Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka. Mungkin ya mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti.
Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkan nya.
APA ITU SAKA?
Saka adalah kontrak mistik diantara nenek moyang dengan Jin untuk mendapatlkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, ustaz sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda saka dalam badan.
Di antara tanda-tanda nya adalah:-
1. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat yang tinggi
2. Selalu bermimpi berada di awangan
3. Sering di kejar binatang dan di patuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda sangat jelas seseorang itu mewakili saka.
1. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang
2. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat di kira petanda yang sama.
3. Ada lebam pada tubuh selepas bangun dari tidur
4. Rumah tangga sering bermasaalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil dan anak-anak yang degil
5. Berdebar-debar tanpa sebab
6. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.
APA YANG PERLU ANDA BUAT
Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.
Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyak kan bacaan al-Quran dan amalan-amalan sunat.
Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra' dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna-rabbi kulli syai in hafeez).
Teruskan berusaha dengan mencari penawar dan bertawakal kepada Allah.
No comments:
Post a Comment