Thursday, January 19, 2017

SALAH FAHAM KONSEP KESIHATAN

Dalam bulan terakhir tahun ini, mungkin ramai yang sudah mengecap impian, mungkin masih ada yang belum melunaskan cita-cita yang diingini.

Mengenai isu kesihatan, obesiti semakin meningkat di negara kita dan seharusnya diberi perhatian. Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Apa yang penting adalah keseimbangan dan setiap individu mempunyai keseimbangan masing-msing.

Kali ini kita akan membincangkan masalah berkenaan konsep kesihatan yang sering kita abaikan, tetapi memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.

ELAK BERSARAPAN

Masih ramai yang elak bersarapan. Adakah anda terlalu sibuk dan tiada masa atau mahu mengurangkan kalori?.

Jangan elak sarahan kerana anda juga yang rugi. Sarapan penting untuk membekalkan nutrisi dan tenaga bagi aktiviti seharian. Jangan tunggu sampai di pejabat baru hendak makan.Cuba makan secepat mungkin kerana ia:

1. Membekalkan tenaga badan

2. Meningkatkan kecergasan mental

3. Penting untuk mengawal nafsu makan.

Sekiranya tunggu sampai di pejabat baru hendak makan, sudah tentu nafsu makan sudah bergelora.


Elak daripada ia berlaku pada diri anda. Makan sarapan secepat mungkin. Keseimbangan kehidupan kerja dan sosial diri itu memang penting.

TIDAK CUKUP TIDUR SERTA TERLEBIH TIDUR

Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk meningkatkan pembakaran kalori?. Tidak sama sekali.

Walaupun anda berjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan mengurangkan aktiviti. Malahm, nafsu makan akan meningkat kerana badan perlu merangsang kalori untuk meneruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur boleh mengakibatkan sakit jantung, kecederaan (kerana kecuaian mental), tekanan dan seumpamanya.

Tidak kira kesibukan kerjaya atau perkara lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya anda cukup rehat.

MEROKOK

Kita semua sudah tahu mengenai keburukan nya bukan saja untuk diri sendiri, malah untuk keluarga terdekat (yang menghidu asap rokok).

Walaupun ia hak individu, amalan merokok sememangnya tabiat kesihatan yang buruk untuk sesiapa saja. Tiada fakta yang mengatakan merokok boleh mengurangkan berat badan.

UBAT KURUS

Zaman sekarang memang penuh dengan pelbagai produk dan perkhidmatan kesihatan.

Ramai yang bergantung semata-mata kepada pihak ketiga untuk mengawal kesihatan diri sendiri. Padahal, tanggungjawab kesihatan dan kecergasan sepatutnya terletak pada bahu sendiri, bukan orang lain.

Di sinilah ramai yang dipergunakan pihak komersial, tapi tetap tidak pandai mengawal kesihatan diri. Oleh itu, sangat penting untuk menyelami hati sendiri kerana titik perubahan untuk kekal sihat dan cergas datangnya dari anda sendiri bukan daripada bahan atau orang lain.

TERLALU BANYAK PENGAMBILAN PROTEIN

Walaupun ia trend maka kini, apatah lagi dengan pelbagai suplemen dan makanan tambahan berprotein, elak daripada pengambilan protein terlalu banyak. Ia boleh memberikan beban yang tinggi kepada buah pinggang, menjadi punca gout dan penyakit lain.

Jadi berapa banyak protein yang sesuai untuk anda?. Ia harus merangkumi kira-kira 35 peratus daripada jumlah pengambilan kalori seharian anda.

Katakan sasaran pengambilan kalori anda adalah 2,000 kcal, maka pengambilan sehari anda kira-kira 700 kcal atau 175 gram (1 gram bersamaan dengan 4 kcal).

MENGAMALKAN DIET MENDADAK

Apakah itu diet mendadak?. Kita semua tahu, diet mendadak adalah sesuatu yang ekstrem, tetapi definisi sebenar diet mendadak adalah pengambilan kalori seharian sebanyak 1,000 kalori atau kurang. Terdapat pelbagai keburukan diet mendadak ini.

Diet secara mendadak memang tidak digalakkan kerana:

1. Keletihan melampau:- Mengurangkan tubuh anda daripada nutrisi penting akan menyebabkan badan anda lemah dan tidak bermaya. Tubuh anda akan mengalami hibernsi kerana ia cuba menyimpanb tenaga, tetapi tidak mencukupi. Malah, anda sebenarnya membakar kurang lemak daripada yang anda jangka.

2. Kecederaan:- Sama seperti atlet yang kepenatan, tahap kepenaan ini akan menyebabkan tubuh anda lebih cenderung untuk cedera, lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti fizikal ketika diet mendadak.

3. Tidak kekal:- Masaalah utama diet mendadak adalah ia tidak dapat diamalkan untuk jangka masa yang panjang dan amat menyakitkan serta menyusahkan. Ramai yang bersusah payah utnuk 12 minggu dan selepas itu, kembali kepada cara pemakanan lama dan menambah kembali berat yang sudah dibuang. Ini dinamakan diet yo-yo.

4. Mudah sakit:- Kita semua sedar, apabila tubuh kekurangan nutrisi penting, pertahanan tubuh kita akan menjadi lemah untuk melawan virus.

5. Kehilanga otot:- Anda memang akan kehilangan lemak, tetapi tanpa anda sedar, anda juga akan kehilangan otot.

MELAKUKAN SENAMAN TANPA HENTI TUJUH KALI SEMINGGU

Akhir sekali, mungkin anda terkejut dengan kesalahan ini tetapi antara kesalahan kesihatan yang besar adalah amalan bersenam setiap hari. Mengapa pula?. Ini kerana senaman memberikan beban kepada fizikal dan mental badan.

Jika tubuh berada dalam tekanan yang dieruskan setiap hari, katakan sehingga tujuh kali seminggu, badan tiada peluang untuk merawat diri. Dalam keadaan begini, kebarangkalian anda cedera memang tinggi.

Pastikan dalam seminggu, sekurang-kurangnya anda mempunyai satu hari rehat dan dua kali setahun rehat berpanjangan iaitu dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk membenarkan badan membaiki otot badan anda.

No comments: