ANDA kadangkala tidak boleh melepaskan tetefon bimbit dan sering membawanya ke bilik tidur, malah menggunakan telefon bimbit sebelum tidur juga sudah menjadi kebiasaan pada setiap malam.
Sebuah kajian itu, cahaya pada gajet boleh mengganggu produksi hormon melatonin atau hormon tidur. Sedangkan, hormon melantonin dapat menjadikan kualiti tidur lebih baik dan efektif selain membantu tubuh mengubah pengambilan makanan dan minuman menjadi tenaga.
Jika kadar melatonin terganggu atau menurun, pengolahan mekanan dalam tubuh badan juga turut terganggu.
Melalui kajian yang dijalankan pada tikus, penyelidik mendapati, suntikan kadar melanonin dapat mencegah obesiti dan diabetes.
Seorang penyelidik dari Universiti Manchester, United Kingdom, Dr. Simon Kyle memberitahu, cahaya biru ketika mengecas telefon bimbit dapat mengganggu metabolisme tubuh.
"Kami tertarik bagaimana perubahan dalam pola tidur dan bangun tidur mempunyai kaitan dengan diabetes dan obesiti. Jika anda meningkatkan waktu tidur, anda juga mendapat kesan positif pada diabetes dan obesiti", kata Kyle.
Kyle menjelaskan, ketika tidur dalam keadaan gelap, kadar melatonin dapat meningkat dan sebaliknya ketika dalam keadaan terang.
Malah, dia turut menyarankan seseorang untuk menghidari penggunaan alat elektronik sebelum tidur.
"Jika anda kurang tidur, terdedah kepada cahaya pada waktu yang salah pada sebelah malam pula dapat mengganggu fungsi hormon melatonin dan dapat memberi kesan pada perubahan dalam metabolisme"' ujarnya.
No comments:
Post a Comment