Sunday, January 29, 2017

STEVIA - PEMANIS ATAU RACUN?

Sejak akhir-akhir ini banyak produk Stevia dipasarkan di pasaran. Sasaran utama golongan peniaga Stevia ini ialah pesakit kencing manis dan penyakit kronik lain. Bukti terbaru menunjukkan Stevia diproses dengan 'methyl-alcohol' dan bahan toksik lain.
Sememangnya Stevia adalah daun hijau tetapi kebanyakkan produk Stevia di pasaran adalah dalam bentuk serbuk atau cecair BUKAN asalnya daripada daun hijau Stevia. Produk Stevia yang anda gunakan sekarang adalah ekstrak Stevia yang telah dicampur dengan pelbagai bahan kimia, peluntur warna dan seterusnya dipasarkan sebagai makanan "kesihatan". Daun hijau Stevia mempunyai rasa manis 40 kali ganda lebih dari gula putih. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan selepas rasa manis yang sangat pahit. Stevia yang diproses tidak mempunyai kesan selepas rasa manis ini. Pelbagai bahan kimia antaranya GMO Maltodextrine, GMO gula tebu, GMO Erythritol dan lain-lain ditambah untuk menghilangkan kesan "aftertaste" ini. Stevia yang diproses ini mempunyai rasa manis hampir 350 kali ganda daripada gula putih. Anda hanya perlu setitis sahaja untuk maniskan secawan air atau sedikit makanan anda.
Pengguna Stevia menyangka mereka menggunakan bahan berasaskan daun Stevia, tetapi sebenarnya mereka tertipu dengan membeli bahan pemanis yang dimaniskan dengan pelbagai bahan GMO. Sebagai contoh GMO Erythritol adalah pemanis yang terhasil akibat fermentasi jagung yang dihasilkan melalui modifikasi genetik. "Stevia" yang anda gunakan ini adalah kombinasi bahan-bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya diambil untuk jangkamasa panjang. Kira-kira 85% stevia yang diproses ini dihasilkan di China.

Friday, January 27, 2017

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA

Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar.

Keutamaan telah ditumpukan kepada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara?. 

Faktor-faktor yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikan dan pemeriksaan mammografi. Walau bagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidap kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.


Thursday, January 26, 2017

KEAJAIBAN SEDEKAH

"TIDAKLAH AKAN BERKURANG HARTA YANG KITA INFAQ/SEDEKAHKAN DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH, MELAINKAN ALLAH AKAN MENGGANTINYA DENGAN BERLIPAT GANDA".

- AJAIB NYE SEDEKAH SEMAKIN SEDEKAH SEMAKIN KAYA -

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterakan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap erzeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengan nya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan bebas seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Perkara-perkara untuk mendapatkan kesempurnaan dalam amalan sedekah.


Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah. Bukan disebabkan nama dan balasan di kemudian hari. Bagi memastikan sedekah kita tidak sia-sia, Islam mengajar umatnya menyumbang dan bersedekah dengan menepati erti sedekah yang sebenar. Maka, beberapa perkara perlu diambil kira demi kesempurnaan dalam amalan bersedekah.

Wednesday, January 25, 2017

12 PETUA LAMA

Tidak dinafikan, petua-petua orang dahulu boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Malah, lebih elok sebenarnya jika dipraktikkan kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan asli yang terdapat di sekeliling kita.

Meskipun kesannya tidak terjadi serta-merta namun perubahan tetap dirasai sedikit demi sedikit bergantung kepada kekerapan melakukannya. Yang penting, tiada bahan kimia digunakan. Petua lama memang avesome! Ikuti 12 petua di bawah ini:-

  • Tangan Luka: Jika jari anda luka terkena pisau, jangan panik. Ambil sarang telur labah-labah yang berwarna putih seperti kapas dan letakkan di jari yang luka. Darah akan berhenti dengan cepat.

  • Hilangkan Kutu Kepala: Masaalah kutu amat merunsingkan. Cara mudah untuk menghilangkan kutu, lumurkan kepala dengan minyak tanah. Bungkus kepala dengan tuala selama 2 jam. Kutu-kutu di kepala akan mati.

  • Redakan Sakit Mata: Sakit mata amat memeritkan, hendaknya pula jika mata merah. Jangan bimbang, titiskan sedikit rebusan air sirih di dalam mata. Biarkan sedikit pedih tetapi ia segera pulih.

  • Legakan Sakit Perut: Jika perut rasa tidak sedap, kembung atau cirit-birit, minum air rebusan daun kesum. Boleh juga dibuat ulam. Perut akan terasa lega dan beransur pulih.

  • Pijar Cili: Untuk menghilangkan rasa pijar cili pada jari jemari, lumurkan dengan garam. Biarkan ia selama 5 minit. Kemudian bilaslah menggunakan air sejuk.

  • Timun Lebih Rangup: Kalau inginkan timun yang rangup, sebaik dihiris atau dikupas kulitnya simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dijadikan ulam atau dimakan. Timun akan lebih rangup.

  • Hilangkan Bau Petai: Makan nasi berulamkan petai memang sedap. Tetapi mulut akan berbau jika makan petai terlalu banyak. Jangan bimbang, anda hanya perlu makan beberapa potong timun, bau oetai akan hilang.

  • Pedih ulu Hati: Sakit pedih ulu hati amat memeritkan. Amalkan makan satu sudu madu setiap bangun pagi dan sebelum tidur di malam hari. Anda akan terasa, pedih bagai dihiris. Jika diamakan selalu, rasa pedih ulu hati akan hilang.
  • Menghilangkan Bau Mulut: Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

PENAWAR PENYAKIT BUAH PINGGANG

Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna atau pun tidak. Buah pinggang merupakan dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman tangan. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang tubuh pada aras pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan, mengawal lebihan cecair dari darah, untuk mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah yang diperlukan tubuh dan mengekalkan jumlah fosforus serat kalsium dalam darah agar tulang kekal sihat.

Buah pinggang berfungsi apabila sisa dan air yang berlebihan ditapis semasa darah melalui buah pinggang. Kegagalan buah pinggang berfungsi merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya. Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagaglan buah pinggang (renal failure).


Gejala penyakit buah pinggang boleh berbeza dari seorang ke seorang. Malah, ada orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin tidak berasa sakit atau mereka tidak sedar tentang perubahan yang berlaku. 

Selalunya, sesetengah orang mungkin mula berasa kurang sihat, sehingga fungsi buah pinggang mereka telah merosot dengan ketara. Itulah sebabnya penyakit buah pinggang kadang-kadang dipanggil penyakit "senyap". 

Antara tanda buah pinggang gagal berfungsi seperti kekejangan otot, gatal-gatal yang teruk, merasa tidak sihat seperti mengantuk, keliru, loya, sesak nafas, perubahan dalam pengeluaran air kencing, kehilangan selera makan, rasa letih, pucat, bengkak di tangan, kaki dan kawasan disekitar mata.

Apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi, ia akan menyebabkan buah pinggang tidak dapat menapis darah dan mengeluarkan lebihan cecair dengan normal, ia boleh memberi kesan kepada tekanan darah, menyebabkan anemia serta penyakit tulang.

Bagi mengatasi masalah penyakit buah pinggang ini, terdapat pelbagai alternatif yang boleh dilakukan bagi merawatnya. Antara makanan yang disyorkan kepada pesakit buah pinggang ialah:-



DAUN SUP

KENALI KACANG KUDA

KACANG kuda mempunyai protein yang tinggi. Ia adalah salah satu daripada kekacang yang paling awal ditanam dan merupakan tinggalan berusia 7500 tahun dijumpai di Timur Tengah.

Kacang kuda tumbuh antara 20 cm hingga 50 cm iaitu dengan ketinggian 8 cm hingga 20 cm. Ia mempunyai daun kecil yang ringan di kedua-dua belah batang. Kacang kuda mempunyai satu kelongsong biji yang mengandungi dua atau tiga kacang. Ia mengeluarkan bunga berwarna putih, biru, ungu dan urat daunnya berwarna merah jambu.


KACANG KUDA SETELAH DIREBUS DAN BOLEH DIMAKAN BEGITU SAJA

POKOK KACANG KUDA

ADA TIGA JENIS KACANG KUDA:-

1. Kacang Kdua Desi:- Desi mempunyai biji gelap, kecil dan kasar. Ia ditanam terutamanya di India, Ethiopia, Mexico, serta Iran. Desi bermaksud 'negara' atau 'tempatan' di Hindustan. Nama lain seperti Bengal gram atau kala Chana "kacang kuda hitam" dalam kedua-dua bahasa Hindi dan Urdu atau Chhola Boot. Kacang kuda Desi mempunyai lebih tinggi serat dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masaalah gula dalam darah.



2. Kacang Kuda Kabuli:- Ia lebih ringan, lebih besar dan licin kerana kebanyakannya ditanam di Mediterranean, Eropah Selatan dan benua kecil India. Nama Kabuli bermaksud :dari Kabul" dalam bahasa Hindi dan Urdu, serta dianggap datang dari Kabul dan Afghanistan apabila ia diperkenalkan ke India pada abad ke-18. Ia dipanggil KEbuli Chana dalam Marathin dan Safed Chana di India.

3. Kacang Kuda Hijau:- Kacang jenis ini biasa di negara Maharastra, India. Dalam Marathi, ia dipanggil Harbhara. Chana Dal juga dikenali sebagai Harbara Dal. Hidangan hummus adalah perkataan Arab, diperbuat daripada kacang kuda dan popular di restoran-restoran Arab. Kacang kuda dan gram bengalsering digunakan untuk membuat kari adalah salah satu makanan yang paling popular di benua kecil India.


Humus merupakan salah satu makanan Arab yang diperbuat 
daripada kacang kuda.

DAUN KARI PELBAGAI GUNA

Daun kari amat sinonim dan sering digunakan dalam masakan masyarakat India terutamanya kari. Biasanya ia digunakan bersama rempah ratus lain untuk menambah keharuman dan rasa dalam masakan.

Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii yang tergolong dalam keluarga Rutaceae dan berasal dari Indis dan Sri Lanka.

Kebanyakan orang hanya mengganggap daun kari sekadar penambah rasa dalam hidangan dan akan membuangnya dan tidak makan daun kari yang ada dalam makanan. Mungkin ramai yang berbuat demikian kerana mereka tidak sedar memakan daun kari adalah baik untuk kesihatan.


DAUN KARI

Bukan sekadar penambah rasa dalam masakan, daun kari mengandungi pelbagai nutrien seperti karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, tembaga dan mineral. Ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A, vitamin B, vitamin E, asid nikotinik, antioksidan, sterol tumbuhan, asid amino dan glikosida flavonoid.

Pengambilan daun kari adalah baik untuk sistem penghadaman kerana ia merangsang enzim pencernaan dan membantu memecahkan makanan dengan lebih mudah. Penyelidikan juga telah menunjukkan daun kari membantu melindungi hati daripada penyakit, mengurangkan kadar kolestrol dalam badan, melawan kanser, mengawal diabetes, merawat cirit-birit, baik untuk mata dan macam-macam lagi.

Selain itu, darun kari juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut, menguatkan akar rambut dan juga mengurangkan rambut gugur. Daun kari kaya dengan protein dan beta-karoten yang mengurangkan keguguran dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Rambut gugur boleh berlaku kerana kekurangan protein.

Oleh itu, pengambilan daun kari dengan kerap adalah perlu untuk pertumbuhan rambut. Ia juga kaya dengan antioksidan yang memberikan kelembapan kepada kulit kepala dan juga membantu untuk membuang folikel kulit kepala mati dan menghalang kelemumur.

Monday, January 23, 2017

MEE SEGERA UNDANG SAKIT JANTUNG

Keenakan rasa dan harga yang murah menyebabkan ramai orang gemar mengambil mi segera ketika lapar.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana pengambilan secara berterusan akan meningkatkan risiko serangan jantung.

Pengkaji daripada Hospitan Jantung Baylor di Texas, Amerika Syarikat, Hyun Joon-shin, berkata, seseorang yang mengambil makanan tersebut sebanyak dua hingga tiga kali seminggu berisiko menghidap sindrom kardio metabolik.

"Sindrom ini mampu meningkatkan risiko terkena penyakit jantung, diabetes dan strok

CAS TELEFON DI BILIK TIDUR PUNCA GEMUK

ANDA kadangkala tidak boleh melepaskan tetefon bimbit dan sering membawanya ke bilik tidur, malah menggunakan telefon bimbit sebelum tidur juga sudah menjadi kebiasaan pada setiap malam.

Sebuah kajian itu, cahaya pada gajet boleh mengganggu produksi hormon melatonin atau hormon tidur. Sedangkan, hormon melantonin dapat menjadikan kualiti tidur lebih baik dan efektif selain membantu tubuh mengubah pengambilan makanan dan minuman menjadi tenaga.

Jika kadar melatonin terganggu atau menurun, pengolahan mekanan dalam tubuh badan juga turut terganggu.

Melalui kajian yang dijalankan pada tikus, penyelidik mendapati, suntikan kadar melanonin dapat mencegah obesiti dan diabetes.

Seorang penyelidik dari Universiti Manchester, United Kingdom, Dr. Simon Kyle memberitahu, cahaya biru ketika mengecas telefon bimbit dapat mengganggu metabolisme tubuh.

"Kami tertarik bagaimana perubahan dalam pola tidur dan bangun tidur mempunyai kaitan dengan diabetes dan obesiti. Jika anda meningkatkan waktu tidur, anda juga mendapat kesan positif pada diabetes dan obesiti", kata Kyle.

Kyle menjelaskan, ketika tidur dalam keadaan gelap, kadar melatonin dapat meningkat dan sebaliknya ketika dalam keadaan terang.

Malah, dia turut menyarankan seseorang untuk menghidari penggunaan alat elektronik sebelum tidur.

"Jika anda kurang tidur, terdedah kepada cahaya pada waktu yang salah pada sebelah malam pula dapat mengganggu fungsi hormon melatonin dan dapat memberi kesan pada perubahan dalam metabolisme"' ujarnya.

Sunday, January 22, 2017

HARAM GUNA SABUN SUSU IBU: JAKIM

Penggunaan susu ibu dalam penghasilan produk seperti sabun atau peralatan kosmetik adalah haram, demikian keputusan mesyuarat panel pakar syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hasil mesyuarat ke-86 pada pertengahan Jun lalu itu dibuat berdasarkan kaedah yang bermaksud, sesuatu yang diharamkan untuk digunakan, ia juga haram untuk diambil dan diproses sebagai sabun.

Ketua pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata keputusan itu juga mengambil kira dasar Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan yang menetapkan susu ibu atau sebarang bahan berasal daripada manusia tidak boleh digunakan dalam penghasilan produk kosmetik termasuk dalam penyediaan sabun.

Tiada bukti saintifik.

Mengulas laporan Berita Harian mengenai beberapa kumpulan ushawan wanita di China cuba mengubah fungsi susu ibu dengan menjualnya dalam bentuk produk kecantikan, beliau berkata, keputusan panel pakar syariah JAKIM itu selaras dengan peraturan ditetapkan Annex II, Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia.

"Sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong tahap keselamatan atau keberkesanan susu ibu dalam produk kosmetik. Kedudukan manusia tinggi di isi Allah berbanding makhluk lain, jadi semua anggota atau apa saja berasal daripada tubuh manusia perlu dihormati dan dimuliakan, tak boleh dimanfaatkan sewenang-wenangnya kecuali terdesak.

"Keadaan terdesak apabila ada kemudaratan yang boleh memusnahkan lima perkara dipelihara syariat, iaitu agama, akal, tubuh, maruah dan harga serta apabila tiada bahan lain yang diharuskan oleh syarak bagi menghilangkan kemudaratan berkenaan. Jadi, dilarang penggunaan susu ibu untuk kosmetik atau kegunaan luaran manusia".

"Ia demi memuliakan kedudukan manusia sendiri. Bahkan, masih banyak bahan utama lain boleh menggantikan fungsi susu ibu dalam penghasialn sabun", katanya dalam satu kenyataan ketika mengulas penggunaan sabun susu ibu, diperkenalkan sebagai produk rawatan kulit yang dilaporkan jadi kegilaan di beberapa wilayah di China.

Ia juga hangat dijual di laman beli-belah dalam talian 'Taobao' dan didakwa mempu menjadikan kulit lelaki dewasa lebih putih, sihatl, licin dan cantik.

Mengenai tindakan kumpulan tertentu di negara ini berkongsi tips menghasilkan sabun dari susu ibu dan menjual produk berkenaan, Othman berkata, anggota atau apa-apa berasal daripada tubuh manusia tidak boleh dijual beli dan digunakan untuk tujuan kosmetik atau kegunaan luaran walaupun lebihan perahan susu sendiri.

"Bahkan sehingga kini tiada kajian saintifik yang mengesahkan khasiat susu ibu sebagai susu sabun.Jika wanita mempunyai lebihan susu yang selamat daripada penyakit berjangkit atau kesan ubat-ubatan yang diambil sebelum susu diperah, dia boleh mencari anak susuan yang benar-benar memerlukan susu ibu"' katanya.


TIP RAWAT JERAWAT TERPANTAS

Siapa kata jerawat tidak boleh dirawat dengan pantas?. Entri kali ini membongkar lima bahan yang boleh membantu anda merawat jerawat untuk beberapa jam supaya hari anda bersama si dia lebih sempurna. Sekurang-kurangnya, ia mampu 'menyembunyi' jerawat yang kelihatan ketara sebelum si dia menegur.

1. Garam:- Garam dipercayai mampu mengecutkan jerawsat selama beberapa jam sahaja. Hanya campur dengan sedikit air, pastikan anda menyapu pada tempat jerawat sahaja dan bukan ke seluruh wajah. Sedikit garam pada jerawat sudah memadai.

2. Lemon:- Jus lemon bukan sahaja mambantu membunuh bakteria tetapi ia juga dikatakan peluntur semula jadi. Menyapu sedikit jus jus lemon pada jerawat boleh membantu kulit wajah anda bebas bakteria dan memudar parut jerawat.

3. Ais:- Menekap ais pad jerawat membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat pada masa yang singkat. Elak letak ais pada tempoh yang lama kerana ia mungkin akan menyebabkan kulit anda terkena 'gigitan ais'.

4. Ubat Titis Mata:- Mungkin ada yang tidak percaya bahawa ubat titis mata boleh membantu mengurangkan kemerahan jerawat dan menjadi kecil. Meski pun rawatan ini berkesan untuk beberapa jam tetapi sekurang-kurangnya ia sangat membantu untuk anda yang ada 'date' dengan pasangan atau anda perlu hadiri interviu.

5. Halia:- Dikenali sebagai anti-radang, halia membantu mengecutkan dan mengatasi kemerahan jerawat pada wajah. Bukan saja murah tapi boleh disapu pada bila-bila. Hiris nipis dan tampalkan saja pada wajah. Jika terlebih rajin, ambil jusnya dan tekap saja.

Mungkin anda yang merasa pelik akan kemujaraban bahan-bahan ini tetapi tidak salah mencuba kerana

Thursday, January 19, 2017

SALAH FAHAM KONSEP KESIHATAN

Dalam bulan terakhir tahun ini, mungkin ramai yang sudah mengecap impian, mungkin masih ada yang belum melunaskan cita-cita yang diingini.

Mengenai isu kesihatan, obesiti semakin meningkat di negara kita dan seharusnya diberi perhatian. Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Apa yang penting adalah keseimbangan dan setiap individu mempunyai keseimbangan masing-msing.

Kali ini kita akan membincangkan masalah berkenaan konsep kesihatan yang sering kita abaikan, tetapi memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.

ELAK BERSARAPAN

Masih ramai yang elak bersarapan. Adakah anda terlalu sibuk dan tiada masa atau mahu mengurangkan kalori?.

Jangan elak sarahan kerana anda juga yang rugi. Sarapan penting untuk membekalkan nutrisi dan tenaga bagi aktiviti seharian. Jangan tunggu sampai di pejabat baru hendak makan.Cuba makan secepat mungkin kerana ia:

1. Membekalkan tenaga badan

2. Meningkatkan kecergasan mental

3. Penting untuk mengawal nafsu makan.

Sekiranya tunggu sampai di pejabat baru hendak makan, sudah tentu nafsu makan sudah bergelora.


Elak daripada ia berlaku pada diri anda. Makan sarapan secepat mungkin. Keseimbangan kehidupan kerja dan sosial diri itu memang penting.

TIDAK CUKUP TIDUR SERTA TERLEBIH TIDUR

Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk meningkatkan pembakaran kalori?. Tidak sama sekali.

Walaupun anda berjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan mengurangkan aktiviti. Malahm, nafsu makan akan meningkat kerana badan perlu merangsang kalori untuk meneruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur boleh mengakibatkan sakit jantung, kecederaan (kerana kecuaian mental), tekanan dan seumpamanya.

Tidak kira kesibukan kerjaya atau perkara lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya anda cukup rehat.

MEROKOK

Kita semua sudah tahu mengenai keburukan nya bukan saja untuk diri sendiri, malah untuk keluarga terdekat (yang menghidu asap rokok).

Walaupun ia hak individu, amalan merokok sememangnya tabiat kesihatan yang buruk untuk sesiapa saja. Tiada fakta yang mengatakan merokok boleh mengurangkan berat badan.

UBAT KURUS

Zaman sekarang memang penuh dengan pelbagai produk dan perkhidmatan kesihatan.

Ramai yang bergantung semata-mata kepada pihak ketiga untuk mengawal kesihatan diri sendiri. Padahal, tanggungjawab kesihatan dan kecergasan sepatutnya terletak pada bahu sendiri, bukan orang lain.

Di sinilah ramai yang dipergunakan pihak komersial, tapi tetap tidak pandai mengawal kesihatan diri. Oleh itu, sangat penting untuk menyelami hati sendiri kerana titik perubahan untuk kekal sihat dan cergas datangnya dari anda sendiri bukan daripada bahan atau orang lain.

TERLALU BANYAK PENGAMBILAN PROTEIN

Walaupun ia trend maka kini, apatah lagi dengan pelbagai suplemen dan makanan tambahan berprotein, elak daripada pengambilan protein terlalu banyak. Ia boleh memberikan beban yang tinggi kepada buah pinggang, menjadi punca gout dan penyakit lain.

Jadi berapa banyak protein yang sesuai untuk anda?. Ia harus merangkumi kira-kira 35 peratus daripada jumlah pengambilan kalori seharian anda.

Katakan sasaran pengambilan kalori anda adalah 2,000 kcal, maka pengambilan sehari anda kira-kira 700 kcal atau 175 gram (1 gram bersamaan dengan 4 kcal).

MENGAMALKAN DIET MENDADAK

Apakah itu diet mendadak?. Kita semua tahu, diet mendadak adalah sesuatu yang ekstrem, tetapi definisi sebenar diet mendadak adalah pengambilan kalori seharian sebanyak 1,000 kalori atau kurang. Terdapat pelbagai keburukan diet mendadak ini.

Diet secara mendadak memang tidak digalakkan kerana:

1. Keletihan melampau:- Mengurangkan tubuh anda daripada nutrisi penting akan menyebabkan badan anda lemah dan tidak bermaya. Tubuh anda akan mengalami hibernsi kerana ia cuba menyimpanb tenaga, tetapi tidak mencukupi. Malah, anda sebenarnya membakar kurang lemak daripada yang anda jangka.

2. Kecederaan:- Sama seperti atlet yang kepenatan, tahap kepenaan ini akan menyebabkan tubuh anda lebih cenderung untuk cedera, lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti fizikal ketika diet mendadak.

3. Tidak kekal:- Masaalah utama diet mendadak adalah ia tidak dapat diamalkan untuk jangka masa yang panjang dan amat menyakitkan serta menyusahkan. Ramai yang bersusah payah utnuk 12 minggu dan selepas itu, kembali kepada cara pemakanan lama dan menambah kembali berat yang sudah dibuang. Ini dinamakan diet yo-yo.

4. Mudah sakit:- Kita semua sedar, apabila tubuh kekurangan nutrisi penting, pertahanan tubuh kita akan menjadi lemah untuk melawan virus.

5. Kehilanga otot:- Anda memang akan kehilangan lemak, tetapi tanpa anda sedar, anda juga akan kehilangan otot.

MELAKUKAN SENAMAN TANPA HENTI TUJUH KALI SEMINGGU

Akhir sekali, mungkin anda terkejut dengan kesalahan ini tetapi antara kesalahan kesihatan yang besar adalah amalan bersenam setiap hari. Mengapa pula?. Ini kerana senaman memberikan beban kepada fizikal dan mental badan.

Jika tubuh berada dalam tekanan yang dieruskan setiap hari, katakan sehingga tujuh kali seminggu, badan tiada peluang untuk merawat diri. Dalam keadaan begini, kebarangkalian anda cedera memang tinggi.

Pastikan dalam seminggu, sekurang-kurangnya anda mempunyai satu hari rehat dan dua kali setahun rehat berpanjangan iaitu dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk membenarkan badan membaiki otot badan anda.

AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN DARI TIDUR

Sekadar perkongsian :
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana "diperturunkan" kpd mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.


Baru - baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno;Hartini,yg terkenal sihat dn cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air sejuk kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.


Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. 

Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini.

Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci ?

Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ). 

NO bertindak mengawal tekanan darah,sebagai neurotransmitter, anti-penuaan,anti-oxidant, anti-inflammatory dan banyak lagi peranan pentingnya.

Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya.

Salah satu cara ialah dengan bakteria - bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita menghasilkan NO secara semulajadi,terutamanya ketika kita tidur.

NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu,antaranya.

Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk,NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita.NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita,kesihatan jantung terutamanya.

Dengan itu juga,adalah kurang bijak untuk mengamalkan berkumur dengan segala bentuk ubat pencuci mulut bagi orang yg tiada apa-apa penyakit mulut tetapi hanya untuk memberikan bau mulut yang menyegarkan. Ubat pencuci mulut dan segala mouthwash ini akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut.
Kalau ada keperluan tertentu dan diarahkan oleh doktor,barulah sesuai digunakan ubat kumur pencuci mulut.

Moga perkongsian ini dijadikan Allah bermanfaat.

SELALU SAKIT TUMIT KAKI? AMALKAN PETUA PETUA LAMA

Sakit tumit atau dalam bahasa perubaannya plantar fascitiis adalah sakit pada bahagian tumit yang kerap di alami oleh orang dewasa dan ada yang turut merasakan sakit sehingga seluruh tapak kaki atau ke buku lali.

Simpton ini terjadi apabila berlaku keradangan pada tisu pelantar (tendonitis) yanag membentuk lengkuk pada tapak kaki atau mengalami kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Plantar fascitiis atau fascitiis plantar adalah keradangan pada fascia plantar yang merupakan tisu kuat (seperti ligamen) yang meregang daripada tumit sehingga ke tulang tengah kaki. Ia menyokong lengkung tapak kaki dan juga bertindak sebagai penyerap kejutan dalam tapak kaki.


PENAMPILAN seseorang individu itu pastinya lebih kelihatan anggun jika kasut yang dikenakan sesuai dengan gaya dan warna pakaian. Tambahan pula hari ini terdapat pelbagai jenis serta rekaan bentuk kasut yang menarik untuk digayakan setiap hari terutama bagi mereka yang bekerjaya.
Tetapi tahukah anda bahawa kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki dan berat badan seseorang boleh menjejaskan kesihatan?
Ya, selain mengalami sakit lutut, sakit tapak kaki, dan sakit ibu jari kaki, seseorang itu juga boleh mengalami sakit tumit.
Sakit tumit juga seringkali terjadi ke atas golongan wanita kerana mereka gemar memakai kasut bertumit tinggi dalam jangkamasa yang lama.

Wednesday, January 18, 2017

ADAB BERSIN TAMBAH RAHMAT, MAMPU ELAK PENYAKIT

Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna.

DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut nyawa turut menghalang ktia meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Jestru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin danberasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memujiNYA. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.

Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah".

PETUA-PETUA MENAMBAHKAN SERI WAJAH

Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian. Oleh itu terdapat beberapa petua untuk menambahkan seri wajah seperti berikut;

1. Giling sehingga lumat tujuh mata kunyit, segengga pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar.

2. Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersam sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan sebelum mandi.

3. Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan bersih.

4. Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.

5. Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan satu sudu besar madu dan dua sudu besar jus buah prun. Minum dua kali sehari.

6. Bersih sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu-ibu melahirkan anak.

7. Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tadi ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur.

8. Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya. Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.

9. Rendam sebuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. InsyaAllah, kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

10. Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerahn-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan tiga malam berturut-rutur dan anda akan lihat perbezaannya.

11. Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk.

12. Bancuh dua sudu tepung sagu ubi dengan sedikit pada kepekatan sederhana. Sapukan keseluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada esoknya. Amalkan setiap malam selama dua minggu berturut-turut.

5 TANDA-TANDA AWAL KANSER MENYERANG PATUT KITA KETAHUI


Sehingga kini, punca kanser tulang tidak diketahui semestinya. Doktor berkata bahawa punca penyakit adalah bahawa terdapat kesilapan dalam DNA sel-sel. sel-sel DNA membesar dan membahagi dengan cara yang tidak dikawal.

Sel-sel ini sentiasa hidup, tidak mati pada masa yang ditetapkan. Kemudian, sel-sel bermutasi, berkumpul dan membuat massa (tumor) yang boleh menyerang susunan yang berhampiran atau merebak ke bahagian badan yang lain.

Penyakit ini adalah begitu berbahaya kerana ia boleh menyerang kanak-kanak kepada orang dewasa. Dewasa sering disalah tafsir sebagai gejala sakit sendi. Untuk itu, supaya anda tidak salah, kami membentangkan tanda-tanda awal penyakit ini.

1. Sakit
Seseorang yang mengalami sakit tulang, akan merasa sakit di bahagian tulang. Keadaan ini akan mungkin kronik apabila anda melakukan sukan atau waktu malam. Manakala kanak-kanak, gejala-gejala seperti keseleo ditunjukkan yang sangat kronik.
Jika anak anda mempunyai sakit dalam tulang dan tidak akan hilang sehingga tengah malam, cara terbaik adalah segerika diperiksa oleh doktor.

2. Bengkak: Bengkak mungkin tidak muncul sehingga penyebaran tumor keseluruhan. Biasanya, bengkak berlaku di kawasan Kawasan tulang kanser dan kemerahan. Apabila penyakit ini menyerang sendi, jadi sendi anda akan sukar untuk dipindahkan.

3. Adalah sukar untuk bergerak: Kanser tulang akan menjadi sukar untuk bergerak. Perkara seperti boleh menjejaskan pergerakan semua anggota badan. kesan sampingan Bone dibelenggu, iaitu di kaki, mungkin anda akan tempang apabila berjalan. Apabila kanser menyerang tulang belakang, apabila anda menekan saraf, anda akan berasa seram sejuk kebas dan seksyen kaki.

4. Patah: Kanser tulang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Walaupun ia menjadi kronik, kejatuhan biasa atau kecederaan kecil boleh membuat anda mematahkan tulang. Keadaan ini juga dikenali sebagai keretakan patologi.

5. Tanda-tanda lazim: Biasanya anda akan mengalami keletihan, demam, berpeluh dan kehilangan berat badan. Jika anda mengalami sakit tulang yang tidak sembuh dalam masa beberapa minggu tanpa apa-apa sebab, anda perlu segera periksa dengan pakar tulang (pakar ortopedik).

Tuesday, January 17, 2017

LETIH BUKAN NYA PENYAKIT

Penat, letih dan lesu; berlainan istilah tetapi membawa erti yang lebih kurang saka iaitu keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga. PAda hari ini banyak orang mengadu mengalami keadaan fizikal sedemikian. Senario ini membuka peluang luas kepada industri pengeluaran makanan kesihatan atau makanan tambahan (supplement). Pelbagai jenis, jenama dan produk ada di pasaran yang semuanya menawarkan kelebihan masing-masing. Ini membuat lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Namun, dari satu segi, terlalu banyak pilihan pun mengelirukan pengguna. Mari kita lihat punca letih, cara mengatasi dan bagaimana makanan kesihatan atau makanan tambahan boleh membantu. Dari situ, anda mampu memilih supplement yang sesuai dengan keperluan diri tanpa perlu berbelanja besar.

Pada dasarnya, letih atau lesu bukanlah penyakit. Ia lebih kepada simptom atau gejala kepada masaalah lain seperti pemakanan yang tidak sempurna, terlalu kuat bekerja, kurang atau terlebih bersenam, insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna, gangguan perubatan yang spesifik seperti sindrom prahaid bagi kaum wanita.

Punca Letih

Kebanyakan orang berasa letih kerana stress, runsing atau berasa cemas, depresi atau imuniti rendah dan jangkitan kronik. Ia berkait dengan penyakit kencing manis, tiroid atau ketidakseimbangan kelenjar adrenal; penyakit jantung, hati atau buah pinggang.

Kekurangan vitamin dan mineral menyebabkan kurangnya penghasilan sel darah merak dan ini boleh menyebabkan anda rasa lesu kerana sel-sel ini mengangkut oksigen yang digunakan untuk tenaga.

Bagi kaum wanita, rasa lesu berlaku akibat pergolakan paras hormon sewaktu kehaliman dan ketika menopaus aau daripada anaemia kerana darah haid yang banyak. Gangguan tidur dan ubat-ubatan, termasuk ubat bagi darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa penat dan lesu.

Monday, January 16, 2017

DIABETES PEROSAK SARAF


Selama enam tahun, Hana sering pergi ke taman setiap hari bersama ayahnya, Rasak Ismail, seorang penghidap diebetes berusia 45 tahun sehingga lelaki berkenaan kehilangan sebelah kakinya akibat dipotong.

Ayahnya didiagnosis dengan diabetes 15 tahun lalu dan mengalami kerosakan saraf akibat penyakit itu dengan gejala seperti rasa kebas dan berdenyut-denyut pada kaknya.

Tahukah anda, hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota badan) jika penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil?. Adakah anda juga mengalami gejala sama dengan yang dialami ayah Hana?. Jika ya, teruskan membaca.

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala kerosakan saraf yang biasa, jangan biarkannya kerane kesan pengabaian yang paling kejam boleh membabitkan pemotongan kaki. Marilah kita lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai neuropati diabetes (kerosakan saraf) dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan komplikasinya.

MANAFAAT AIR BASUHAN BERAS

"6 Khasiat Air Basuhan Beras Untuk Mencantikkan Wajah Yang Ramai Tidak Tahu"

Sebelum dimasak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Kebanyakan orang akan terus membuang air bekas cucian beras tersebut. Namun tahukah air cucian beras tersebut mengandung berbagai khasiat menakjubkan bagi manusia!

Ya, Air bekas cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah, jerawat, dan masker rambut. Silakan mencuba 6 langkah berikut untuk mangetahui khasiatnya.

* Lagi elok ambil air basuhan pertama kerana 
terdapat banyak khasiat *
1. Toner Kulit
Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus setiap kotoran dan sebum berlebih yang ada di kulit Anda. Jika anda mengamalakn rutin ini dalam beberapa waktu kulit wajah Anda akan lembut dan segar.

2. Masker Muka
Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker wajah. Ambil kertas napkin dan potong di beberapa bahagian macam masker. Tuangkan air beras dalam mangkuk dan rendam kertas masker di dalamnya selama kurang lebih 10 minit.

Kemudian angkat dan perah. Secara perlahan tampalkan kertas itu di wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Wajah anda pasti akan merasa segar.

3. Pencuci Muka
Simpan air bekas cucian beras pada sebuah botol dan gunakan setiap kali Anda mencuci muka. Khasiatnya lebih tertumpu kepada pencahayaan kulit. Anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras ini.

4. Mengecilkan Liang Pori
Cuba celupkan gumpalan kecil kapas ke dalam air bekas cucian beras dan memakainya di wajah. Usapkan dan tekan secara perlahan pada bahagian yang diinginkan. Cara ini akan mampu mengecilkan liang pori.

5. Penyembuh jerawat
Disahkan oleh pakar kulit, Pakat kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah Anda.

Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.

6. Masker rambut
Tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama kurang lebih 20 minit. Kemudian bilas menggunakan shampoo biasa plus kondisioner. Dalam sekali cuci anda akan memiliki rambut yang cantik dan bersinar tanpa perlu berbelanja mahal.

Jadi, tidak rugi untuk anda mencuba kerana rawatan ini adalah percuma dan selalu hanya dibuang air bekas basuhan tersebut. Kalau anda berjaya? maka tidak perlulah anda berhabis duit banyak untuk membeli barangan penjagaan wajah yang mahal.

Sunday, January 15, 2017

KURANGKAN MASAALAH KULIT TERLEBIH MINYAK..PUNCA JERAWAT, MUKA BERKILAT

Wajah berminyak menyebabkan muka kita kelihatan berkilat mengakibatkan debu, kuman dan bakteria mudah melekat, seterusnya menghasilkan jerawat.

Masaalah ini, bukan saja dihadapi wanita tetapi juga lelaki.

Menurut pakar, minyak terhasil dari dalam kulit dapat menjamin kulit sihat, lembap dan tiada kedutan. Namun, jika minyak terhasil terlalu banyak ia mengakibatkan beberapa masaalah pada kulit.


INFO KULIT MUKA BERMINYAK:- 
  • Makan makanan berminyak hampir setiap hari seperti mi, ayan dan cucur
  • Gaya hidup tidak sihat, misalnya kurang bersenam, mengamalkan ubat.
  • Mengambil minuman alkohol juga boleh menjadi punca.


Teliti ketika memilih

Ada banyak jenis pencuci muka yang menawarkan fungsi dengan teknologi berbeza, termasuk membuang minyak dari wajah. Namun, pastikan produk itu bersesuaian dengan kulti wajah.

Selain pencuci muka, produk rambut seprti minyak gel dapat membantu penghasilan minyak kerana ia meresap ke dalam kulit. Biarpun untuk tujuan bergaya, ia boleh merosakkan kulit akibat peluh jika dipakai berlebihan.

Bagi memastikan kulit muka kurang berminyak, ada menggunakan alat solek atau bedak untuk menutupliang roma. Bagaimanapun, cara ini mungkin lebih sesuai untuk wanita.

Jestru, untuk lelaki khususnya, AURA berkongsi beberapa cara semula jadi bgai mengurangkan wajah berminyak. Mungkin kaedah disarankan dapat membantu anda yang mengalami masaalah kulit berminyak.

1. CUCI MUKA:- Menjaga kebersihan muka sangat penting supaya menghindari minyak berlebihan daripada terus terhasil. Cuci muka dengan sabun atau pencuci muka dua kali sehari dan jangan berlebihan kerana dikhuatiri, menghakis lapisan kulit wajah.

2. MINUM AIR PUTIH:- Minum 2 liter air putih sehari supaya menjaga metabolisme pada tubuh. Ketika anda aktif melakukan aktivit, tubuh memerlukan air yang banyak. Peluh yang akan terhasil bukannya minyak.

3. PUTIH TELUR:- Gunakan sebagai topeng wajah. Caranya, pecahkan telur dan pisah kuning dan putihnya. Kacau sehingga berbuih dan sapu pada wajah lalu tunggu hingga kering. Bersihkan dengan air suam dan rasai kesegarannya.

4. DAUN SADERI:- Selain menambahkan rasa enak makanan, daun saderi juga mampu mengurangkan kadar minyak pada wajah. Caranya, potong kecil dan saderi dan masukkan air. Kemudian gunakan air berkenaan untuk membersihkan muka.

5. MAKANAN BERSERAT:- Amalkan pengambilan makanan mengandungi tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan sitrus terutamanya sangat bagus untuk mengurangkan penghasilan minyak.

6. AIR PANAS:- Ambil semangkuk air panas yang dicampur garam, usap perlahan pada wajah. Rasakan sensasi kesejukkannya selepasa itu. Air panas membuka pori wajah dan garam akan membuang kotoran pada wajah.

ASID BENZOIK PENGAWET SELAMAT?

Makanan tinggi antioksidan membantu mempercepatkan penyingkiran asid hippuric. Makanan yang dikeluarkan dari kilang untuk tujuan komersial dan dijual kepada orang ramai perlu memenuhi kriteria utama iaitu ia memiliki hayat penyimpanan (shelf lefe) yang panjang.

Secara umum maksud hayat penyimpanan ialah jangka masa sesuatu bahan/barangan masih boleh digunakan, selamat untuk dimakan atau masih boleh diperdagangkan. Pada bungkusan makanan yang dikeluarkan oleh kilang shelf life boleh didapati dengan meniliti istilah tamat tempoh (expiry data).

Jika tamat tempoh yang dinyatakan seperti Disember 2016, maka makanan tersebut boleh bertahan dari tempoh ia dikeluarkan hingga tarikh tamat tempoh tersebut. Untuk mengetahui tempoh sebenar ketahanan sesuatu makanan ialah tarikh tamat tempoh tolak tarikh pengeluaran.

Bagaimanapun ketahanan sesuatu produk walaupun dibungkus rapi bergantung kepada faktor tertentu. Selagi ia masih berada dalam bungkusan maka hayat ketahanannya akan berkurangan walau pun ia mengandungi pengawet.

Sesetengah produk makanan termasuk makanan tambahan contohnya dalam bentuk jus yang dibotolkan akan tahan (tidak rosak) selama berminggu-minggu asalkan botol ditutup dengan sempurna dan disimpan dalam peti ais yang sempurna suhu dinginnya.

Keadaan sama berlaku kepada makanan lain juga contohnya gel yang dibungkus dalam sachet yang memang direka untuk sekali makan untuk setiap uncang.

Makanan atau makanan tambahan seperti ini perlu dihabiskan setiap kali bungkusan dibuka. Pertama kerana sudah tertentu pihak pengeluar makanan tambahan tersebut mereka pengambilan satu uncang sebagai dos optimum.

Kedua ialah apabila bungkusan dibuka dan bahan yang tertinggal walaupun ditutup rapi serta disimpan dalam peti ais namun nilai nutriennya dikhuatiri akan merosot.

Bakteria baik - jahat

Untuk pengetahaun pembaca, pengewet bukan sahaja menjadi bahan biasa ditambah dalam pengeluaran bahan makanan terproses, malah ia juga ditambah ke dalam makanan tambahan.

Pengawet ditambah ke dalam jus kesihatan. Ia ditambah ke dalam sediaan gel tidak kira gel apa pun. Bagaimana penulis mengetahuinya?.

Suatu ketika dahulu, bertindak sebagai juruperunding dalam membantu membangunkan produk tambahan untuk sebuah syarikat, penulis pernah berurusan dengan sebuah syarikat pembuatan makanan tambahan.

Menurut pakar formulasi produk syarikat pengeluar makanan tambahan tersebut, selain bahan asas, pengawet amat diperlukan dalam pembuatan produk makanan tambahan. Antara pengawet yang biasa digunakan ialah asid benzoik dan garamnya iaitu natrium benzoat.

Penulis mencadangkan agar pakar formulasi produk hanya menggunakan asid sorbik atau garamnya iaitu natrium sorbat sahaja sebagai pengawet tanpa menggunakan asid benzoik. Cadangan penulis tersebut adalah berdasarkan asid sorbik adalah jauh lebih selamat daripada asid benzoik.

Pada masa sama penulis memang tahu asid sorbik yang lebih selamat sebenarnya membawa maksud ia hanya berupaya menjadikan sesuatu makanan tahan lebih lama pada tahap yang lebih rendah berbanding asid benzoik.
Menurut pakar tersebut asid benzoik perlu digandingkan dengan asid sorbik bertujuan menjadikan produk tahan lama berbanding penggunaan asid benzoik secara bersendirian atau asid sorbik secara bersendirian.

Beliau yang berkelulusan sarjana muda dalam bidang teknologi pemakanan dan bekerja hampir sepuluh tahun sebagai pakar formulasi produk syarikat tersebut berkata, kedua-dua asid sorbik dan asid benzoik bertindak secara sinergi dalam menjadikan sesuatu produk makanan tambahan tahan lama.

Tambahnya, penggunaan asid sorbik semata-mata tanpa menggunakan asid benzoik menyebabkan makanan tambahan hanya tahan beberapa minggu. Sebaliknya menggunakan asid sorbik dan asid benzoik secara bersama akan menyebabkan sesuatu makanan tambahan tahan bertahun-tahun.
Penggunaan asid benzoik dan garamnya menerima kritikan hebat daripada pelbagai persatuan dan orang persaorangan.

Alasan mereka ialah asid benzoik yang masuk ke dalam tubuh bersama makanan yang dimakan dipercayai akan merosakkan sel termasuk DNA. Ia juga dipercayai mengganggu keharmonian flora usus yang terdiri daripada populasi bakteria baik dan bakteria jahat.

Pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik atau garamnya dipercayai menjadikan populasi bakteria baik-jahat menjadi tidak seimbang. Populasi bakteria baik akan terjejas yang akan mengakibatkan bakteria jahat membiak di luar kawalan. Ketidakseimbangan bakteria baik-jahat ini akan mengakibatkan pelbagai masaalah kesihatan.

Sebaliknya menurut golongan yang memeprtahankan penggunaan asid benzoik, peratusan yang digunakan dalam makanan adalah rendah. Kadar yang rendah dipercayai tidak memudaratkan keseimbangan populasi bakteria baik-jahat.

Berasas tumbuh-tumbuhan

Golonganpengkritik berkata, oleh kerana asid benzoik disintesis daripada petroleum maka sudah tertentu terdapat bahan kimia pencemar atau bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) yang menyertainya.

Mereka yang mempertahankan penggunaan asid benzoik pula berkata sebarang pengawet digunakan dalam makanan adalah terdiri dariapda gred makanan.

Maksudnya ialah kadar bahan pencemar atau bersifat karsinogen biasanya berada dalam julat dibenarkan. Penulis bersetuju dengan alasan ini. Jadi, adakah asid benzoik selamat dimakan termasuk yang ditambah dalam produk makanan tambahan?. Sebenarnya asid benzoik terdapat dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan membina asid benzoik dengan mengubah asid cinnamic. Seterusnya tumbuh-tumbuhan membina sebatian berguna daripada asiz benzoik sebatian yang membantu memperahankan kehidupannya (mencegah serangan mikrob atau seranggaa), mengawal tumbersaran dan menarik perhatian agen pendebungaan.

Asid gallic iaitu sejenis antioksidan yang berkuasa merupakan detivatif asid benzoik. Beberapa jenis asid methoxybenzoic ditemui saintis namun sifat terapeutik untuk manusia masih belum diketahui.

Jadi, kesimpulannya jika ia wujud secara semula jadi dalam tumbu-tumbuhan di mana bahagian tertentu tumbu-tumbuhan seperti buah dan daun adalah makanan kita maka pengguaan asid benzoik sebagai pengawet adalah selamat. Ia selamat selagi ia ditambah menurut had yang dibenarkan.

Dalam tubuj, asid benzoik diubah kepada asid hippuric. Asid hippuric akan dibuang daripada tubuh sepenuhnya dalam air kencing.

Kajian mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mempercepatkan pembuangan asid hippuric.

Jadi pemakan makanan yang mengandungi asid benzoik harus menjalani gaya hidup sihat termasuk makan makanan berkhasiat dengan nilai antioksidan yang tinggi.