Friday, October 14, 2011

Rawat rahim tinggi


SAYA berusia 27 tahun dan mempunyai seorang anak berumur enam tahun yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.
Untuk pengetahuan doktor, sejak zaman sekolah hingga kini, kitaran haid saya amat tidak teratur malah ada kalanya berselang sebulan. Tinggi saya 165 sentimeter dan berat 80 kilogram, saya juga dalam proses untuk menurunkan berat badan. Setahun lalu, saya berjumpa doktor untuk membuat ujian pap smear. Namun, doktor itu tidak boleh mengambil sampel dari rahim kerana katanya, rahim saya jauh atau tinggi. Bagamana cara merawatnya? AINI, Kuala Lumpur Jawapan DENGAN ketinggian sedemikian, berat badan anda termasuk dalam kategori berlebihan (BMI sebanyak 29.4 kgm2). Berat badan ideal anda sekitar 52 hingga 67 kilogram. Eloklah anda merendahkan jumlah kalori dalam pengambilan makanan seharian dan melakukan senaman berterusan kerana berat badan sedemikian mengundang penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi kelak. 

Saya tidak faham mengapa ujian pap smear tidak dapat dilakukan. Di klinik terdapat beberapa saiz alat spekulum, anda mungkin memerlukan alat spekulum bersaiz lebih besar (dan lebih panjang) untuk meregangkan faraj supaya pintu rahim yang terlindung oleh faraj (dan terhimpit oleh lemak di bawahnya) dapat dilihat. Selain itu, tiada rawatan khusus diperlukan melainkan dengan mengurangkan berat badan (dan mengurangkan kandungan lemak pada bahagian pelvis) saja.
Masalah kesuburan anda lebih berkemungkinan disebabkan haid yang tidak teratur, bukannya disebabkan kedudukan rahim. Terdapat beberapa penyebab haid yang tidak teratur. Pada usia anda, tahap kesuburan sepatutnya masih tinggi, berjumpalah pakar sakit puan berdekatan untuk rawatan ini.
Tak selesa akibat keputihan Soalan SAYA kini hamil dan mengalami masalah keputihan. Saya sudah membuat rawatan di klinik kerajaan dan swasta manakala doktor mengatakan ia adalah kebiasaan kerana pembawaan bagi ibu hamil atau saya mendapat jangkitan melalui suami. Keputihan saya sangat busuk dan berwarna putih seperti susu basi pada seluar dalam. Doktor memberikan saya tablet untuk dimasukkan ke dalam faraj, pencuci vagina dan krim antikulat saja. Doktor tidak memberikan antibiotik kerana usia kandungan saya masih kecil iaitu empat bulan, bimbang ada kesan sampingan kepada kandungan. Masalahnya, apabila rawatan dan ubat yang diberikan habis, keputihan itu datang kembali. Doktor meminta saya membuat rawatan susulan selepas kehabisan ubat. Sampai bilakah masalah keputihan ini akan sembuh? Keadaan ini membuatkan saya rasa tidak selesa apabila bersama suami. Ada rakan menyatakan penyakit ini sementara saja. Selepas melahirkan bayi nanti, ia akan hilang, adakah ia benar? Apakah rawatan yang berkesan tanpa menjejaskan kandungan?

Jawapan
LAZIMNYA, masalah keputihan dari faraj disebabkan jangkitan kulat Candidiasis, sebab itu kebanyakan doktor memberikan ubat antikulat untuk dimasukkan ke dalam faraj. Jika jangkitan terbabit lebih berleluasa dan kulat itu sudah merebak ke bahagian luar kemaluan seperti bibir kemaluan, krim antikulat turut diberikan untuk disapu ke bahagian terbabit.
Namun, jika masalah berulang atau tidak sembuh, berkemungkinan penyebabnya bukanlah kulat berkenaan, tetapi mikro-organisma lain. Maka ubat antikulat terbabit sememangnya tidak sesuai dengan kuman yang menjangkitinya dan perlu diberikan ubat yang sesuai. Berkemungkinan juga ia kulat yang sama, tetapi belum bersih sepenuhnya. Jenis kuman jangkitan ini dapat diketahui melalui pemeriksaan dalaman menggunakan alat spekulum ke dalam faraj bagi membolehkan doktor mengambil sampel keputihan itu dan dihantar ke makmal untuk ujian kultur dan sensitiviti. Hasilnya dapat diketahui dalam masa beberapa hari iaitu jenis kuman (kadangkala melebihi satu dan kulat bercampur bakteria), pilihan ubat-ubatan yang serasi dengannya dan ubat-ubatan yang tidak sesuai dengannya. Antibiotik adalah ubat untuk merawat jangkitan bakteria, antikulat (atau antifungus) untuk kulat, manakala antiviral untuk virus. Tidak semua antibiotik membahayakan kandungan, doktor boleh memberikan jenis antibiotik (jika perlu) yang sesuai untuk wanita hamil daripada senarai pilihan yang sesuai daripada hasil ujian terbabit.
Jika perlu, doktor juga akan melakukan ujian tambahan mengesan jangkitan yang lebih spesifik caranya seperti ujian darah mengesan kehadiran antibodi terhadap sesuatu kuman, ujian smear keputihan dan seumpamanya.
Jarang untuk seseorang mengalami jangkitan kulat berulang-ulang. Doktor juga mungkin melakukan ujian tambahan untuk mengesan penyakit seperti kencing manis.
Sering 'kentut' dari faraj Soalan SAYA berusia 23 tahun dan belum mendirikan rumah tangga. Masalahnya, saya mengalami kentut pada bahagian faraj yang sering berlaku ketika saya melakukan pergerakan dalam solat. Dalam keadaan biasa, ia tetap berlaku, tetapi agak kurang. Adakah kentut pada faraj ini satu penyakit? Adakah ia boleh menimbulkan masalah selepas berkahwin, misalnya sukar mendapat anak? EILY Kuala Lumpur Jawapan KENTUT dari faraj boleh berasal daripada gas yang dihasilkan oleh mikro-organisma yang menjangkiti faraj, atau dari udara yang memasuki faraj dalam posisi tertentu sebelum keluar semula. Mengambil andaian anda belum pernah melakukan hubungan seks, salah satu atau kedua-dua penyebab di atas adalah punca yang mungkin berlaku kepada anda.
Anda boleh mengamalkan senaman kegel untuk menguatkan otot faraj anda bagi mengurangkan kemasukan udara ke dalam faraj. Sekiranya terdapat lelehan faraj, sampel lelehan boleh diambil dari kawasan luar atau berdekatan pintu faraj tanpa merosakkan selaput dara bagi mengetahui jenis jangkitan. Teknik penjagaan kebersihan kawasan kemaluan juga boleh dipelajari daripada doktor anda bagi mengelakkan penyebaran kuman bakteria dari dubur memasuki faraj memandangkan kedua-dua bahagian terbabit berhampiran kedudukannya
Rahim berada di bawah
SAYA berusia 32 tahun dan sudah berkahwin selama enam tahun.
Ketika bersalin anak kembar sulung lima tahun lalu menerusi pembedahan, saya tidak dapat berurut untuk menaikkan rahim.
Dua tahun selepas itu saya bersalin secara normal tapi ketika berurut, bidan memberitahu rahim saya tidak dapat dinaikkan lagi. Masalah saya kini, apabila saya bersama suami, ovari akan terasa perit.
Apakah kesannya jika rahim berada di bawah? Selain itu, untuk mengelak hamil, suami saya tidak melepaskan air mani ke dalam apabila kami bersama dan kadang-kadang memakai kondom. Adakah cara ini selamat? Adakah berlaku kesan sampingan kepada suami saya?
TANGGAPAN rahim jatuh boleh dinaikkan dengan berurut hanyalah satu mitos. Rahim tidak tersorok pada asalnya di mana-mana tapak atau poket atau tergantung kuat.
Ia boleh diibaratkan seperti buah pear terbalik dan di lehernya terdapat sekeping kain rentang (otot lantai pelvis). Tekanan intra abdomen yang meningkat dan berpanjangan akibat bersalin, hamil, kegemukan, meneran atau batuk berpanjangan boleh memberi tekanan kepada kain rentang ini sehingga ia mengendur dan menyebabkan rahim berada pada paras yang bawah daripada paras asal atau jatuh.
Apabila ini berlaku, rahim memang tidak dapat dinaikkan melainkan dengan melakukan prosedur pembedahan.
Seeloknya, wanita menjaga berat badan, pemakanan dan kesihatan untuk mengurangkan tekanan intra abdominal, serta memulakan senaman Kegel dan diteruskan selepas bersalin.
Seseorang juga tidak dapat merujuk dengan pasti sama ada kesakitan dialaminya berpunca daripada ovari. Ovari wanita hanya sebesar buah badam (berserta kulitnya) sepanjang 2.5 sentimeter, ia sukar dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal, malah di sekitarnya juga terdapat organ lain seperti usus, tiub falopio, dinding pelvis dan seumpamanya.

Kaedah pancutan luar mendedahkan seseorang wanita kepada risiko kehamilan sebanyak 25 peratus.
Ini bermakna seorang daripada empat orang yang mengamalkan kaedah ini didapati hamil.
Ini berbeza dengan kumpulan kaedah lain yang dilaporkan sangat berkesan iaitu jika risiko kehamilannya di bawah satu peratus (seorang dalam 100 orang didapati hamil).
Jika anda bersedia untuk menerima kemungkinan hamil tanpa jangkaan, anda boleh memilih untuk meneruskan kaedah yang sama. Namun, jika tidak bersedia, bertukarlah kepada kaedah lain.
Berjumpalah doktor anda untuk perbincangan lanjut mengenai jenis, kesesuaian, risiko kehamilan dan kesan sampingan setiap kaedah.
Selain itu, pemeriksaan dalaman doktor dapat menunjukkan sama ada rahim anda jatuh atau prolaps dan tahap prolaps itu. Memang lazim jika prolaps rahim tahap pertama berlaku wanita selepas bersalin normal.
Senaman kurangkan risiko osteoporosis
KETIKA kedatangan haid, adakah kita digalakkan untuk bersukan? Adakah benar ia boleh memberi kesan kepada masalah osteoporosis apabila kita bersukan ketika haid?
KETIKA kedatangan haid, adakah kita digalakkan untuk bersukan? Adakah benar ia boleh memberi kesan kepada masalah osteoporosis apabila kita bersukan ketika haid?
KEPADATAN tulang bertambah padu dengan senaman seperti bersukan. Ini bermakna, senaman sedemikian adalah kaedah yang murah, sihat dan berkesan untuk mengurangkan risiko osteoporosis. Cuma, bagi wanita obes, senaman sebegini boleh memberi tekanan kepada sendi utama seperti lutut dan boleh mengakibatkan peradangan sendi terbabit pula (osteo-arthritis). Wanita lebih berisiko mendapat osteoporosis bagi mereka yang menopaus, kurang bersenam, kurang kalsium dan vitamin D, terlalu kurus, merokok, mengambil minuman beralkohol, mengambil steroid dan seumpamanya. Mempunyai haid juga memberi makna seseorang masih belum menopaus. Maka senaman dan haid tidaklah meningkatkan risiko osteoporosis.
10 tahun senggugut
SETIAP kali saya datang haid, saya selalu sakit. Saya sudah banyak berubat dan makan ubat tetapi masalah tetap sama.
Apabila ke hospital, doktor hanya memberikan ubat tahan sakit yang bertahan untuk sementara. Selepas tiga jam, sakit datang semula. Saya mengalami masalah ini hampir 10 tahun dan kini umur saya 29 tahun. Ketika tinggal di Sarawak dulu, saya pernah berjumpa doktor pakar tetapi masalah tidak reda. Apakah yang sebenarnya saya alami dan apa yang harus saya lakukan kini?
ANDA dinasihatkan berjumpa doktor pakar sakit puan sekali lagi. Senggugut boleh disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis dan seumpamanya.
Pemeriksaan doktor dapat mengenal pasti sekiranya terdapat cyst pada ovari. Melalui ciri cyst terbabit, kemungkinan jenis cyst atau penyakit dapat diketahui. Contohnya, cyst endometriosis (yang lebih lazim disebut endometrioma atau cyst coklat) mempunyai selaput dinding yang tebal serta kandungan bersifat homogenous. Dalam keadaan lain, diagnosis penyakit sukar dipastikan, mungkin telahan dapat dibuat sekiranya kedudukan rahim serta kedua-dua ovari anda tidak pada lokasi sepatutnya, ia juga dapat dibantu dengan ujian darah tertentu (contohnya Ca125). Dengan tempoh senggugut yang sudah bertahun lamanya, anda kini mungkin ingin memilih penyiasatan lanjut secara pembedahan teropong (laparoskopi diagnostik) bagi membolehkan doktor melihat secara langsung ke dalam ruang pelvis anda.
Bukan itu saja, sekiranya terdapat penyakit, doktor dapat membuang atau membersihkannya pada masa yang sama
Kandungan kembali songsang
KANDUNGAN saya masuk 21 minggu dan saya dijangka bersalin pada Mac atau April depan.
Ketika imbasan, kepala bayi berada di atas (songsang). Ia dibetulkan bidan, tetapi kandungan kembali songsang. Apakah pendapat dan nasihat doktor?
PADA usia 21 minggu (lima bulan) kehamilan, kira-kira 50 peratus wanita mengalami kedudukan janin menyongsang.
Sewaktu kandungan memasuki 28 minggu pula, peratusan ini berkurangan menjadi sekitar 30 peratus. Ini adalah perkara biasa.
Kebanyakannya tidak mempunyai masalah, malah hampir semua bertukar kepada kedudukan normal (kepala di bawah) menjelang bulan kelapan sehingga bayi dilahirkan.
Bagi sebahagian kecil wanita, kedudukan janin menyongsang disebabkan keabnormalan janin itu sendiri atau kelainan pada keadaan atau ruang dalaman rahim seperti rahim bertanduk (bikornuat) dan seumpamanya.
Keadaan kelainan rahim mungkin dapat dikesan pada awal kehamilan atau sebelumnya. Bagi sifat fizikal janin pada usia kandungan anda kini juga, kebanyakan doktor akan melakukan imbasan menyeluruh ke atas struktur anggota luar dan dalaman janin sama ada normal atau tidak.
Ultrabunyi ini juga lazimnya dilengkapi dengan teknik Doppler dan imej tiga dimensi dengan paparan atau rakaman video (empat D). Songsang juga boleh disebabkan saiz bayi, kedudukan uri, kembar, kandungan air ketuban yang berkurangan atau berlebihan dan seumpamanya.
Saya tidak menggalakkan urutan dilakukan kerana tekanan ke dalam rahim boleh menyebabkan uri tertanggal sebahagiannya atau keseluruhannya, lebih-lebih lagi jika uri berada betul-betul di hadapan (tempat tangan urutan diletakkan).
Urutan membetulkan kedudukan janin menyongsang juga ada dilakukan dalam perubatan moden sekitar usia kandungan memasuki sembilan bulan, ia dinamakan external cephalic version (ECV), tetapi ia dilakukan di hospital dengan kelengkapan atau keadaan bersedia untuk melakukan pembedahan kecemasan Caesarean jika berlaku komplikasi.
Sekiranya ia gagal bertukar kedudukan atau bertukar semula kepada songsang, pembedahan Caesarean adalah pilihan lebih baik untuk mengurangkan risiko bahaya kepada janin dan ibu.
Penyebab kedudukan songsang (jika ada) dapat diketahui daripada doktor yang melakukan pembedahan (mengenai keadaan rahim dan uri anda) serta doktor kanak-kanak yang memeriksa bayi anda. Pun begitu, dalam kebanyakan kes bagi ibu sulung, ia tiada penyebab.

Buat aktiviti lasak ketika hamil


SAYA kini hamil anak ketiga. Saya agak lasak ketika hamil dan selalu melakukan kerja berat seperti mengangkat barang.
Adakalanya saya mendukung kedua-dua sekali anak saya. Alhamdulillah, kandungan anak pertama hingga hamil anak ketiga ini tiada masalah.
Tetapi jika saya berterusan mengamalkan aktiviti saya ini, adakah ia boleh menjejaskan kandungan atau menimbulkan masalah kesihatan?
WANITA tidak digalakkan melakukan aktiviti yang memberi tekanan intra-abdominal berlebihan secara berpanjangan atau berterusan.
Ia boleh menyebabkan otot lantai pelvis mengendur dan membawa dinding faraj, rahim, pundi kencing dan usus besar jatuh bersamanya dalam pelbagai tahap keterukan.
Bilangan kehamilan atau kelahiran yang bertambah, ketumbuhan dalam abdomen atau pelvis, batuk berpanjangan, sembelit kronik sehingga terpaksa meneran serta mengangkat barang berat diketahui sebagai faktor penyebab rahim jatuh yang lebih dikenali sebagai prolaps rahim.

Sakit tulang pinggul selepas bersalin

SAYA bersalin pada 16 Ogos tahun lalu secara normal. Bayi perempuan saya beratnya 3.84 kilogram.
Tinggi badan saya kira-kira 148 sentimeter. Masalahnya sekarang, saya masih terasa sakit pada bahagian tulang pinggul walaupun sudah enam bulan melahirkan anak. Saya terasa sakit setiap kali hendak berjalan dan membongkok. Hendak mengangkat bayi saya pun menjadi kesukaran.
Saya dinasihatkan untuk menjalani ujian sinaran-x pada tulang pinggul tetapi tidak dapat mengesan apa-apa. Saya juga pernah melakukan imbasan MRI dan tiada kecederaan dikesan. Doktor menasihatkan saya membuat senaman tetapi saya rasa sakit hingga sekarang. Adakah kerana bayi terlalu besar boleh menyebabkan tulang pinggul saya sakit? Apakah nasihat doktor?
BAGI ketinggian seperti anda, berat anak yang dilahirkan seperti bayi anda lazimnya melalui proses bersalin yang panjang dan sukar. Ini kerana ketinggian yang kurang mencukupi (di bawah 150 sentimeter atau lima kaki) sering dikaitkan dengan saiz ruang pelvis yang juga kecil sehingga menyukarkan posisi kepala bayi dan 'perjalanannya' sewaktu dilahirkan.
Anda boleh mendapatkan laporan lanjut daripada doktor yang menyambut kelahiran dulu. Kemungkinan trauma otot lantai pelvis yang juga mengandungi urat darah dan saraf berlaku sewaktu kelahiran dulu. Ini sukar dikesan sekarang. Diatesis sendi tulang pinggul boleh berlaku dari waktu kehamilan dulu lagi bagi menampung saiz janin dikandung, sehingga menyebabkan susunannya tidak lagi selari dan memberi kesan kepada otot berhampiran. Apabila berjalan (otot digunakan), kedudukan sendi yang 'lari' ini boleh menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan doktor pakar ortopedik atau pakar sakit puan boleh membantu mengesannya.
Lelehan kuning lepas pembedahan
SAYA berusia 21 tahun dan baru dua bulan bersalin dengan pembedahan Caesarean.
Masalahnya, didapati saya mempunyai lelehan kekuningan yang mempunyai sedikit bau yang tidak menyenangkan.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk menangani masalah ini?
LELEHAN berbau lazimnya disebabkan jangkitan kuman.
Ia juga mungkin tiada kaitan dengan pembedahan Caesarean yang anda jalani dua bulan dulu.
sensitiviti terhadap beberapa jenis antibiotik.
Pada masa sama, pengamatan ke atas ciri lelehan terbabit dapat memberi maklumat mengenai jenis kuman (kulat dan bakteria) penyebab kerana sebahagian kuman tertentu menghasilkan ciri lelehan tertentu.
Rawatan awal juga dapat diberikan sementara menunggu hasil ujian yang mengambil masa beberapa hari. Ujian pap smear juga dapat dijalani.

Kitaran haid tak menentu

SAYA berusia 15 tahun dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya berbadan gempal dan masalahnya, haid saya tidak menentu.
Saya mula datang haid pada umur 13 tahun dan haid saya ada kalanya datang dua bulan sekali. Kali terakhir saya didatangi haid pada Oktober tahun lalu.
Untuk pengetahuan puan, saya mempunyai masalah peribadi dan ia membuatkan saya tertekan. Adakah masalah tekanan dan tubuh yang gempal menjadi punca masalah haid saya ini? Apakah yang harus saya lakukan?
STRES atau tekanan, kegemukan (lebih-lebih lagi jika mencapai tahap obes iaitu BMI 30kgm2 ke atas), penyakit tertentu seperti tiroid, PCOS dan seumpamanya boleh menyebabkan gangguan haid.
Anda boleh mendapatkan bantuan doktor (sama ada pakar sakit puan atau pakar perubatan endokrinologi) untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan haid anda itu. Buat sementara waktu, ubat mengandungi hormon progestin dan seumpamanya mungkin akan diberikan. Bukan mudah untuk mencapai berat badan ideal jika tiada kesungguhan dalam mengawal pengambilan makanan dan menjalani senaman fizikal secara rutin.
Setiap orang juga mempunyai tekanan dalam fasa hidup mereka. Lazimnya respons negatif tubuh terhadap tekanan ini tidak bertahan lama, bergantung kepada sikap atau tindak balas kita menanganinya. Kadangkala kita mungkin memerlukan bantuan tambahan sama ada daripada buku keagamaan dan motivasi, rakan, keluarga atau ahli profesional. Membiarkan sesuatu masalah menghantui diri kita hanya akan memberi lebih tekanan dan kesan negatif saja.

Masalah air ketuban berlebihan

SAYA hamil 32 minggu. Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai masalah air ketuban yang berlebihan sehingga 30 poli.

Saya ingin mengetahui punca masalah ini dan kesan kepada kandungan saya ini.

ISTILAH perubatan bagi air ketuban berlebihan adalah polihidramnios. Saya kurang faham apakah yang dimaksudkan dengan 30 poli.

Saya mengandaikan indeks air ketuban atau AFI anda adalah 30 sentimeter (diukur kedalaman kawasan air ketuban pada empat sudut).

Punca polihidramnios adalah seperti berikut:


- Air ketuban dihasilkan berlebihan: diabetes mellitus (kencing manis), penyakit ginjal janin contohnya sindrom Bartter; keabnormalan kromosom (yang sering berkait dengan keabnormalan sistem pemakanan) contohnya sindrom down dan sindrom Edward; keabnormalan uri contohnya cho-angioma, kehamilan kembar, hydrops fetalis.


- Air ketuban kurang diserap kembali : keabnormalan sistem pemakanan seperti atresia esofagus, atresia duodenum, fistula trakea-esofagus; keabnormalan sistem saraf misalnya anencephaly.


- Dalam kebanyakan kes, penyebabnya tidak dapat dikesan.


Saya pasti doktor anda sudah pun menjalankan ujian berkaitan untuk mengesan puncanya. Ini termasuk ujian darah MGTT bagi mengesan kencing manis dan ultrabunyi lengkap.


Langkah terbaik adalah mendapatkan rawatan pakar perbidanan yang mempunyai pengkhususan dalam bidang feto-maternal. Mereka lazimnya lebih mahir dalam mengesan keabnormalan fizikal janin dalam kandungan menggunakan ultrabunyi yang memberikan imej seperti mencari gambar tersembunyi.


Jika dikesan, anda mungkin memerlukan prosedur amniocentesis (mengambil sampel air ketuban menggunakan tusukan jarum ke dalam rahim) bagi menguji kromosom atau genetik janin.


Di samping itu, amniocentesis diharapkan dapat mengurangkan ketegangan rahim anda apabila sebahagian air ketuban terbabit dikeluarkan.


Polihidramnios menyebabkan saiz rahim anda lebih membesar berbanding usia kandungan. Ini menyukarkan pergerakan, pernafasan, kontraksi malah boleh menyebabkan anda mengalami kelahiran pramatang.


Pada usia 32 minggu, kandungan anda boleh kelihatan seperti sudah cukup bulan saiznya. Anda hendaklah bersedia dengan kemungkinan terpaksa bersalin awal pada bila-bila masa dari sekarang.


Bersalinlah di hospital yang mempunyai kemudahan lengkap. Polihidramnios boleh memberikan risiko tali pusat turun (cord prolapse), kekangan uri (abruption plasenta) sehingga boleh membahayakan anda dan janin.


Selepas kelahiran pula, bayi akan diperiksa sepenuhnya oleh pakar pediatrik untuk mengesan kelainan tambahan (selain keabnormalan yang dikesan sewaktu kehamilan lagi) yang tidak dapat dikesan sebelumnya.
Ngilu ketika bersama suami
SAYA baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami.
SAYA baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami.

Setiap kali kami bersama, zakar suami saya tidak dapat memasuki faraj kerana saya merasakan laluan faraj saya menjadi sempit dan pedih.

Mengapa ia berlaku? Sebelum ini, saya pernah mendengar bahawa selepas bersalin, lubang faraj menjadi lebih luas tetapi berlaku sebaliknya pada saya. Apa saranan doktor untuk menangani masalah ini?


ELOKLAH anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman ke atas luka bersalin pada faraj anda. Selepas bersalin, lubang bukaan faraj boleh menjadi lebih luas kerana sisa selaput dara semakin tinggal sedikit saja. Bukaan faraj juga boleh menjadi lebih luas jika koyakan dinding faraj sewaktu bersalin tidak bercantum elok. Sebaliknya, bukaan lubang faraj boleh menjadi lebih sempit jika cantuman tidak sempurna, ini boleh dibetulkan dengan pembedahan kecil.
Sakit tulang pinggul selepas bersalin
SAYA bersalin pada 16 Ogos tahun lalu secara normal. Bayi perempuan saya beratnya 3.84 kilogram.
Tinggi badan saya kira-kira 148 sentimeter. Masalahnya sekarang, saya masih terasa sakit pada bahagian tulang pinggul walaupun sudah enam bulan melahirkan anak. Saya terasa sakit setiap kali hendak berjalan dan membongkok. Hendak mengangkat bayi saya pun menjadi kesukaran.

Saya dinasihatkan untuk menjalani ujian sinaran-x pada tulang pinggul tetapi tidak dapat mengesan apa-apa. Saya juga pernah melakukan imbasan MRI dan tiada kecederaan dikesan. Doktor menasihatkan saya membuat senaman tetapi saya rasa sakit hingga sekarang. Adakah kerana bayi terlalu besar boleh menyebabkan tulang pinggul saya sakit? Apakah nasihat doktor?
BAGI ketinggian seperti anda, berat anak yang dilahirkan seperti bayi anda lazimnya melalui proses bersalin yang panjang dan sukar. Ini kerana ketinggian yang kurang mencukupi (di bawah 150 sentimeter atau lima kaki) sering dikaitkan dengan saiz ruang pelvis yang juga kecil sehingga menyukarkan posisi kepala bayi dan 'perjalanannya' sewaktu dilahirkan.

Anda boleh mendapatkan laporan lanjut daripada doktor yang menyambut kelahiran dulu. Kemungkinan trauma otot lantai pelvis yang juga mengandungi urat darah dan saraf berlaku sewaktu kelahiran dulu. Ini sukar dikesan sekarang. Diatesis sendi tulang pinggul boleh berlaku dari waktu kehamilan dulu lagi bagi menampung saiz janin dikandung, sehingga menyebabkan susunannya tidak lagi selari dan memberi kesan kepada otot berhampiran. Apabila berjalan (otot digunakan), kedudukan sendi yang 'lari' ini boleh menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan doktor pakar ortopedik atau pakar sakit puan boleh membantu mengesannya.
Kemaluan gatal selepas suami kahwin lain
APAKAH cara untuk mengatasi rasa tidak selesa dan gatal pada faraj? Untuk pengetahuan puan, suami saya berkahwin lain dan sebelum ini saya tidak mengalami perkara ini.
APAKAH cara untuk mengatasi rasa tidak selesa dan gatal pada faraj? Untuk pengetahuan puan, suami saya berkahwin lain dan sebelum ini saya tidak mengalami perkara ini.
KEGATALAN pada farah boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, sama ada daripada permukaan kulit anda sendiri atau suami, saluran dubur anda atau suami, pundi kencing atau jangkitan kuman penyakit seksual. Anda bolehlah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor anda. Apa yang lebih penting adalah untuk anda dan isteri atau pasangan seksual suami anda menjalani ujian pap smear secara berkala.

Isteri dalam pantang sakit punggung

ISTERI saya baru saja melahirkan anak secara normal dan masih lagi dalam berpantang kira-kira 25 hari.
Masalahnya, isteri saya merasa sakit di sekitar punggung dan tidak selesa sehingga tidak boleh duduk. Pada pandangan doktor, apakah sebenarnya yang dialami oleh isteri saya dan bagaimana untuk mengatasinya?
ANDA dinasihatkan membawa isteri untuk pemeriksaan doktor. Ini bagi memastikan tiada kemungkinan seperti bengkak akibat pengumpulan darah beku (hematoma) di bahagian faraj dan seumpamanya.
Walaupun masih dalam tempoh berpantang, lazimnya ibu baru bersalin tiada masalah pergerakan dan duduk selepas seminggu bersalin
Mencegah kanser payudara
BAGI memberi kesedaran penyakit kanser payudara yang tidak mengenal usia kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Yayasan Pink Ribbon Deeds (Pride) menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai, baru-baru ini.
Kempen anjuran Pride dengan kerjasama Usim serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bukan saja memberi kesedaran, tetapi turut memberi tumpuan dan tunjuk ajar memeriksa payudara sendiri.
Penasihat Yayasan Pride, Nasirah Aris, berkata kanser payudara adalah penyakit berbahaya golongan wanita.
Justeru, katanya rawatan dan pencegahan awal melalui pemeriksaan sendiri adalah penting.
"Kanser payudara tidak mengenal usia tua atau muda. Jadi, pemeriksaan sendiri payudara dan kesedaran terhadap penyakit ini amat penting.
"Kerana itu, kita mengadakan kempen ini khusus untuk pelajar IPT supaya penyakit ini boleh dicegah dari awal.
Turut diingatkan lelaki juga berisiko mendapat kanser payudara walaupun bilangannya sedikit berbanding wanita," katanya.
Nasirah berkata, kempen itu dirancang Pride bagi tahun 2009/2010. "Selain kempen ini, program lain seperti 'Sale with Pride', 'Climb with Pride' dan banyak lagi aktiviti yang dirancang untuk pesakit kanser payudara," katanya.
Kempen itu dihadiri lebih 500 pelajar daripada pelbagai IPT antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Kejururawatan Murni dan Kolej Komuniti Jelebu.

2 comments:

Anonymous said...

Hmm is anyone else experiencing problems with the images on this blog loading?
I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
Any suggestions would be greatly appreciated.

Anonymous said...

I think the admin of this web site is genuinely working hard in favor of his web page, since here every information is
quality based data.