Dua pakar pemakanan Malaysia mengakui bahawa individu
yang memiliki berat badan lebih sedikit daripada Indeks Jisim Badan
(BMI) yang ideal tidak akan membawa kemudaratan.
Ketua Bahagian Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan
Antarabangsa, Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, ia bagaimanapun
tertakluk kepada gaya hidup seseorang dan caranya mengurus berat badan.
Sebagai contoh, jelas beliau, mempunyai BMI antara 26 dan 27 tidak
akan mendatangkan masalah selagi individu berkenaan mempunyai julat
lemak dalam tubuh yang normal serta menjalani aktiviti fizikal seperti
bersenam.
“Sekiranya seseorang itu mempunyai BMI yang ideal tetapi tidak
bersenam sekurang-kurangnya 30 minit selama lima hari berturut-turut,
maka dia akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing
manis dan gout.
“Malah dia berkemungkinan mengalami sindrom mati mengejut disebabkan
oleh kuantiti lemak yang terlalu tinggi dalam tubuh,” katanya ketika
dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau diminta mengulas satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of
the American Medical Association menunjukkan golongan yang mempunyai
berat balebih sedikit daripada BMI ideal, memiliki kurang enam peratus
risiko untuk meninggal dunia berbanding orang normal.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E.
Siong berkata, kajian itu ada benarnya tetapi ia tidak bermakna kualiti
hidup orang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih baik berbanding
golongan normal.
“Walaupun berkemungkinan dapat hidup lebih lama, mereka akan
menderita pelbagai penyakit untuk satu tempoh yang panjang disebabkan
penyakit-penyakit tersebut,” katanya.
No comments:
Post a Comment