Monday, January 7, 2013

BAHAYA PENGSAN TIBA-TIBA

EH... ada orang pengsan semasa perbarisan kawad kaki itu."

"Alamak, ada orang pengsan semasa melakukan larian."

Berikut antara senario biasa yang pernah dilihat apabila ada individu pengsan ketika melakukan aktiviti pada waktu tengah hari ataupun melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga.

Pengsan biasa terjadi secara tiba-tiba yang mengakibatkan seseorang itu tidak sedarkan diri dalam tempoh yang singkat.

Ia terjadi kerana aliran darah yang tidak mencukupi ke otak buat seketika.

Selain itu, pengsan juga boleh terjadi akibat tekanan emosi, kesakitan, pengumpulan darah di kaki akibat perubahan mendadak posisi badan, kepanasan melampau, kurang air, keletihan atau berpeluh dengan banyak.

Gejala pengsan ini banyak berlaku dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Penting untuk kamu memeriksa kadar denyutan jantung dan pernafasan apabila seseorang itu pengsan kerana ia boleh disyaki sebagai serangan jantung jika tidak denyutan atau pernafasan.

Kebanyakan kejadian pengsan tidak berbahaya, namun ia boleh menjadi tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius.

Justeru, jika kamu mengalami kejadian pengsan, adalah penting untuk kamu mendapatkan nasihat perubatan untuk mengetahui mengapa ia berlaku.

Berikut, .com kongsikan sedikit maklumat tentang pengsan sebagai pendedahan untuk mengelakkan sebarang komplikasi lebih buruk terjadi. - AZRUL

No comments: