Melihat lebihan lemak yang berbonjul pada perut, paha, betis, punggung dan lengan tentunya menyebabkan wanita berasa tidak puas hati.
Lebihan lemak inilah yang membuat penampilan wanita jadi kurang menarik. Jesteru ramai yang memilih mengenakan pakaian bersaiz besar untuk menutupnya.
Tapi paling utama lemak yang menempel ini sebenarnya menjadikan tubuh kurang sihta dan berisiko mendapat penyakit.
Salah satu cara yang disarankan untuk menyingkirkan lemak ini adalah melalui senaman. Namun jika mahu melihat kesan yang lebih cepat anda boleh turut mengamalkan minum air halia.
Unsur dalam halia dikatakan mampu menurunkan kolestrol serta risiko obesiti. Antioksidan yang terkandun dalam rempah ini juga dipercayai mengurangkan tahap kortisol yang menjadi punc tubuh menghasilkan lebih banyak lemak.
Penyediaan air halia:- Cara menyediakan air halia ini juga mudah. Ambil seketul halia sebesar ibu jari, bersihkan lalu dihiris kasar. Masukkan halia tadi ke dalam gelas atau teko berisi air panas.
Biarkan selama lima minit. Minum air ini apabila ia menjadi suam. Boleh juga menambah sedikit madu untuk menjadiakan rasanya lebih sedap. Amalkan minuman air halia ini setiap hari untuk melihat kesannya.
2 Cara Kenal Pasti Anda Sebenarnya Gemuk Air
Salah satu kategori gemuk selain akibat lemak adalah gemuk air. Tapi ramai tertanya-tanya bagaimana mengenal pasti gemuk jenis ini. Sebenarnya terdapta dua cara, pertama dengan melihat tubuh sendiri.
Mereka yang dlam kategori gemuk air mempunyai lemak berlebihan yang kelihatan lembik serta menggeleber. Bila berjalan pantas atau berlari lemak ini nampak bergoyang-goyang. Inilah yang dikatakan gemuk air.
Satu lagi cara untuk kenal pasti gemuk air ini ialah dengan menimbang berat badan pada waktu pagi dan malam. Sekiranya berlaku perubahan berat sekitar satu hingga dua kilogram maka semakin kuatlah anggapan itu. Namun berita baiknya, kategori gemuk ini lebih senang kurus berbanding gemuk dek lemak.
Sebab terjadinya gemuk air : - Perubahan tekanan di dalam kapilari atau masaalah dinding kapilari bocor sehingga menyebabkan air terkumpul di dalam tisu dan membengkak.
- Sewaktu kehamilan dan menstruasi
- Kurang bersenam
- Kegagalan buah pinggang
- Pengambilan vitamin B yangtidak mencukupi
- Kekurangan protein yang serius
- Kegagalan fungsi jantung menyebabkan ia bekerja lebih kuat. Tekanan ini menyebabkan masaalah kegemukan air di bahagian tapak kaki, betis dan paru-paru.
- Banyak mengambil makanan tinggi sodium (garma) dan gula
- Pengambilan ubat-ubatan seperti terapi penggantian hormon, pil perancang keluarga dan sebagainya.
Apa itu harus dilakukan oleh mereka yang gemuk air?
1. Amalkan lebih makanan yang mengandungi fiber dan serat. Paling mudah buah-buahan dan sayur-sayuran. Serat akan 'menarik' ari semasa penghadaman.
2. Kurangkan garam-garam jika diambil berlebihan akan menyerap air. Jangan lebih dadri 2.5 gram sehari
3. Tingkatkan senaman untuk keluarkan peluh
4. Banyakkan minum air - untuk keluarkan air.
5. Sauna - cara ini juga membantu membuang air berlebihan.
No comments:
Post a Comment