TERIMA KASIH kepada Nursuraya yang kisahnya
dipaparkan dua minggu lalu, sebab membuka mata saya agar tidak lagi
menyalahkan diri sendiri setiap kali suami marah-marah dan mengatakan
kehadiran saya tidak memberi faedah kepadanya anak-beranak.
''Kalau sebelum ini saya berendam air mata menyalahkan diri, memohon
maaf kerana tidak pandai menjaga dia dan anak-anaknya, kini saya sedar
saya bukan satu-satunya ibu tiri yang diperlakukan sebegini,'' itu
cerita Rosalena ketika ditemui baru-baru ini.
''Hampir dua tahun saya berkahwin dengan Jay, seorang duda tiga anak
yang kematian isteri dua tahun sebelum kami berkahwin. Saya pula ibu
tunggal tiga anak. Suami meninggal dunia tujuh tahun lalu. Saya masih
bekerja sementara Jay sudah lima tahun bersara.
''Anak-anak Jay sudah dewasa, dua bekerja, seorang akan tamat
pengajian di IPTS dua tahun lagi. Anak saya ketiga-tiganya masih belajar
iaitu dua di asrama penuh manakala seorang tinggal bersama kami.
''Saya kenal Jay melalui kawan. Memikirkan anak-anak Jay sudah besar
dan dia telah bersara, tentulah tidak ada masalah kami berkahwin. Syarat
saya, perkahwinan kami mestilah mendapat restu anak-anak kerana saya
tak mahu masalah kemudian hari.
''Oleh kerana semuanya nampak baik dan lancar maka kami berkahwin.
Jay minta saya pindah ke KL. Saya minta tukar dan anak-anak saya
pindahkan bersekolah asrama di KL untuk memudahkan berjumpa mereka.
''Malangnya cuma tiga bulan pertama sahaja hidup kami bahagia,
selepas itu segala-galanya bertukar. Semuanya bermula apabila saya cuba
ubah susun atur di dalam rumah supaya lebih senang mata memandang dan
mudah untuk dibersihkan. Salahkah saya menukar langsir lama dengan yang
lebih berseri dan bercahaya?
''Malangnya niat baik saya tidak digemari oleh anak sulung Jay.
Esoknya sebaik saja saya balik kerja, Jay angkat suara. Katanya saya
tidak boleh ubah sesuka hati tanpa persetujuan dan kebenaran
anak-anaknya. Mereka lebih berhak dalam rumah itu, sedangkan saya
anak-beranak cuma pendatang.
''Saya disuruh beli almari pakaian sendiri. Saya tidak dibenarkan
guna barang-barang milik arwah isterinya baik dalam bilik mahupun dalam
rumah tersebut.
Disorokkan''Apabila saya gunakan peralatan memasak
seperti periuk nasi contohnya, esoknya saya tak nampak lagi, periuk itu
disorokkan. Akhirnya saya terpaksa beli yang baru.
''Tersentap hati, tetapi saya pujuk diri ini mungkin ada
kebenarannya, saya cuma pendatang menumpang di rumah mereka. Maka sejak
itu saya tidak lagi menggunakan, mengubah susunan perabot waima mencuci
bunga plastik yang telah berhabuk.
''Sejak peristiwa itu, saya lihat banyak perubahan anak-anak Jay.
Kalau dulu mereka makan apa yang saya masak, selepas perang dingin,
mereka makan di luar atau masak sendiri biarpun sebungkus mi segera.
Kadang-kala mereka masak makanan lain selepas saya masak, sedangkan
barang kering, sayur dan ayam saya yang beli dengan duit sendiri. Bukan
duit ayah mereka.
''Seperkara lagi yang menyedihkan hati saya, anak-anak Jay kasar
kalau bercakap. Sebagai contoh mereka terus terang beritahu tidak suka
saya berkahwin dengan ayah mereka. Soalnya mengapa tak berterus terang
dari awal supaya hidup saya anak-beranak tak terseksa begini.
''Saya sanggup berkorban tinggalkan rumah saya di utara, tukarkan
sekolah anak-anak saya ke KL semata-mata kerana mereka izinkan ayah
mereka berkahwin lagi tetapi kini mereka menyusahkan hidup saya.
''Lebih sedih, Jay beritahu saya anak-anak paling utama. Katanya
isteri boleh dicari, anak tak boleh ditukar ganti. Tetapi pernahkah dia
terfikir siapa akan jaga dia ditakdirkan dia sakit? Anak-anak atau
isterinya?
''Mahukah anak-anaknya bayar bil hospital setelah dia sakit dan duit
simpanannya susut? Sedangkan kemudahan bersama saya isterinya lebih
banyak, selain mendapat rawatan hospital percuma, saya boleh mencuci
berak kencingnya jika sakit. Cuti tanpa gaji untuk menjaganya, tetapi
bolehkah anak-anaknya lakukan? Biasanya anak-anak 'berperang' mengelak
menjaga ayah sakit. Ini bukan cerita dongeng tetapi kenyataan.
''Sepatutnya sebagai ketua keluarga, dia nasihatkan anak-anak supaya
berbudi bahasa. Sebaliknya Jay dengar hasutan mereka agar membenci saya,
hinggakan segala urusan rumah anak-anak tentukan, saya diperlakukan
seperti 'bibik', tempat keluarkan duit, beli barang makan, berkemas dan
memasak setiap hari. Saya terasa diperbodohkan, begitu rendah maruah
saya di mata mereka.
''Anak-anak Jay tak perlu takut saya rampas harta ibu bapanya, sebab
saya ada duit, rumah, kereta dan kerja, sedangkan ayahnya sudah bersara,
tua dan hidup mengharapkan duit KWSP yang tinggal tak seberapa. Makan
minum mereka sekeluarga pun saya yang tanggung walaupun tak banyak.
Janganlah takut bayang-bayang sendiri.
''Lebih sedih keadaan anak-anak saya. Mereka tidak selesa balik ke
rumah Jay setiap kali cuti sekolah. Mereka lebih senang duduk rumah
kawan. Alasan mereka senang nak belajar sedangkan sebenarnya mereka nak
jaga hati saya dan mereka tak senang tinggai di rumah itu.
''Walaupun belum dua tahun saya berkahwin, rasanya hidup kami sudah
tidak tenteram lagi. Setiap minggu ada sahaja benda punca kami berbalah.
Jay selalu hina saya kononnya tidak bawa apa-apa keuntungan padanya.
Kami pernah jumpa pakar kaunseling, tetapi Jay tetap salahkan saya
kerana tidak pandai menjaga anak-anaknya.
"Akhirnya kata Jay, kalau tak selesa saya boleh pindah. Memang saya
sedang mencari rumah yang sesuai untuk saya anak-beranak. Apa yang saya
kesalkan, jika tidak boleh terima kehadiran ibu tiri, mengapa izinkan
ayahnya kahwin. Jaga makan minum, sakit pening ayah sendiri jangan
susahkan orang lain.
''Kini saya serahkan jodoh kepada Allah. Nasihat saya kepada ibu-ibu
tunggal, fikirlah masak-masak sebelum berkahwin semula. Sebaik manapun
kita melayan
No comments:
Post a Comment