FAKTOR usia bukan sahaja menyebabkan kecantikan seseorang wanita itu
mula pudar, malah, mengakibatkan perubahan kepada fungsi dan struktur
organ di tubuh termasuk kepada vagina.
Hilangnya kebolehan dan kelembapan tisu-tisu pada alat sulit
menyebabkan pengurangan minyak pelincir di vagina meningkatkan rasa
ketidakselesaan, kegatalan, kekeringan, rasa berat dan kesakitan ketika
melakukan persetubuhan.
Ini berikutan, keadaan vagina yang berkurangan dari segi kolagen
serat, kurangnya kebolehan untuk menganjal dan kekurangan mukosa
menjadikan vaskular semakin sempit dan tidak memberikan kemutan dengan
sempurna terutamanya bagi wanita yang sudah mengalami menopaus.
Alat V2LR diyakini berkesan untuk memperbaiki fungsi alat sulit wanita.
Menurut Pakar Kecantikan dan Kesihatan Aestetik, Dr. N. Sutina Nordin, golongan wanita hanya bertemu dengan doktor sekiranya mereka mengandung, bersalin atau sakit ketika datang bulan.
Menurut Pakar Kecantikan dan Kesihatan Aestetik, Dr. N. Sutina Nordin, golongan wanita hanya bertemu dengan doktor sekiranya mereka mengandung, bersalin atau sakit ketika datang bulan.
Selain daripada masalah-masalah ini, mereka agak keberatan untuk
mendapatkan perkhidmatan pakar atau doktor biarpun mereka mempunyai
masalah di bahagian alat kelamin.
"Akhirnya mereka menderita dalam senyap sehinggalah sekiranya apabila
suami mereka berkata sesuatu mengenai perhubungan intim, mereka takut
tidak dapat memberikan sesuatu yang diperlukan suami ketika menjalankan
tugas sebagai isteri," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya,
En-hanze Medical Aesthetics Centre di Seksyen 16, Jalan Damansara,
Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Tegasnya, jangan menyangka, masalah alat sulit hanya dialami oleh
golongan wanita yang sudah berumur sahaja, sebenarnya terdapat di
kalangan remaja juga yang mengalami masalah ini.
Antaranya ialah 'bibir' vagina berlebihan yang memerlukan rawatan labioplasty.
Menurutnya, dahulu ramai di kalangan wanita yang mengalami masalah
alat sulit mendapatkan kaedah pembedahan untuk membentuk vagina,
mencantikkan dan mengetatkan alat sulit mereka.
Namun, pastinya kaedah membaik pulih secara pembedahan itu memerlukan
kos yang tinggi, mendatangkan risiko kesakitan, rawatan yang agak lama
dan sebagainya.
Menurut N. Sutina lagi, kini terdapat kaedah yang lebih menarik dan
cepat tanpa mendatangkan kesakitan tetapi berkesan untuk membaik pulih
vagina.
"Alat yang dimaksudkan ialah V2LR iaitu Vulva-Vaginal Laser Reshaping
dengan menggunakan teknologi laser yang digunakan untuk merawat,
membaiki dan mencantikkan serta mengembalikan fungsi vagina yang semakin
kurang keanjalannya akibat faktor kelahiran anak dan menopaus.
"V2LR merupakan teknologi bukan invasif yang membantu memulihkan
atrophy vagina atau faktor yang menyebabkan vagina kering,
mengetatkannya, labiaplasty, mengembalikan semula warna dan tekstur pada
labia majora dan kulit bahagian dalam berdekatan alat kelamin anda,"
katanya.
Jelasnya, kaedah ini juga ternyata berkesan dan selamat serta
merupakan satu kaedah alternatif untuk menggantikan hormon terapi bagi
mereka yang menopaus dan ia juga satu kaedah tradisi membaiki alat
kelamin secara khusus.
Kaedah ini tidak memerlukan masa yang lama, hanya 30 minit dan mereka
yang melakukannya tidak akan merasai sebarang perubahan dan kesakitan
pada alat kelamin, malah dapat mencantikkan dan mengubah fungsinya
menjadi lebih 'muda'
"Apa yang hendak ditekankan di sini ialah V2LR ini digunakan untuk
membaikpulih bahagian vagina golongan wanita dan bukannya bahagian yang
memerlukan rawatan pembedahan ataupun bahagian peranakan yang jatuh,"
katanya.
Tegasnya, cara menggunakan alat V2LR ini menerusi pancaran laser yang baharu dan eksklusif digelar Teknologi PSD (Pulse Shape Design) yang terbaik untuk membaiki keadaan tisu vulva dan vagina melalui sistem pengesan HiScan V2LR secara selamat dan selesa.
"Smartxide V2LR dapat membentuk semula mukosa secara berkala dan
merangsang kolagen baharu serta hormon dan membantu mengekalkan keadaan
vagina yang berkeadaan normal khususnya bagi wanita yang sudah menopaus.
"Satu alat yang dipanggil HiScanV2LR akan dimasukkan ke dalam vagina
untuk satu tempoh tertentu sepanjang rawatan berkenaan," katanya yang
memberitahu untuk sebarang pertanyaan mengenai kaedah ini boleh hubungi
talian 03-7960 1788.
No comments:
Post a Comment