Sunday, January 8, 2017

KENCING KOTOR

Wujud satu kaedah merancang keluar dinamakan al-Azaal yang bertujuan menjarakkan kehamilan iaitu dengan memancutkan air mani di luar garaj isteri.

Lelaki yang mengamalkan kaedah ini perlu mempunyai daya kawalan ejakulasi kukuh. Jika tidak, air mani boleh tercicir ketika melucut keluar kemaluan daripada faraj.

Daripada kajian yang pernah dilakukan di Pakistan mengenai amalan al-Zaal didapati kadar lelaki PAkistan yang menghidap penyakit kencing kotor meningkat berbanding mereka yang tidak mengamalkan kaedah merancang secara semula jadi ini.

Ini berlaku ketika lelaki yang mengamalkan kaedah merancang ini menahan pengeluaran air mani ketika hampir klimaks dan air mani termasuk ke dalam pundi kencing.

Jika ada kuman dalam salur kencing, ia juga termasuk ke dalam pundi kencing dan membiak sehingga pundi kencing mengalami keradangan dan lelaki itu mengalami masaalah kencing kotor.

Sedikit perbezaan jika air mani dikeluarkan dengan tangan. Dalam cara ini kemuncak belum tiba dan zakar dilucut keluar dan langsung diransang untuk mencapai klimaks.

Tidak mengapa jika pasangan perempuan sudah puas. Jika sebaliknya iaitu pasangan perempuan belum sampai kemuncak dan zakar dilucut keluar untuk diransang sehingga klimaks. Ini menimbulkan ketidakpuasan pada pasangan perempuan.

Oleh itu, kena tunggu sampai klimaks dan baru lucutkan zakar. Ikut mana yang sesuai pada pasangan itu sama ada hendak melakukan sedemikian atau cara lain. Yang mustahak, pasangan itu bermuafakat dan selesa dengan kaedah diamalkan.

Hubungan seksual perlukan tenaga dan keselesaan. Kedua-dua ini ada kaitan dengan jalinan hubungan yang abik dan amalan gaya hidup sihat.

Pastikan mengambil makanan seimbang dengan vitamin dan zat galian mencukupi (biasanya boleh didapati dalam makanan tambahan di farmasi), lakukan senaman secara berkalam elak merokok dan minuman keras serta tekanan.

Hubungan mesra mengeratkan lagi keharmonian rumah tangga dan memantapkan hubungan silatulrahim antara pasangan. Kedua-dua itu satu formula pemantapan hubungan seksual yang lebih intim dan membina.

Amalan mengeluarkan ereksi dan melakukan onani sehingga klimaks tidak menyebabkan masaalah mati pucuk. Yang penting ialah jika anda merancang mendapatkan anak, anda perlu salurkan air mani ke dalam faraj.

No comments: