nurul Ain Abdullah
Apabila kita sendawa, gas yang terkumpul dalam perut dikeluarkan melalui mulut kita. Sendawa, juga dikenali sebagai tahak, tidak semestinya menandakan masalah kesihatan yang serius.
Lazimnya sendawa adalah disebabkan oleh tabiat makan yang salah. Waktu makan yang tidak tepat dan juga kecenderungan makan berlebihan boleh menyebabkan sendawa yang teruk. Di samping itu, pengambilan makanan pedas dan berminyak yang banyak juga boleh memburukkan masalah sendawa, termasuk masalah seperti sakit perut yang anda sebutkan tadi.
Selain itu, penyakit refluks gastroesofagus (GERD) juga boleh menjadi punca utama sendawa berlebihan. Penyakit refluks asid ini menolak asid dari perut ke esofagus dan menyebabkan pedih hulu hati dan sendawa berterusan.
Sesetengah orang pula banyak sendawa dan bertahak disebabkan udara yang ditelan. Udara memasuki saluran gastrousus apabila kita bernafas atau bercakap sambil makan.
Jika kita mahu mengurangkan masalah sendawa berlebihan ini, kita harus mengubah pengambilan makanan kita dengan mengurangkan minuman bergas serta makanan pedas dan berminyak yang boleh meningkatkan sendawa. Ini adalah antara beberapa punca atau sebab kita kadangkala sendawa secara berlebihan.
Anda boleh pergi berjalan-jalan selepas makan supaya makanan boleh dihadamkan dengan baik. Elakkan makanan tertentu yang sukar dihadam seperti sayur kacang, bawang, kubis bulat, kubis bunga, kentang, oat dan produk susu. Anda juga harus mengurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi yang banyak menghasilkan gas. Teh halia boleh diminum untuk membantu mengeluarkan angin dan melegakan kembung perut.
Soalan: Najis saya berwarna hitam seperti tar. Perut saya rasa kurang selesa seolah-olah kembung dan ini mengurangkan selera makan saya. Saya bekerja di restoran dan saya makan banyak makanan berminyak seperti sos perang, mentega, mayones dan kuah yang mengandungi minyak. Najis saya berwarna hitam sejak 2 hari lalu. Apakah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan keadaan saya ini?
* Pembaca: Mohamad Mustafa Salim
Najis hitam, bergris atau seperti tar menandakan pendarahan dalaman. Salah satu sebabnya mungkin kerana makanan yang diambil. Kadangkala semakin usia kita meningkat, badan kita berubah dan alahan boleh berlaku. Makanan berminyak, berlemak dan pedas juga boleh mencetuskan sindrom ini. Ia juga boleh disebabkan jumlah zat besi yang berlebihan dalam makanan anda. Masalah ini boleh dirawat dengan hanya mengubah diet makanan anda.
Najis hitam juga boleh disebabkan pendarahan di bahagian atas gastrousus. Warna hitam menandakan kehadiran darah yang dihadamkan dalam najis. Ia lazimnya berpunca daripada penyakit atau kecederaan di mana-mana sistem penghadaman, dari bahagian mulut hingga usus kecil. Pendarahan itu sendiri boleh berlaku atas banyak sebab, baik yang ringan dan mudah dirawat mahupun yang mengancam nyawa. Penyakit yang mungkin dialami termasuk kanser perut, sirosis hati dan gastritis atau ulser peptik.
Satu lagi punca najis hitam ialah garam bismut sulfat, sejenis ubat yang diambil untuk merawat masalah penghadaman. Namun, najis hitam dalam kes ini tidak menandakan pendarahan gastrousus.
Untuk menangani masalah ini, anda harus makan sayuran dan makanan yang kaya dengan serat semula jadi dan kurang lemak tepu. Jika anda sedang mengambil ubat, anda masih boleh meneruskan pengambilannya tetapi elak penggunaan ubat antiradang yang berterusan dan berlebihan seperti ibuprofen, naproxen dan aspirin. Di samping itu, anda harus mengehadkan pengambilan alkohol memandangkan jumlah alkohol yang banyak boleh merengsakan pelapik esofagus dan perut dan ini boleh menjadi punca pendarahan.
Jika anda tidak dapat mengenal pasti sebab pemakanan sebagai punca najis hitam, dan jika anda mengalami kembung perut dan khususnya rasa tidak selesa atau sakit dalam perut, anda harus berjumpa dengan doktor. Lebih awal anda mengetahui sebab musababnya, lebih awal anda boleh mendapatkan rawatan dan lebih cepat anda boleh mengatasi masalah tersebut.
Professor Madya Dr Sheikh Anwar Abdullah adalah seorang perunding gastroenterologi dalam Badan Penasihat Perut Sihat. Penulis ini tidak mempunyai kaitan dan tidak menyokong sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Badan Penasihat Perut Sihat dan disokong oleh Program Perut Sihat Vitagen. Untuk mendapat buku panduan kesihatan penghadaman secara percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-5621 1408.

Masih boleh dirawat

 



Pembedahan bagi membuang tumor di bahagian kepala dan leher agak rumit dan memakan tempoh yang lama.



TATKALA Pakar Bedah Kanser Kepala dan Leher dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Mohd. Razif Mohamad Yunus menunjukkan gambar-gambar pesakit dibedah akibat menghidap kanser jenis itu, terbit satu perasaan yang sukar diungkapkan di dada penulis.
Rasa gerun, takut dan seriau menyelubungi diri. Tidak dapat diungkapkan bagaimana keadaan pesakit yang menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian tersebut.
Penulis percaya, bila disebut tentang kanser, bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila ia membabitkan bahagian kepala.
"Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pesakit kanser di bahagian kepala dan leher mampu diselamatkan andainya mereka bertindak dari peringkat awal. Walaupun bukan 100 peratus pulih seperti asal, namun sekurang-kurangnya kita mampu menyelamatkan atau memanjangkan hayat mereka dengan hidup yang lebih berkualiti," kata beliau.
Menurut Prof Mohd. Razif, kanser kepala dan leher dirujuk sebagai satu kumpulan kanser di bahagian bawah otak hingga ke bahagian esofagus. Ia merangkumi bibir, rongga mulut (termasuk lidah), rongga hidung, sinus, tekak, peti suara dan salur pemakanan. Kadangkala, ia melibatkan kes kombinasi dengan otak yang turut memerlukan perhatian pakar neurologi.
Katanya, sebanyak 90 peratus daripada kanser jenis itu merupakan sel squamous carcinoma yang berasal daripada lapisan mukosal (epitelium) di kawasan tersebut. Biasanya ia akan merebak ke kawasan nodus limfa pada leher dan ini merupakan tanda-tanda yang biasa dapat dilihat ketika diagnosis.
Menurut beliau, punca yang dikaitkan dengan kanser kepala dan leher adalah merokok, pengambilan minuman beralkohol, amalan mengunyah pinang, sirih dan juga gambir serta beberapa jenis virus seperti virus papiloma manusia (HPV).
Kata Prof. Mohd. Razif, kanser kepala dan leher lebih biasa menyerang golongan lelaki usia pertengahan namun kes melibatkan wanita muda berusia sekitar 20-an turut ditemui sejak akhir-akhir ini.
Ditanya sejauh mana seriusnya penyakit ini kata beliau, ia bergantung kepada peringkat mana ia dikesan dan dirawat. Jika masih diperingkat awal, pesakit mampu diselamatkan.
Walaupun umum jarang membicarakan mengenai kanser kepala dan leher, hakikatnya secara global penyakit itu merupakan antara tiga jenis kanser yang paling banyak dihidapi oleh kaum lelaki. Dan angkanya juga menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Pada tahun 2009, sebanyak 35,720 kes kanser kepala dan leher dikesan di Amerika Syarikat.
Simptom dan tanda-tanda:
Kanser di bahagian tekak biasanya bermula dengan simptom biasa seperti pembesaran nodus limfa di luar bahagian leher, sakit tekak atau perubahan suara. Namun jika ia berkaitan dengan kanser, keadaan ini kelihatan lebih kronik. Ia mungkin dapat dilihat dengan jelas melalui benjolan atau kesakitan di bahagian tekak, leher yang tidak sembuh untuk tempoh yang lama. Pertuturan turut terjejas dan pesakit mungkin mengalami sakit di bahagian telinga.
Menurut Prof. Mohd. Razif, biasanya kanser di bahagian kepala dan leher mudah dikesan.
"Sebagai contoh, kanser di dalam hidung. Pesakit akan menyedari kelainan dan rasa terdapat ketumbuhan, bengkak dan keluar darah di bahagian yang terbabit. Adakalanya ketumbuhan tersebut akan keluar daripada hidung, begitu juga di bahagian-bahagian lain.
"Bagi kanser lidah dan mulut pula, ia biasanya ditunjukkan melalui ulser pada mulut yang luar biasa," katanya.
Jelas beliau, ulser adalah masalah biasa setiap individu dan ia akan pulih dengan sendirinya selepas beberapa hari. Namun dalam kes ini, ulser terlalu lama melebihi dua minggu dan ia semakin membesar sehingga berdarah memberi petanda bahawa ia bukan sesuatu yang biasa.
Seandainya kanser itu terdapat di bahagian tekak pula, pesakit biasanya mengalami kesukaran menelan dan kadangkala ia membengkak di bahagian leher.
Begitu juga dengan kanser peti suara, dimana pesakit mengalami kelainan pada suara melebihi dua minggu sehingga kadangkala boleh menyebabkan suara hilang. Pesakit juga akan bernafas lebih kuat dan seandainya di peringkat serius, ia boleh menyebabkan pendarahan.
Sebenarnya kanser di bahagian itu kata Prof. Mohd Razif saling berkait antara satu sama lain. Ada pesakit yang mengalami kanser pada hidung dan kemudian ia merebak ke bahagian leher dan ada yang bermula dari leher ke hidung. Selepas itu ia merebak pula ke paru-paru, hati dan seterusnya ke tulang.
Pesakit yang bertemu doktor akan menjalani ujian endoskop terlebih dahulu pada bahagian yang dijangkiti. Jika terdapat tisu yang tidak normal, mereka akan disarankan menjalani Selepas ujian saringan resonan magnetik (MRI) dan CT scan. Seandainya disahkan menghidap kanser, mereka akan diberi cadangan rawatan mengikut peringkat yang bersesuaian.
Rawatan
Prof. Mohd Razif berkata, terdapat beberapa jenis rawatan yang perlu dijalani pesakit bergantung kepada peringkat yang mereka alami.
Menurut beliau, ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan sahaja. Ada pula yang memerlukan radioterapi sahaja dan ada pula yang perlukan pembedahan diikuti dengan radioterapi. Terdapat juga pesakit yang memerlukan pakej rawatan lengkap iaitu pembedahan diikuti kemoterapi dan radioterapi.
Menurutnya, bagi pesakit kronik yang sudah berada pada tahap empat di mana sel kanser sudah merebak ke seluruh tubuh badan, maka mereka diberi rawatan paliatif yang menyokong pesakit.
Namun bagi pesakit yang dipercayai mempunyai harapan untuk sembuh, mereka akan dibedah bagi membuang kawasan yang dijangkiti.
Kata beliau, biasanya kes-kes melibatkan kanser kepala dan leher memerlukan pemerhatian daripada pakar bedah kanser kepala dan leher, pakar bedah plastik rekonstruktif, pakar telinga, hidung dan tekak, pakar onkologi, pakar bedah mulut dan juga pakar terapi pertuturan. Menurutnya, tidak semua hospital menawarkan kepakaran pembedahan untuk kanser jenis itu kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Hanya hospital tertentu termasuk PPUKM yang setakat ini melakukannya dan peratusan kejayaan boleh dibanggakan.
Biasanya pesakit yang berada di tahap awal iaitu satu dan dua mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh. Pembedahan panjang perlu mereka lalui hingga kadangkala memakan masa selama 12 hingga 24 jam. Jika tiada sebarang komplikasi dan pesakit tidak mempunyai penyakit kronik yang lain, proses sembuh tidak mengambil tempoh yang lama.




8 comments:

Anonymous said...

Undeniably believe that which you stated.
Your favorite reason appeared to be on the net the easiest factor to
take into account of. I say to you, I certainly get annoyed while people think about
concerns that they just don't understand about. You managed to hit the nail upon the highest and also outlined out the entire thing with no need side effect , other folks could take a signal. Will likely be again to get more. Thank you

Here is my web site - http://garciniacambogiaextractsupreme.com **

Anonymous said...

It's going to be ending of mine day, however before ending I am reading this enormous paragraph to increase my experience.

Also visit my blog pure garcinia cambogia extract reviews

Anonymous said...

Heya i am for the primary time here. I found this board and I find It truly helpful & it helped
me out much. I hope to provide one thing again and help others such as you helped me.



Check out my blog :: http://garciniacambogiaextractsupreme.
com - greatsmash.com
-

Anonymous said...

Hi there every one, here every person is sharing such experience, therefore
it's pleasant to read this webpage, and I used to pay a visit
this website every day.

Visit my blog - Recommended Internet page ()

Anonymous said...

I am truly glad to read this website posts which includes plenty of useful facts,
thanks for providing such information.

Also visit my site ... http://montagne.laballade.fr/index.php?do=basic

Anonymous said...

I'm gone to inform my little brother, that he should also visit this
website on regular basis to get updated from hottest news update.


Here is my webpage http://garciniacambogiaextractsupreme.com ()

Anonymous said...

Hi there, I enjoy reading all of your article
post. I wanted to write a little comment to support you.



My blog post katalog-odkazov.sk

Anonymous said...

I was curious if you ever thought of changing the page layout of your site?
Its very well written; I love what youve got to say.
But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with it better.

Youve got an awful lot of text for only having 1 or 2
pictures. Maybe you could space it out better?


Here is my blog post - http://www.annuaire-plus.com/index.php?do=basic (http://wwry.parlophone.Co.uk/profile.php?mode=viewprofile&u=124100)