EH... ada orang pengsan semasa perbarisan kawad kaki itu."
"Alamak, ada orang pengsan semasa melakukan larian."
Berikut antara senario biasa yang pernah dilihat apabila ada individu
pengsan ketika melakukan aktiviti pada waktu tengah hari ataupun
melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga.
Pengsan biasa terjadi secara tiba-tiba yang mengakibatkan seseorang itu tidak sedarkan diri dalam tempoh yang singkat.
Ia terjadi kerana aliran darah yang tidak mencukupi ke otak buat seketika.
Selain itu, pengsan juga boleh terjadi akibat tekanan emosi,
kesakitan, pengumpulan darah di kaki akibat perubahan mendadak posisi
badan, kepanasan melampau, kurang air, keletihan atau berpeluh dengan
banyak.
Gejala pengsan ini banyak berlaku dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.
Penting untuk kamu memeriksa kadar denyutan jantung dan pernafasan
apabila seseorang itu pengsan kerana ia boleh disyaki sebagai serangan
jantung jika tidak denyutan atau pernafasan.
Kebanyakan kejadian pengsan tidak berbahaya, namun ia boleh menjadi tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius.
Justeru, jika kamu mengalami kejadian pengsan, adalah penting untuk
kamu mendapatkan nasihat perubatan untuk mengetahui mengapa ia berlaku.
Berikut, .com kongsikan sedikit maklumat tentang pengsan sebagai pendedahan untuk mengelakkan sebarang komplikasi lebih buruk terjadi.
No comments:
Post a Comment