Monday, January 9, 2017

7 CARA WANITA DAHULU JAGE KECANTIKAN

Walau mampu membeli produk kecantikan yang banyak di pasaran tapi ada kala kulit kita sendiri tak membenarkan. Kulit wajah lebih sesuai kalau guna bahan-bahan semula jadi atau alami. Walau mengambil masa untuk melihat kesan tapi ianye selamat kerana tiada bahan kimai. Tapi pastikan anda mengamalkannya secara konsisten.


1. Peria Katak Rahsia Awet Muda :- Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dalaman wanita. Agar mendapatkan hasil terbaik, peria katak mentah adalah yang terbaik. Amalkan, anda pasti gembira dengan hasilnya.


2. Bawang Merah Pudarkan Jeragat :- Potong bawang kepada dua bahagian. Kemudian gosokkan bawang pada bahagian yang bermasaalah. Gosok secara perlahan-lahan, lakukan setiap malam sebelum tidur. Jeragat akan beransur pudar.

3. Lidah Buaya Atasi Jerawat :- Bagi anda yang berdepan dengan masaalah jerawat. Sapukan bahagian berjerawat dengan lendir lidah buaya. biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.

4. Asan Jawa Hilangkan Parut :- Ramas asamjawa bersama sedikit air. Bancuh sehingga pekat, kemudian sapukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin, parut akan semakin pudar. Petua ini amat sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai parut demam campak.

5. Air Limau Nipis Kuruskan Badan :- Perahkan limau nipis, jadikan jus. Pastikan air perahan ini pekat. Bagi mendapatkan rasa yang enak, letakkan sedikit gula. Minum jus limau nipis dua kali sehari selepas makan tengah hari dan makan malam. Berat akan turun secara perlahan-lahan.

6. Kapur Sirih Kempiskan Perut :- Perah limau nipis, campurkan dengan kapur sirih. Bancuh bahan sehingga pekat. Lumurkan pada bahagian perut. Biarkan kering, kemudian pakai bengkung. Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur. Perut buncit dapat diatasi dengan cara yang selamat dan bekesan. 7. Bayam Haluskan Kulit :- Ambil segenggam daun bayam dan bersihkan. Tumbuk kesemua daun bayam sehingga lumat dan halus, boleh juga dikisar. Selepas itu, campurkan dengan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan kesemua bahan itu hingga rata. Jadikanramuan ini sebagai masker. Lakukan dua kali seminggu, kulit wajah akan menjadi halus dan lembut. 

No comments: