Saturday, January 12, 2013

AZAM TAHUN BARU

Mulakan bersenam pada tahun baru ini.
LEMBARAN 2013 akan terbuka untuk mengisi episod suka dan duka sepanjang tahun setiap insan. Ramai yang berpendapat tidak lengkap tahun baru tanpa azam baru.

Ketika ini, pasti ramai yang sedang menyimpan azam 'saya mahu naik pangkat', 'saya mahu menambah kewangan', 'saya mahu menjadi lebih baik' dan sebagainya.

Azam bermaksud cita-cita, kecekalan, semangat dan ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan diri sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin, bahagia dan ceria.


 Gambar hiasan

Bagi meraikan kehadiran tahun baru, anda perlu menetapkan matlamat yang lebih fokus membawa kepada perancangan strategi bergantung kepada segala kemudahan dan kebolehan yang ada diri sendiri. 

1) Perhubungan atau keluarga

l Rata-rata mengharapkan sesuatu yang baik sempena tahun baru ini. Jika sebelum ini anda mungkin mengalami masalah perhubungan dengan seseorang, mungkin sudah tiba masanya anda melupakan persengketaan itu. Begitu juga hubungan anda dengan rakan-rakan seharusnya lebih baik. Dalam hubungan keluarga pula, jadikan ikatan itu lebih akrab, mesra dan lebih baik daripada sebelumnya. Jika tahun 2012, anda tidak punya masa untuk keluarga, rancanglah masa yang lebih berkualiti bersama keluarga tahun ini.

2) Kerjaya

l Semua orang ingin mencapai peningkatan dalam pekerjaan. Tiada yang mustahil kerana anda boleh melakukan sekiranya anda berusaha menjadi lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja.

3) Kewangan

l Masalah ini sering menjadi isu utama setiap orang dan institusi keluarga. Mana tidaknya, perbelanjaan diri atau keluarga semakin meningkat saban tahun. Inilah masa untuk anda merancang kewangan dengan melebihkan peruntukan tabungan dan mengurangkan perbelanjaan kehendak diri. Dalam pada itu, anda juga boleh memulakan perniagaan atau pekerjaan sampingan untuk menambah kewangan. Tiada yang mustahil sekiranya anda berusaha.

4) Kesihatan 

l Jangan lupa kesihatan anda. Setinggi mana pun pencapaian atau kejayaan yang dikecapi, aspek ini jangan diabai. Sekiranya anda tidak pernah bersenam, lakukan sekarang. Dari segi pemakanan, anda perlu mengamalkan menu seimbang. Bagi mereka yang takutkan pemeriksaan kesihatan, berubah segera dan lakukan pemeriksaan sekurang-kurang sekali pada tahun ini.

No comments: