Wednesday, January 11, 2017

SESUDU MADU MAMPU HAPUSKAN 7 MASAALAH WANITA

MADU bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai dapat membantu merawat kecantikan dalaman wanita. Jom, bongkar kelebihan madu yang juga merupakan makanan sunnah,,,

1. Segarkan Tubuh & Wajah

Pengambilan madu secara konsisten akan membantu memberi tenaga kepada tubuh sekali gus menaikkan seri wajah. Amalkan mengambil madu satu sudu sehari ketika perut kosong. Elakkan menggunakan sudu besi sebaliknya sudu plastik kerana ia dikatakan dapat mengekalkan khasiat madu.

2. Lindungi & Lembapkan Kulit

Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, ia juga membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik-bintik hitam serta jerawat. Gunakan madu sebagai masker wajah. Oleskan madu pad wajah, kemudian biarkan kering. Bersihkan wajah dengan aiar perahan limau nipis. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah kelihatan lembap dan kemerahan.

3. Awet Muda

Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.

No comments: