Wednesday, January 25, 2017

KENALI KACANG KUDA

KACANG kuda mempunyai protein yang tinggi. Ia adalah salah satu daripada kekacang yang paling awal ditanam dan merupakan tinggalan berusia 7500 tahun dijumpai di Timur Tengah.

Kacang kuda tumbuh antara 20 cm hingga 50 cm iaitu dengan ketinggian 8 cm hingga 20 cm. Ia mempunyai daun kecil yang ringan di kedua-dua belah batang. Kacang kuda mempunyai satu kelongsong biji yang mengandungi dua atau tiga kacang. Ia mengeluarkan bunga berwarna putih, biru, ungu dan urat daunnya berwarna merah jambu.


KACANG KUDA SETELAH DIREBUS DAN BOLEH DIMAKAN BEGITU SAJA

POKOK KACANG KUDA

ADA TIGA JENIS KACANG KUDA:-

1. Kacang Kdua Desi:- Desi mempunyai biji gelap, kecil dan kasar. Ia ditanam terutamanya di India, Ethiopia, Mexico, serta Iran. Desi bermaksud 'negara' atau 'tempatan' di Hindustan. Nama lain seperti Bengal gram atau kala Chana "kacang kuda hitam" dalam kedua-dua bahasa Hindi dan Urdu atau Chhola Boot. Kacang kuda Desi mempunyai lebih tinggi serat dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masaalah gula dalam darah.



2. Kacang Kuda Kabuli:- Ia lebih ringan, lebih besar dan licin kerana kebanyakannya ditanam di Mediterranean, Eropah Selatan dan benua kecil India. Nama Kabuli bermaksud :dari Kabul" dalam bahasa Hindi dan Urdu, serta dianggap datang dari Kabul dan Afghanistan apabila ia diperkenalkan ke India pada abad ke-18. Ia dipanggil KEbuli Chana dalam Marathin dan Safed Chana di India.

3. Kacang Kuda Hijau:- Kacang jenis ini biasa di negara Maharastra, India. Dalam Marathi, ia dipanggil Harbhara. Chana Dal juga dikenali sebagai Harbara Dal. Hidangan hummus adalah perkataan Arab, diperbuat daripada kacang kuda dan popular di restoran-restoran Arab. Kacang kuda dan gram bengalsering digunakan untuk membuat kari adalah salah satu makanan yang paling popular di benua kecil India.


Humus merupakan salah satu makanan Arab yang diperbuat 
daripada kacang kuda.

No comments: