Friday, January 30, 2015

GANGGUAN HATI BERLEMAK


Penyakit hati berlemak mungkin jarang didengari oleh kebanyakan orang. Namun, penyakit ini sebenarnya menjadi kebimbangan seluruh dunia berikutan peratusan penghidapnya yang meningkat saban tahun.

Di Malaysia, penyakit hati berlemak dikategorikan kepada dua iaitu steatosis alkohol (pengambilan alkohol berlebihan) dan hati berlemak bukan alkoholik atau lebih dikenali sebagai NAFLD.

Kajian menunjukkan NAFLD menjadi penyakit kronik utama dalam kebanyakan negara industri seperti di Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik.

Di negara ini pula, 80 peratus individu yang menghadapi masalah kegemukan atau obesiti menghidapnya.


NAFLD merupakan sejenis gangguan hati kronik yang merangkumi penyakit hati tanpa pengambilan alkohol yang serius.

Susulan itu, penghidap berisiko mendapat fibrosis, steatosis bukan alkoholik (NASH), kegagalan hati dan kanser hati.

Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun kepada kanak-kanak kecil, penyebab sebenar NAFLD masih belum diketahui.

Begitupun, penyakit tersebut berkait rapat dengan obesiti, kencing manis melitus (DM) jenis 2, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) dan sindrom metabolik (MS).

Presiden Yayasan Hepar Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kesedaran di negara ini tentang NAFLD dan bahayanya masih lagi kurang.

VITAMIN C, KOLAGEN UNTUK KULIT

SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink. 

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan. 

"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Keperluan

Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal. 

"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya. 

Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

Thursday, January 29, 2015

MANFAAT SAYUR DALAM DARAH



SAYUR berperanan penting dalam pengaliran darah.


SAYUR-SAYURAN merupakan makanan yang baik untuk kesihatan setiap individu kerana kandungan vitamin, mineral dan nutrisi yang tinggi terdapat di dalamnya.

Walaupun memberi seribu satu manfaat terhadap kesihatan tubuh, namun masih ramai individu yang kurang gemar mengambil sayur-sayuran dalam diet harian mereka.

Menurut pensyarah daripada Universiti Cambridge dan Southampton, London,Tom Ashmore, golongan tersebut dianggap rugi kerana sayur berperanan penting dalam pengaliran darah dan memastikan oksigen disalurkan secara efektif ke seluruh tubuh.

“Kandungan nitrat yang ditemui di dalam sayur mampu membuka dan melebarkan pembuluh darah yang berperanan penting dalam menghindarkan tubuh daripada terkena angin ahmar dan serangan jantung.

“Selain itu, ia juga mampu menukar sel lemak putih menjadi sel lemak coklat yang mampu membakar lemak dan akhirnya mengelakkan obesiti daripada berlaku,” ujarnya,

Jelas Ashmore, bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran di dalam diet harian, individu boleh pelbagaikan hidangan tersebut dengan beberapa cara seperti mengolah sayur-sayuran kepada jus, salad dan sebagainya.

Sunday, January 25, 2015

LEBIH BAIK MISKIN MATERIAL DARIPADA MISKIN JIWA

SABAN tahun setiap kali pembentangan bajet, golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan mengharapkan sesuatu yang menggembirakan hati mereka demi untuk merasai sedikit keselesaan dalam hidup. Namun apa yang menjadi harapan kadangkala tinggal harapan dan sukar untuk diterjemahkan kepada kenyataan.

Namun apakah itu boleh dianggap sebagai pengakhiran kepada sebuah harapan? Yang pasti sebagai bangsa yang pernah membina kecemerlangan tamadun pada awal kurun ke16 perlu bangkit dan menganggap ini satu cabaran baharu untuk mereka. Inilah satu peluang keemasan untuk mereka bangun memajukan diri lalu membuktikan kekuatan dan kekayaan jiwa mereka meskipun tidak dan masih belum memiliki kekayaan material.

Tiada yang menafikan bahawa kebanyakan orang Melayu miskin dari segi kewangan dan pemilikan harta. Setengah beranggapan bahawa faktor wang ringgit inilah yang menyebabkan seseorang itu mundur. Namun ingin dijelaskan bahawa kemiskinan seseorang itu bukanlah terletak kepada keupayaan memiliki wang atau harta benda sematamata sebaliknya lebih kepada pemilikan jiwa yang hebat berasaskan nilai murni tinggi.

Memang benar kemiskinan harta boleh menjadi rintangan, tetapi bukanlah penghalang. Jika ditelusuri kalangan mereka yang berjaya, ramai bermula dengan kesusahan. Meskipun lahir dalam keluarga susah, mereka tidak miskin jiwa sebaliknya terus mempunyai ketinggian dan semangat dalaman untuk bangkit dan mencipta kecemerlangan.

BUKAN MUDAH BERGELAR HAJI DAN HAJAH


AHMAD Isnin, 67, dan isteri, Mokmah Mat Dalip, 66, dari Alai, Melaka, antara 444 orang kumpulan pertama jemaah haji yang tiba dengan penerbangan Saudi Arabia Airlines disambut mesra oleh ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, 10 Oktober lalu . - BERNAMA
 
KEPULANGAN para tetamu Allah ke tanah air sudah tentu dinanti oleh seluruh sanak saudara dan sahabat sekerja. Setelah lebih 40 hari bermastautin di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, kini kembali kepada realiti kehidupan yang penuh pancaroba di tanah air sendiri. Pastinya segala pahit manis berada di Tanah Suci menjadi kenang-kenangan yang abadi buat haji dan hajah. Malah ia sering kali menjadi seperti oleh-oleh Tanah Suci yang akan diceritakan buat renungan dan tatapan bersama. 

Segala pengalaman yang diperoleh pastinya sukar dilupakan malah ada yang sudah mula memasang niat untuk kembali semula ke bumi yang dilimpahi keberkatan dan kemuliaan dek kerana seronoknya bertandang ke Tanah Suci.

Namun begitu apa yang lebih sukar untuk dilaksanakan oleh haji dan hajah ialah bagaimana untuk melestarikan segala tarbiah haji dan kerja-kerja ibadah yang rutin dilaksanakan ketika di Tanah Haram. Ia sememangnya satu cabaran yang besar buat golongan baharu bergelar haji dan hajah, sehingga segala gerak-geri dan perlakuan mereka menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Situasi dan keadaan di sekeliling juga sering kali menjadi hambatan untuk berubah jika tidak bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan segala pendidikan yang pernah ditimba.

Wednesday, January 21, 2015

KETAHUI BENTUK BADAN ANDA & TIPS KESIHATAN YANG SESUAI

Adakah anda tahu bentuk badan anda dan apa implikasinya terhadap kesihatan anda? Jom teruskan membaca bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan ini.

Mengetahui bentuk badan anda yang sebenarnya akan memberi banyak manafaat terutama dari segi kesihatan. 

Terdapat tiga jenis bentuk badan wanita yang popular iaitu 'hourglass', pear, dan epal.

  Bentuk hourglass

Pasti anda terbayang wanita-wanita seperti Saloma, Marilyn Monroe dan J.Lo apabila menyebut tentang bentuk badan hourglass. 

Ukuran dada dan punggung yang seimbang dengan pinggang yang ramping memang menjadi idaman setiap wanita kerana bentuk badan sebegini dianggap bentuk badan yang sempurna bagi seroang wanita.

Malangnya, hanya 8% (ya, lapan) sahaja wanita di dunia ini yang dikurniakan dengan bentuk badan sebegitu. 

Wanita bertuah yang memiliki bentuk badan sebegini biasanya mempunyai ukuran dada dan pnggung yang lebih kurang sama.

Ukuran pinggana pula biasanya 9 inci lebih kecil daripada dada.

Monday, January 19, 2015

PATAH HATI BAWA BENCANA


JANTUNG normal (kiri) berbanding jantung yang menggelembung akibat kelemahan otot jantung (kanan)
____________________________________________________________________________

Patah hati bukan sekadar metafora bagi menggambarkan kesedihan dan keperitan emosi yang dialami seseorang disebabkan kehilangan orang yang tersayang, sebaliknya ungkapan itu adalah sindrom masalah jantung sementara menyerupai serangan jantung yang boleh mengancam nyawa.

Sindrom patah hati adalah gangguan sementara dialami otot jantung disebabkan tindak balas organ penting berkenaan terhadap sejumlah hormon adrenalin yang dirembeskan ketika seseorang mengalami tekanan emosi atau fizikal yang teruk.

Akibatnya, otot jantung tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu mengepam secara normal dan keadaan ini dikenali sebagai kardiomiopati. Kegagalan otot jantung mengepam dengan baik membawa kepada penyempitan arteri yang membekalkan darah kepada jantung.

Apabila arteri menjadi sempit, darah tidak dapat dialirkan ke jantung dengan sempurna, menyebabkan ventrikel kiri jantung menggelembung seperti belon dan penghidapnya akan mengalami gejala menyerupai serangan jantung seperti sakit dada dan sesak nafas.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr Lim Bee Chian berkata, sindrom patah hati bukan saja disebabkan seseorang mengalami trauma teruk seperti kehilangan orang tersayang, kerugian harta benda atau dibuang kerja.

Malah, sindrom ini turut dicetuskan apabila seseorang terlalu gembira misalnya apabila dikejutkan dengan majlis hari jadi atau memenangi hadiah. Seseorang yang menjadi gugup dan mengalami tekanan kerana diminta berucap di khalayak ramai juga boleh menghadapi sindrom sama.

Selain itu, ubatan yang diambil untuk merawat penyakit seperti serangan asma, alahan yang teruk, masalah saraf akibat diabetes, kemurungan dan kelenjar tiroid bermasalah juga mendatangkan kesan sampingan yang melemahkan otot jantung.

Thursday, January 15, 2015

ISTERI DINGIN SEKS DI USIA LANJUT??



Kajian mendapati pendapat ini tidak tepat kerana isteri masih mempunyai keinginan tinggi dalam seksual



SEJAK sekian lama kaum wanita khususnya isteri telah dimomokkan atau sengaja disalah tafsirkan sebagai golongan yang pastinya akan menjadi dingin dalam soal seks apatah lagi selepas usia mereka menjengah 40-an dan ke atas, seterusnya ke era menopaus. 

Dalam usia sebegini, mereka dikatakan tidak lagi ghairah untuk melakukan hubungan kelamin dengan suami dengan seberapa daya mengelak serta memberikan pelbagai alasan untuk segera tidur akibat kepenatan seharian bertugas di pejabat mahupun melakukan kerja-kerja rumah.

Apabila faktor begini berlaku, golongan lelaki, khususnya suami beranggapan isteri mereka sudah mula bersikap tawar terhadap seks dan enggan melayani kehendak mereka, tidak seperti semasa mereka mula berkahwin dahulu.


Keadaan ini pula dijadikan oleh golongan suami (kebanyakannya yang telah berusia), sebagai alasan untuk kembali berfoya-foya dengan gadis muda atau mendapatkan teman yang baharu.

Dalam permasalahan seperti ini menurut Perunding Urologi, Profesor Madya George Lee Eng Geap, selama ini kita mentafsirkan, golongan lelaki lebih berkeinginan dalam soal seksual berbanding golongan wanita.

ISTERI PENDAM PERASAAN MUDAH SAKIT JANTUNG

Pasangan yang suka bercakaran dalam institusi perkahwinan sejak bertahun lamanye, lambat laun mudah untuk mendapat penyakit jantung terutama kepada golongan isteri.

Justeru, pakar sains menasihatkan kaunselor perkahwinan sepatutnya turut menawarkan kaunseling kepada pasangan yang telah lama berkahwin.

Ini kerana, kajian menunjukkan hubungan yang buruk dalam rumah tangga antara suami dan isteri boleh mempercepatkan kepada masalah kesihatan. 

Ini termasuklah kemurungan, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan obesiti.

Anda mungkin pernah terfikir, bertahun lamanya terperangkap dalam hubungan suami isteri yang ‘teruk’ hanya akan menyebabkan kepada punca perceraian, tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah lebih banyak hati yang terluka.

Kajian menunjukkan individu yang mempunyai pengalaman bertahun dalam konflik bersama pasangan akan mudah mendapat sakit jantung berbanding mereka yang berada dalam perkahwinan yang bahagia. 

Kajian ini dilakukan terutamanya kepada isteri-isteri, kerana dipercayai golongan wanita lebih banyak memendam rasa dan menyimpan perasaan berbanding lelaki.

Tuesday, January 13, 2015

MUSIBAH ORANG LAIN, UJIAN BAGI KITA

Malaikat maut pada saat mencabut nyawa Nabi Nuh telah bertanya kepada Baginda: "Bagaimana kamu dapati dengan umur yang begitu panjang? Nabi Nuh menjawab: Umpama sebuah rumah yang aku masuk melalui pintu depan dan keluar melalui pintu belakang."
Nabi Nuh yang dikurniakan Allah SWT umur panjang iaitu lebih seribu tahun menggambarkan bahawa betapa masa yang dilalui itu berjalan dengan begitu pantas. Itulah mula bicara Ustazah Norhafizah Musa pada program Usrati minggu lalu.
Beliau membicarakan mengenai topik 'Sentiasa Untung' yang dikaitkan dengan tiga sikap manusia iaitu sentiasa membaca, merujuk dan beramal dengan kitab Allah (Al-Quran). Kedua, mereka yang menjaga dan memelihara solat lima waktu dan ketiga, yang menafkahkan sebahagian hartanya ke jalan Allah SWT.
Mengambil iktibar musibah banjir yang berlaku, Norhafizah memfokuskan perbincangan kepada keuntungan yang diperoleh mereka yang menafkahkan sebahagian harta ke jalan Allah SWT.
Perniagaan tidak alami kerugian
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepada-Nya)." (Surah Faatir, ayat 29)
Semasa Allah SWT menguji hamba-Nya, Allah SWT memerintahkan malaikat untuk melihat bagaimana keadaan hamba yang diuji itu. Apabila malaikat memberitahu hamba yang diuji itu reda, maka untuknya juga keredaan Allah. Jika sebaliknya pula, hamba yang diuji itu tidak reda dan berkeluh kesah, maka begitu jugalah daripada Allah SWT kepada hamba itu.
Ujian atau musibah yang berlaku kepada orang lain sebenarnya ujian kepada diri kita. Bagaimanakah cara kita melihat ujian yang menimpa orang lain. Adakah dengan hanya memandang dengan simpati atau menghulurkan bantuan kepada mereka?

NUTRISI BAGI MENGURANGKAN OSTEOPOROSIS

Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:
  1. Kalsium
    Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.
  2. Vitamin D
    Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.
  3. Protein berlebihan
    Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.

TIDUR TERLALU SEDIKIT BOLEH MEMBAHAYAKAN JANTUNG ANDA

Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.

Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.

"Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok," kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.

"Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini," beliau menambah.

Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang "tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti."

Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.

Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.

"Tetapi dengan berbuat demikian" kata Dr. Cappuccio, "kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung."

Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.

KAWAL KOLESTROL

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Apakah Dia Kolesterol?

Kolesterol dating dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Saranan dari Pakar

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

TURUNKAN BERAT BADAN

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

Monday, January 12, 2015

TIPS KECANTIKAN DALAMAN WANITA


air
1.    Minum banyak air
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
yoga-stretch
2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
overcome-teenage-smoking
3.    Jangan merokok.
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?

051810_SleepGirl
4.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

natural-beauty-opener-lg
5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih

1200caloriedietmenu
6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

spa4
7.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

Listening-to-Music
8.    Elakkan stress.
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

confident-woman
9.    Don't worry, be happy.
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

laughing-women-friendship-greetings
10.    Ketawa penghibur duka
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Sunday, January 11, 2015

SENAMAN UNTUK KESIHATAN JANTUNG


bersenam

Pertubuhan Jantung Amerika mengenal pasti bahawa gaya hidup tidak aktif merupakan salah satu daripada lima faktor risiko utama penyebab penyakit jantung. Sebaliknya, mengambil langkah untuk meningkatkan aktiviti fizikal dikaitkan dengan:

Peningkatan peredaran darah - Peningkatan aktiviti fizikal mewujudkan permintaan untuk lebih banyak oksigen dan nutrien dalam tisu badan. Keperluan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan arteri dan juga menggalakkan pertumbuhan kapilari baru, dikenali sebagai kapilari kolateral, di dalam otot yang terlibat dengan senaman. Kapilari kolateral meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan, yang membantu meningkatkan kekuatan, tenaga, penyembuhan dan fungsi lain yang pada dasarnya di semua sistem badan anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai penyakit arteri periferal, kapilari kolateral dalam otot kaki anda boleh mengurangkan gejala justeru anda boleh berjalan lebih jauh tanpa rasa sakit. Otot kaki yang telah menjadi segar akibat senaman menggalakkan peredaran darah kembali ke jantung dengan mengekalkan peningkatan kuasa pada urat.

Peningkatan fungsi jantung - Tidak seperti otot lain, jantung sentiasa bekerja. Walau bagaimanapun, senaman membantu meningkatkan kecekapan jantung. Aktiviti fizikal yang kerap melambatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan jumlah darah yang dipam dengan setiap denyutan. Ia juga membantu paru-paru anda menyampaikan oksigen dengan lebih cekap untuk darah anda. Dengan jantung yang dapat mengepam lebih banyak darah, lebih banyak oksigen dihantar ke otot anda dan seluruh badan anda semasa bersenam. Semua perubahan ini memudahkan jantung anda untuk menjalankan tugasnya.

Friday, January 9, 2015

GAYA HIDUP SIHAT

  • Stres dan Akibatnya
  • Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa...

  • Diet dan Senaman untuk Pengidap Kencing Manis
  • Cara terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. Ini bukanlah perkara baru. Pengkaji diabetes dan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes...

  • Hidup Sihat, Jantung Sihat
  • Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok...

  • Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat
  • Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi...

  • Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
  • Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

  • Adakah Anda Masih Ingin Merokok?
  • Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak...

  • Menentukan Berat Badan Sesuai
  • Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai...

    MAKANAN MENYIHATKAN

  • Kebaikan Buah dan Sayur Ungu
  • Bila bercakap tentang amalan pemakanan sihat, jangan lupa untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ungu dalam diet anda. Sebabnya buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin, ia-itu pigmen asli berwarna merah, biru dan ungu...

    ARKIB UNTUK KATEGORI "PENGURUSAN STRES"

    Sebelum ni saya ada bercerita pasal stres dan impaknya ke atas kesihatan kita. Hari ni saya nak berkongsi kisah yang diceritakan oleh anak saya.

    Mengikut anak saya, kawannya Mat (bukan nama sebenar) telah kehilangan bapa disebabkan oleh stres. Mat beritau yang ayahnya selalu murung. Dia sering mengadu tentang bosnya – yang baginya adalah seorang yang tidak berperi kemanusian, suka menyusahkan anak buah, tidak bertimbang rasa, pemarah dan bermacam-macam lagi label yang tidak baik.

    Pada petang yang malang tu ayah Mat tak henti-henti komplen pasal bos dia. Dia kata dia tak tahan lagi dengan perangai bosnya. Tak lama lepas tu ayah Mat pengsan, mulutnya berbuih-buih. Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia ketika sampai di sana.

    Jadi saya mengingatkan diri saya, dan saudara sekalian, supaya tidak perlu emosional dalam soal kerja. Apa yang penting adalah kita laksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin dan berpuas hati dengan apa yang berjaya dicapai. Segala kekurangan akan diteliti dan ditambahbaik dari masa ke semasa.  Kalau bos nak marah, marahlah. Jika ada peluang, bertanyalah apa yang dia tak puas hati. Sekurang-kurangnya dapatlah kita membantu bos menurunkan tekanan darahnya yang sedang naik, kumpul pahala!!! Kita tak perlu ambil kisah sangat apa orang kata kepada kita. Tak kiralah bos atau siapa. Kata-kata mereka akan mengguris hati kita atau membuat kita stres hanya kalau kita membenarkannya. Ianya terjadi bila kita mula bayangkan apa yang akan berlaku akibat kata-kata atau marah tersebut. Bagus juga dengar lagu “Don’t worry, be happy”.

    JUS DAUN BETIK PENAWAR DENGGI?

    Saya tertarik dengan berita tentang kajian mengenai daun betik sebagai penawar untuk denggi. Menurut surat daripada Rotherdermus, daripada Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IPPM) yang disiarkan di dalam akhbar The Sun pada 15 Oktober 2014 (Surat tersebut boleh dibaca kat sini).

    Dalam surat tersebut dilaporkan bahawa jus daun betik telah dibukti secara klinikal dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi.

    Namun apa yang agak mengejutkan ialah kenyataan daripada Professor Adeba daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 7 Oktober 2014 (Boleh baca kat sini). Beliau berkata jangan seronok sangat dengan berita tentang jus daun betik dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi. Menurut beliau doktor lebih risau tentang fenomena “kebocoran plasma”, yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman (yang tidak dapat dikaitkan secara lengsung dengan tahap platlet).

    Professor Adeba mengingatkan bahawa daun betik mengandungi banyak alkaloid, satu bahan yang diketahui toksid, dan juga mengandungi sebatian yang diketahui mempunyai kesan langsung ke atas jantung.

    Menurut Rotherdermus, jika daun betik mempunyai bahan yang merbahaya, kenapa tidak dimaklumkan kepada orang ramai lebih awal lagi. Masyarakat Malaysia sejak turun temurun menggunakan daun betik sebagai makanan harian (ulam dan sebagainya). Pengamal perubatan tradisional juga menggunakannya sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Beliau mencadangkan agar IPPM dan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia bergabung tenaga untuk melakukan kajian lebih lanjut tentang kesesuaian penggunaan daun betik sebagai penawar denggi, termasuk juga kajian toksikologi untuk menentukan tahap toksid yang terkandung di dalamnya.

    3 KALI SETENGAH MINIT

    Saya nak kongsi tips yang saya dapat daripada seorang kenalan, untuk dijadikan panduan bagi kita yang pernah atau sering terjaga daripada tidur untuk ke bilik air.

    Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3 kali 1/2 minit. Kenapa 3 kali 1/2 minit ni penting? Amalan ini sangat mudah namun boleh mengurangkan angka kematian secara mengejut. Anda mungkin pernah mendengar cerita ada individu yang nampak sihat di siang hari tetapi meninggal dunia keesokan pagi.

    “Petang semalam saya bersembang dengan dia, dia nampak ceria, sihat dan cergas. Dia dah meninggal? Apa penyakit dia?”
    Penyebabnya, ketika bangun malam untuk ke bilik air, ramai yang melakukan dengan terlalu cepat. Iaitu bangkit dari katil dan terus ke bilik air. Jika terus bangun, otak kita masih kekurangan aliran darah. Pattern ECG (Electro Cardiogram) seseorang individu normal pada siang hari manakala di waktu malam ketika bangun untuk buang air contohnya, pattern ECG boleh berubah. Bangun secara tiba-tiba menyebabkan otak akan menjadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung disebabkan kekurangan darah.

    Nasihat pakar adalah mengamalkan 3 kali 1/2 minit, iaitu:
    1. Bila bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil, berbaringlah dahulu selama 1/2 minit.
    2.  
    3. Kemudian duduk atas katil untuk tempoh 1/2 minit.
    4.  
    5. Selepas tu, turunkan kaki ke lantai, duduk di tepi katil selama 1/2 minit. Kemudian baru bangun untuk ke bilik air.
    Selepas 3 kali 1/2 minit tersebut, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal dunia ketika bangun tengah malam seperti yang kita sering dengar.

    Ada seorang tua menangis kesal kerana beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi ketika diberitahu tentang tips ini. Dua tahun lalu beliau terjaga untuk buang air kecil. Tiba-tiba dunia terasa berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun daripada katil. Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tak menderita seperti sekarang.

    Kongsi maklumat ini dengan orang yang anda sayang untuk menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia tua atau muda.

    KEBAIKAN VITAMIN D

    Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam kalangan orang muda.

    Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi.

    Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu, vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.

    Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun, mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu ini berfungsi dengan baik.

    ADAKAH ANDA BOLEH HIDUP TANPA PANKREAS?

    Pankreas adalah lebih kurang 6 inci panjang dan bentuknya sedikit seperti berudu, ada kepala, badan dan ekor. Ia terletak di dalam abdomen, di belakang perut dan di hadapan tulang belakang. Ia melakukan dua perkara utama iaitu membuat cecair yang mengandungi enzim yang memecahkan nutrien dalam makanan – seperti lemak dan protein – supaya badan anda dapat menggunakannya; ia juga membuatkan hormon seperti insulin untuk mengimbangi tahap gula dalam darah anda.

    Enzim adalah protein yang meningkatkan kadar tindak balas kimia dalam badan anda. Tanpanya, proses yang boleh mengambil beberapa saat atau minit akan mengambil masa bertahun-tahun. Enzim dalam pankreas bergabung dengan hempedu, cecair yang dibuat oleh hati, untuk memecahkan makanan.

    Adakah anda boleh hidup tanpa pankreas? Jawapannya ya, tetapi hidup tak sama tanpanya kerana pankreas membuat insulin. Anda akan mengidap penyakit kencing manis jika pankreas anda dibuang atau tidak lagi berfungsi. Ini bermakna anda akan bergantung kepada suntikan atau pam insulin. Ianya juga sukar untuk anda mengelolanya kerana pankreas juga mengeluarkan hormon lain yang mengawal gula dalam darah.

    Pankreas boleh memusnahkan diri sendiri apabila saluran, atau tiub, di dalam pankreas tersekat, yang membuat enzim membina. Apabila ini berlaku, ia dipanggil pankreatitis akut. Gejala termasuk sakit beransur-ansur atau secara tiba-tiba di perut, yang mungkin tidak teruk pada peringkat awal, tetapi biasanya akan menjadi teruk selepas itu. Rawatan selalunya melibatkan kemasukan ke wad untuk dimasukkan cecair IV, dan berpuasa, agar pankreas dapat berehat.

    Pemakanan tidak sihat, fibrosis sistik, dan beberapa ubat-ubatan boleh menyebabkan pankreatitis kronik, tetapi punca lazim adalah sering minum minuman keras. Orang yang mempunyai penyakit ini harus berhenti minum minuman keras, tidak kira apa yang menyebabkan keadaan mereka.

    Setiap hari pankreas mengeluarkan setengah gelen cecair dan enzim. Mereka yang mengalami keadaan tertentu – seperti pankreatitis, fibrosis sistik, dan mereka yang telah menjalani pembedahan tertentu – tidak mempunyai enzim pankreas yang cukup. Ini disebabkan mereka tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik, mereka memerlukan rawatan yang dipanggil terapi penggantian enzim pankreas.

    Apabila anda mendapat kencing manis jenis 1, jenis tertentu sel islet (sel dalam pankreas) tidak lagi membuat insulin yang cukup, kerana ia telah diserang oleh sistem imun badan. Mereka yang menghidap kencing manis jenis 1 mesti mengambil insulin. Keadaan ini boleh dipulihkan dengan menjalankan terapi bagi mengawal sistem imun agar tidak menyerang sel islet. Kencing manis jenis 2 berlaku apabila tubuh menjadi resisten terhadap insulin. Hal ini biasanya disebabkan oleh kombinasi genetik dan faktor gaya hidup, termasuk obesiti dan kurangnya aktiviti fizikal.

    Pemindahan pankreas dilakukan apabila seseorang mempunyai kencing manis jenis 1 yang sangat sukar dikawal. Ia selalunya dijalankan bersama-sama dengan pemindahan buah pinggang. Pankreas lama biasanya dibiarkan di tempat asal untuk terus membuat enzim kerana sistem imun anda secara semulajadi akan menolak organ baru, justeru anda perlu mengambil ubat-ubatan untuk mencegahnya di sepanjang hidup anda. Pemindahan pankreas tidak boleh dilakukan pada orang yang mempunyai kanser pankreas. Ubat yang digunakan untuk menghalang penolakan organ juga akan menghalang sistem imun daripada melawan kanser.

    CARA UNTUK WARGA EMAS MENGKALKAN MENTAL TAJAM

    Tidur malam selama tujuh jam dan banyak membaca.

    Nampaknya itulah formula ajaib untuk membuat mental selalu cergas ketika usia tua. Selepas menganalisis gaya hidup 245 orang warga emas berusia 65 tahun dan ke atas, penyelidik daripada Universiti Cerdenal Herrera, Valencia, Sepanyol mendapati mereka yang tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit dan menjauhkan diri daripada aktiviti yang merangsang otak seperti membaca mempunyai risiko peningkatan kemerosotan kognitif yang lebih tinggi.

    Mengikut kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Revista de Investigacion Clinica, warga emas yang tidur lebih daripada lapan jam atau kurang daripada enam, adalah 2.6 kali ganda berkemungkinan akan mengalami isu kogninif berbanding mereka yang mendapat enam hingga lapan jam tidur satu malam.

    Begitu juga dengan ketiadaan aktiviti yang merangsang minda seperti membaca menyumbang kepada penurunan kognitif. Mereka yang tidak membaca mempunyai risiko sebanyak 3.7 kali ganda, mereka yang membaca sekali sekala mempunyai risiko sebanyak 2.5 kali ganda.

    Cara lain untuk membuat warga emas mengekalkan ketajaman mental mereka adalah bersenam secara kerap, makan makanan seimbang, yang turut mengandungi makanan perangsang minda yang kaya dengan omega-3s dan antioksidan.

    BERAPA BIJI TELOR BOLEH DIMAKAN DALAM SEMINGGU?

    Berapa Biji Telor Boleh Dimakan Dalam Seminggu?

    Kita semua tahu bahawa telor mempunyai banyak kolesterol, dan kolesterol adalah antara penyumbang kepada sakit jantung. Namun telor juga adalah sumber protein yang baik, dalam masa yang sama ia juga sedap. Jadi berapa biji seminggu boleh kita makan?

    telor untuk kesihatan Sekarang pakar pemakanan dah kurang strict dengan telor. Dulu mereka beritahu seseorang yang menpunyai masalah sakit jantung jangan makan lebih daripada dua biji seminggu. Sekarang mereka kata empat biji pun boleh.

    Menurut Julia Zumpano, pakar pemakanan di Klinik Cleveland, Amerika, bagi seseorang yang tidak mempunyai masalah kolesterol tinggi, kencing manis atau masalah jantung yang lain, dia boleh makan sehingga enam biji seminggu.


    Sebiji telor bersaiz besar mengandungi kira-kira 186mg kolesterol. Itu dah hampir mencapai tahap harian maksima bagi pesakit jantung. Justeru pada hari anda makan telor, kurangkan pengambilan makanan lain yang mengandungi kolesterol seperti daging, mentega dan keju. Cara memasak juga penting.

    Zumpano mengesyorkan cara masakan kering atau tanpa minyak – telor rebus mata kerbau (poached egg), rebus atau goreng tanpa minyak (guna non-stick atau semburan masakan). Perlu ingat bahawa kolesterol berada dalam kuning telor justeru boleh makan putih telor semahunya.

    SENAMAN HARIAN TURUNKAN RISIKO KANSER PAYUDARA

    perempuan-bersenam Wanita yang melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 minit setiap hari mempunyai kurang kemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak aktif secara fizikal.

    Bantuan Kanser Jerman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Bonn menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dan bersungguh-sungguh sangat berfaedah. Dinyatakan juga bahawa mereka yang bersenam dengan kerap meningkatkan metabolisme mereka dan memperkasakan sistem imun mereka, dengan itu, membantu tubuh mereka memperbaiki diri sendiri. Tambahan pula senaman dapat menghalang keradangan yang dipercayai akan mencetuskan kanser.
    Wanita yang aktif secara fizikal juga berkemungkinan tidak mempunyai berat badan berlebihan – ini juga akan membantu menghindari kanser payudara, kata Bantuan Kanser Jerman. Ia menambah mereka yang aktif secara fizikal umumnya mempunyai gaya hidup yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak aktif.

    Mereka makan lebih diet seimbang, biasanya tidak merokok, kurang minum minuman beralkohol dan menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah.

    PEMANIS TIRUAN MENINGKATKAN RISIKO KENCING MANIS

    pemanis_tiruan

    Pemanis tiruan dan mikrob usus tertentu sebelum ini telah dikaitkan dengan obesiti, dan menurut kajian terkini, pemanis tiruan mungkin meningkatkan risiko kencing manis dengan mengganggu mikroflora usus anda. Menurut pengarang kajian yang mendapat publisiti meluas:

    “Kami membuktikan bahawa pengambilan rumusan pemanis tiruan tanpa kalori yang biasa digunakan memacu perkembangan intoleransi glukosa melalui induksi perubahan komposisi dan kefungsian mikrobiota usus.”

    Para penyelidik mendapati bahawa pemanis tiruan mengubah laluan metabolik tertentu yang berkaitan dengan penyakit metabolik, dan ia boleh menyebabkan disbiosis usus dan glukosa tidak bertoleransi pada orang yang sihat.

    Intoleransi glukosa adalah suatu keadaan di mana badan anda kehilangan keupayaan untuk menampung jumlah gula yang tinggi, dan ia adalah pelopor kencing manis jenis 2 yang terkenal. Ia juga memainkan peranan dalam obesiti, kerana gula yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disimpan di dalam sel-sel lemak anda.

    Hakikat bahawa pemanis tiruan boleh memburukkan lagi gangguan metabolik seperti kencing manis adalah satu tamparan hebat kepada pesakit kencing manis yang taat mengikuti cadangan untuk beralih kepada makanan dan minuman diet bagi mengawal kencing manis mereka.

    Wednesday, January 7, 2015

    AWAS! JANGAN MAKAN DUA PRODUK TURUN BERAT BADAN INI

    SINGAPURA - Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memakan dua produk menurunkan berat badan haram yang diperoleh secara dalam talian, sehingga menyebabkan dua remaja dimasukkan ke hospital kerana mengalami halusinasi dan kegagalan buah pinggang yang teruk selepas menggunakannya.
     
    Salah satu produk, 'Nutri Drops Grapefruit Diet' diuji oleh HSA mengandungi bahan kimia yang tidak diisytiharkan seperti sibutramine, benzyl sibutramine (sejenis sebatian berkaitan kimia daripada sibutramine) dan phenolphthalein, kata pihak berkuasa itu dalam kenyataan.
     
    Sibutramine, sejenis ubat menurunkan berat badan diharamkan di Singapura sejak 2010 berikutan kebimbangan keselamatan yang serius terhadap pengguna.
     
    Paras sibutramine yang dikesan dan ditemui adalah pada kuantiti yang tinggi dan boleh meningkatkan toksik dalam produk tersebut.
     
    Produk kedua adalah 'Nutrex Research Adipodex' yang dipasarkan secara dalam talian sebagai makanan diet tambahan dan dilabel mengandungi yohimbine iaitu mengandungi ramuan perubatan barat yang tidak dibenarkan dijual dalam makanan tambahan yang dijual di negara ini. 
     
    Kedua-dua kes penyakit serius berkaitan dengan produk menurunkan berat badan yang menyalahi undang-undang itu, dilaporkan kepada HSA oleh mereka yang profesional dalam penjagaan kesihatan, baru-baru ini.
     
    Seorang remaja mengalami halusinasi selepas memakan 'Nutri Drops Grapefruit Diet' lebih daripada sebulan untuk mengurangkan berat badan dan beliau telah dimasukkan ke hospital.
     
    Seorang lagi individu berusia 20-an menggunakan 'Nutrex Research Adipodex' yang diiklankan untuk menurunkan berat badan dan mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital.
     
    Kedua-dua produk berkenaan dibeli secara dalam talian dan dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. 
     
    'Nutri Drops Grapefruit Diet' dilabel mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti anggur, 'raspberry ketone', 'hawthorn berry', teh hijau dan delima tetapi dikesan mengandungi bahan-bahan yang diharamkan.

    CARA-CARA MENCEGAH PENYAKIT BAWAAN MAKANAN


    Langkah utama untuk menghindari penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan adalah dengan melindungi makanan daripada tercemar oleh kuman-kuman patogens yang boleh menyebabkan penyakit. Sebagai panduan asas, beberapa perkara berikut boleh dilakukan untuk mengelakkan makanan dari tercemar.

    Pemilihan bahan mentah

    Pemilihan bahan mentah berkualiti dan selamat haruslah diutamakan. Bahan-bahan mentah seperti telur, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan susu amat mudah tercemar oleh kuman. Bahan-bahan mentah ini perlulah dipilih dengan teliti dengan mengelakkan daripada membeli bahan mentah yang disimpan atau dikendalikan dengan cara yang tidak bersih ataupun bercampur dengan bahan-bahan kimia ataupun bahanbahan bukan makanan. Pastikan bahan segar seperti daging, ikan dan ayam berada pada suhu sejuk.

    Bagi makanan yang akan dimakan mentah seperti timun, salad serta ulam-ulaman ianya perlulah dibasuh dengan sempurna sebelum dimakan. Elakkan menggunakan air yang sama berulangkali untuk mencuci sayur-sayuran ini walaupun cara tersebut dapat menjimatkan air.

    Penyimpanan bahan mentah

    Pastikan bahan mentah yang perlu disimpan lama seperti ayam, ikan dan daging disimpan pada suhu sejuk beku. Penyimpanan dalam suhu sejuk beku yang sempurna dapat menahan pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

    Tuesday, January 6, 2015

    TURUNKAN BERAT BADAN

    Mengapa Turunkan Berat Badan?

    Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

    Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

    Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

    Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

    Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

    Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

    Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

    Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

    UBAT TRADISIONAL PENYUMBATAN PEMBULUH DARAH DI JANTUNG

    Pengobatan penyumbatan pembuluh darah di jantung yang paling aman dan ampuh dengan menggunakan obat herbal ace maxs , karena melalui obat tradisional penyumbatan pembuluh darah di jantung ace maxs ini sangat aman untuk anda konsumsi karena terbuat dari bahan-bahan 100% alami dan khasiat yang terdapat dalam ace maxs ini sudah tidak diraguka lagi karena telah terbukti mampu mengatasi penyumbatan pembuluh darah di jantung dengan aman tanpa menimbulkan efek samping yang dapat merugikan tubuh anda.

    Mengapa bisa terjadi penyumbatan pembuluh darah di jantung? Apa saja penyebab dan gejalanya?

    Obat Tradisional Penyumbatan Pembuluh Darah Di Jantung
    Penyempitan pembuluh darah di jantung yaitu disebabkan terjadinya pengendapan lemak yang terbentuk pada dinding dalam pembuluh darah / arteri yang menyebabkan penyempitan saluran. Walaupun semua arteri dapat terkena, tetapi jika mengenai arteri di jantung, otak, atau aorta (arteri utama dari tubuh) maka kondisinya menjadi gawat. Tumpukan endapan lemak menyebabkan gangguan sirkulasi darah ke suatu organ terhambat dan memicu oragan itu sendiriuntuk bekerja lebih keras.Penyembitan pembuluh darah dapat disebabkan tingginya kolesterol jahat (kolestoreol LDL) akibat mengonsumsi makanan yang kaya lemak jenuh, kalori berlebihan akibat terlalu banyak makan, dan konsumsi gula murni. Kurang olahraga dan kebiasaan merokok semakin meningkatkan risiko terjadi penyumbatan pembuluh darah jika penyempitan itu terjadi di pembuluh arteri maka dapat menyebabkan serangan jantung/terjadi penyakit jantung koroner. Penyakit jantung koroner disebabkan oleh adanya penyempitan, penyumbatan, atau kelainan pada pembuluh arteri koroner. Penyempitan atau penyumbatan pembuluh darah tersebut dapat mengentikan aliran darah ke otot jantung yang sering ditandai dengan rasa nyeri. Dalam kondisi yang telah parah, kemampuan jantung memompa darah dapat hilang. Kondisi ini dapat merusak sistem pengontrol irama jantung dan berakhir dengan kematian.

    MANFAAT PUASA BAGI KESIHATAN JANTUNG


    Ukuran jantung manusia kurang lebih sebesar kepalan tangan. Jantung adalah satu otot tunggal yang terdiri dari lapisan endothelium. Jantung terletak di dalam rongga dada, dan di balik tulang dada/sternum. Struktur jantung berbelok ke bawah dan sedikit ke arah kiri. Jantung hampir sepenuhnya diselubungi oleh paru-paru, namun tertutup oleh selaput ganda yang bernama perikardium, yang tertempel pada diafragma. Lapisan pertama menempel sangat erat pada jantung, sedangkan lapisan luarnya lebih longgar dan berair, hal ini untuk menghindari gesekan antar organ dalam tubuh yang terjadi karena gerakan memompa secara konstan oleh jantung

    Secara internal, jantung dipisahkan oleh sebuah lapisan otot menjadi empat ruang yaitu Ventrikel (bilik kanan dan kiri) dan Atrium (Serambi kanan dan kiri). Dinding serambi jauh lebih tipis dibandingkan dinding bilik. Selanjutnya bilik kiri dan pembuluh darah besar atau aorta, untuk memompa ke seluruh bagian tubuh yang memiliki pembuluh darah. Pada saat berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan terisi darah (disebut diastol). Selanjutnya jantung berkontraksi dan memompa darah keluar dari ruang jantung (disebut sistol). Kedua serambi mengendur dan berkontraksi secara bersamaan, dan kedua bilik juga mengendur dan berkontraksi secara bersamaan.

    Sunday, January 4, 2015

    AZAM TAK PERLU TUNGGU TAHUN BAHARU

    Tempoh waktu yan diberikan Allah SWT yang Maha Mengetahui kepada seseorang hamba-Nya di dunia ini adalah berbeza-beza. Ada yang dikurniakan umur panjang, sesetengahnya pula kembali kepada Maha Pencipta pada waktu usia muda.

    Setiap hari dan detik waktu yang diberkan Allah adalah anugerah kepada seseorang kerana ia satu kesempatan masa untuk terus menambah amal dan ilmu.

    Terserah kepada kita sama ada merebut peluang waktu itu dengan sebaiknya untuk mengumpul pahala dengan amal kebaikan sebanyaknya atau sebaliknya melepaskan peluang itu dengan amalan yang merugikan dunia dan akhirat.

    Melangkah ke tahun baharu, menjadi kebiasaan kepada kita mendengar persoalan apakah azam tahun baharu yang ingin dicipai. Ramai yang akan menympan azam tertentu dan sesungguhnya perkara itu sangat baik kerana menunjukkan manusia memiliki keazaman untuk berusaha dan bertawakkal bagi memperbaiki diri, sejajar dalam ajaran Islam.

    Perkara ini dibicarakan dalam rancangan Pesona D'Zahra di Ikimfm oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin Isnin lalu.

    menerusi rancangan itu, beliau menyatakan setiap manusia perlu cita-cita menjadi orang yang soleh dan lebih baik pada setiap hari serta masa.

    ISTIQAMAH LAKUKAN AMALAN KEBAIKAN

    Allah SWT sangat menyukai amalan yang istiqamah dan berkesinambungan kerana prinsip istiqamah tidak terpisah dalam rangkaian ibadah selain menjadi roh untuk menjiwai amalan serta menentukan amalan itu berkualiti atau sebaliknya.

    Rasulullah SAW bersab da: “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang istiqamah (berterusan atau konsisten) walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Utama perkara fardu

    Bagi memastikan kita terus istiqamah melakukan amal kebaikan dan menjaga kesinambungan amal ibadah, hendaklah sentiasa menjaga dan menitikberatkan perkara fardu seperti solat lima waktu serta menyegerakan qada ibadah seperti puasa untuk memperoleh reda Allah SWT.

    Kedua, kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan sungguh hati supaya diberikan hidayah dan keteguhan iman secara berterusan serta sentiasa berada di landasan yang betul sebagaimana ditekankan oleh syariat Islam.

    Ketiga, sentiasa melakukan ibadah sunat walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan membaca ayat suci al-Quran secara berterusan, berusaha menghafaznya serta dibacakan dalam solat fardu atau sunat. Amalan ini harus dipupuk supaya kita sentiasa berinteraksi, mempelajari, memahami isi kandungan al-Quran.

    Rasulullah SAW: “Pertahankanlah dirimu bersama al-Quran ini, demi jiwa Muhammad yang ada ditangan-Nya, sesungguhnya al-Quran ini lebih cepat hilangnya daripada cepatnya ikatan tali unta yang terlepas.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    PUASA SUNAT SYAWAL BANTU SISTEM BADAN KEMBALI NORMAL

    Bulan Syawal mengembalikan kita kepada ‘fitrah’ atau kebiasaan kehidupan pengambilan makanan dan juga amalan ibadah di luar Ramadan. Jadi, kesan ‘tarbiah’ di bulan Ramadan bukan hanya pada sudut roh akibat beribadah, fisiologi badan juga turut berubah sewaktu berpuasa.

    Kembali kepada kebiasaan dalam keadaan yang tergesa-gesa tidaklah sesuai kepada sistem tubuh kita. Pastinya ada hikmah kenapa Islam sangat menggalakkan umatnya terus berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal bermula Syawal kedua.

    Abu Ayyub al-Ansari meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah)

    Kesan puasa kepada berat badan

    Menurut kajian sains, puasa Ramadan selama 30 hari boleh memberi kesan kepada berat badan dan beberapa parameter fisiologi darah termasuklah perubahan pada paras glukos, urea, kolesterol, trigliserides, LDL kolesterol, dan HDL kolesterol.

    Bagaimanapun, tidak semua mereka yang berpuasa Ramadan boleh mendapat kesan baik pada penurunan parameter itu. Ada antara kita berat badannya bertambah sewaktu akhir bulan Ramadan disusuli dengan pengambilan makanan tanpa kawalan ketika berhari raya.
    Ini memberi kesan agak buruk kepada sistem pencernaan badan yang telah ‘berehat’ pada siang hari selama sebulan dan terus didedahkan dengan pelbagai jenis makanan serta juadah sebaik sahaja tarikh hari raya diisytiharkan.

    KEPADA YANG SUKA MANDI MALAM

    ILMU UNTUK KEHIDUPAN HARIAN

    3 WAKTU DILARANG MANDI :

    A. 30 Minit Setelah Solat Asar.

    B. Setelah Maghrib.

    C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

    Penjelasan :

    A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

    B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

    C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

    Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.