MENGALAMI masalah obesiti , Syarifah Atiqah Syed
Ali sudah lali dengan ejekan mengenai saiz badannya. Namun dia sendiri
sedar, berat badannya harus dikurangkan jka tidak mahu menghadapi
masalah kesihatan kelak.
Berat badan yang mencecah 88 kilogram mesti dikurangkan kerana ia tidak sesuai dengan usianya yang baru menginjak 25 tahun.
"Dulu saya banyak makan nasi. Malah saya wajib makan nasi berlauk
untuk sarapan pagi. Tambahan pula makanan boleh dibeli di mana-mana
sepanjang hari dan harga pun murah.
"Disebabkan tidak mengawal pemakanan, berat badan saya semakin
meningkat. Akhirnya, saya cepat penat dan tidak dapat memakai baju yang
saya idamkan ," ujarnya ketika ditemui di majlis meraikan pelanggan
anjuran An Nabaat baru-baru ini.
Atas nasihat keluarga, Atiqah mengurangkan pengambilan karbohidrat serta lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bagi mengimbangi jadual dietnya, Atiqah turut mengambil suplemen An Nabaat, herba susut-perut.
Herba ini membantu sistem dalam tubuh Atiqah untuk melawas dengan baik.
DietSelepas lebih setahun mengamalkan diet, kini hidup Atiqah mula berubah sepenuhnya.
Dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dan ini meningkatkan keyakinan dirinya.
"Kini berat badan saya 70 kilogram. Apa yang melucukan, tabiat lama
sewaktu gemuk masih terbawa-bawa kerana saya terlupa bahawa tubuh saya
sudah tidak seperti dulu.
"Bayangkan dahulu hendak duduk menyilang kaki cukup susah malah jika
mengikat tali kasut, saya perlu meletakkan kaki atas tempat yang lebih
tinggi. Waktu itu saya tidak mampu menundukkan badan atau berlutut
kerana terlalu gemuk. Lebih menyedihkan dulu, saya tidak dapat membeli
baju yang saya suka,'' ujarnya.
Dia kini perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan saiz tubuh barunya
malah lebih gembira kerana semakin senang memilih baju dan memakainya
tanpa rasa malu. Tidak seperti masa dia perlu menyarung baju atau seluar
bersaiz XXL sebelum ini.
"Saya masih boleh minuman kegemaran dengan syarat mengurangkan gula dan mencuba pelbagai jenis sup," katanya sambil tersenyum.
GembiraSeronok dengan perkembangan dirinya, Atiqah
sedia berkongsi cara dia mengurangkan berat badan atau lebih tepat,
mengatasi masalah obesiti .
Pertamanya, tekan Atiqah adalah kesungguhan kerana ia menuntut
pengorbanan yang tinggi, perlu berusaha bukan sekadar memasang
angan-angan.
"Sebenarnya, faktor utama yang mampu menyumbang ke arah penurunan
berat badan adalah kombinasi amalan pemakanan dan cara hidup sihat yang
perlu diseimbangkan dengan aktiviti kecerdasan.
"Jangan memilih jalan singkat seperti pengambilan pil kurus atau
pembedahan sedut lemak yang memang ketara hasilnya dalam jangka pendek
kerana ia terbukti bukan cara selamat untuk kurus .
"Sebaliknya, berusahalah untuk kurus dengan nasihat pakar atau
hospital selain mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat dan bersenam.
Itu cara paling ideal yang tidak boleh dinafikan," tambahnya.
Bagi Atiqah, paling tidak seseorang itu perlu bersenam setiap hari
walaupun ia hanya satu pergerakan ringkas kerana dengan cara itu, mereka
dapat mendidik diri menjadi individu yang cergas.
Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran buatnya agar mengawal pemakanan dan memperbanyakkan pergerakan fizikal.
Atiqah bersyukur kerana kesedaran awal membolehkannya mengatasi obesiti yang menjadi punca pelbagai penyakit lain.
No comments:
Post a Comment