Thursday, January 12, 2017

DAPATKAN KEBERKATAN PAGI

SAKHR bin Wadahal-Ghamidi seorang sahabat Nabi SAW. Pada masa baginda hidup, Sakhr merupakan seorang peniaga. Beliau tinggal di negeri Taif. 

Sakhr pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda yang bermaksu: "Ya Allah, berkatilah umatku pada masa pagi mereka".

Sakhr turut memperhatikan, setiap kali SArulullah SAW mengutus pasukan, baginda mengutusnya pada pagi hari.

Sakhr lalu mengamalkan sunnah in dalam perniagaannya. Beliau menulakan aktiviti perniagaannyapada pagi hari dan apabila hendak mengutus pegawainya untuk satu tugasan, beliau akan mengutusnya pada pagi hari. 

Kesannya, perniagaan Sakhr berkembang pesat. Beliau mendapatkan keuntungan yang banyak sehingga hartanya melimpah-ruah. (riwayat Abu Dawud) Imam al-Bukhari menyebutkan dalam al-Tarikh al-Kabir. "Sakhr lalu menjadi orang kaya. Hartanya sangat melimpah sehingga ia tidak tahu di mana hendak menyimpannya?".

Kebiasaanya orang soleh

Bangun di awal pagi mengandungi kebaikan yang sanat banyak. Udara pada saat itu masih segar, minda masih jernih dan tenaga masih kuat. Mas ini sesuai untuk digunakan bagi perkara-perkara yang penting. 

Bangun pagi ialah kebiasaanya Nabi SAW dan para sahabat. Mereka memulakan aktiviti harian beberapa jam sebelum terbit fajar. Mereka bertahajud, beristighfar dan bermunajat.

Allah SWT memuji perbuatan ini dengan firman-NYA yang bermaksud: Mereka mengambil sedikit sahaja masa malam tidur. Dan pada akhir malam (sebelum fajar), mereka selalu beristighfar). (al-Zariy;at: 17 - 18)

Apabila azan Subuh berkumandang, mereka mendirikan solat Subuh secara berjemaah.Selepas itu, mereka melakukan pelbagai aktivit sama ada ibadah, bekerja atau sebagainya.

Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah tidak bangkit dari temapt beliau mengejakan solat Subuh sehingga terbit matahari. Apabila matahari telah terbit, baginda bangkit dari tempat itu. (riwayat Muslim)

Ramai daripada kalangan sahabat yang tidak menyakai tidur selepas Subuh. Melainkan bagi seseorang yang bekerja di waktu malam dan tidak memiliki masa tidur melain selepas Subuh.

Zubeir bin Awwam (seorang sahabat Nasi SAW) sangat melarang anak-anaknya daripada tidur selepas subuh. Beliau berkata: "Setia[ kali melihat seseorang tidur selepas Subuh, maka aku tidak menyukainya". (Ibnu AbiSyaibah dalam Musannaf).

Sebuah kajian semasa turut menyokong kebaikan bangun awal pagi. Kajian itu mendapati bahawa individu yang suka bangun awal secara amnya terbuktu lebih sihat, lebih bahagia dan lebih proaktif.

Ramai daripada kalangan tokoh cemerlang dan berjaya masa kini yang mengamalkan budaya bangun awal dan memulakan aktiviti mereka pada awal pagi. Umat Islam lebih patut mengamalkan budaya ini. Ini kerana ia sebahagian daripada sunnah Nabi dan kebiasaan orang-orang soleh. Wallahua'lam.

No comments: