Friday, January 6, 2017

CYST TAK JEJAS HUBUNGAN INTIM

Saya berumur 25 tahun dan belum berkahwin. Saya menghadapi masalah Bartholin cyst sejak berumur belasan tahu. Saya tidak pernah berbuat apa-apa atau mendapatkan rawatan kerana cyst itu tidak membesarkan dan tidak menyakit (kekal dengan saiz kira-kira satu sentimeter)

Saya akan berkahwin tahun hadapan. Adakah cyst terbabit akan mendatangkan msaalah dari segi perhubungan seks penetratif? Adakah saya perlu membuang cyst itu melalui pembedahan?.

Dengan saiz sekecil sedemikin, Bartholin cyst lazimnya tidak mendatangkan masaalah ketika hubungn seks penetrtif, jika benar ia Bartholin cyst.

Bagaimanapun, lama-kelamaan ia boleh membesar kerana rangsangan seksual lazimnya menyebabkan penghasilan cecair pelincir dari kelenjar Bartholin.

Wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini hanya menghasilkan cecair apabila wanita terangsang nafsunya.

Kelenjar Bartholin anda yang sebelah tidak tersumbat laluannya boleh menyalurkan cecair terbabit ke dalam faraj dan masih dapat membantu dalam hubungan seks penetratif. Tetapi kelenjar Bartholin yang sudah tersumbat laluannya menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang boleh semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsngan seksual berulang kali. 

Bartholin cyst bukanlah kanser, peratusannya menyebabkan kanser juga sangat rndah. Anda boleh memilih sama ada untuk:-

- Menunggu sehingga ia membesar barulah menjalani pembedahan secara efektif atau

- Menunggu sehingga ia membesar barulah menjalani pembedahan secara efektif atau 

- Menunggu sehingga ia dijangkiti kuman dan membentuk abses Bartholin dan barulah menjalani pembedahan segera atau

- Menjalani pembedahan pada masa terdekat walaupun ia sebenarnya masih kecil dan belum mendatangkan masalah.

Pembedahan pula boleh sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada pecagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana ia juga membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.

No comments: