Sunday, February 24, 2013

BEBAN PSIKO SOSIAL KANSER



Subsidi bagi pemeriksaan mamogram kepada wanita berusia 40 tahun ke atas adalah sebahagian usaha mengurangkan risiko kanser payu dara - Gambar hiasan 
KANSER merupakan salah satu penyakit kronik yang amat ditakuti oleh orang ramai. 

Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser menyumbang sebanyak 13 peratus (7.4 juta) daripada keseluruhan kematian di dunia pada tahun 2008.

Kematian akibat kanser dijangka akan terus meningkat dengan anggaran 12 juta orang mati akibat kanser menjelang tahun 2030.

 Subsidi bagi pemeriksaan mamogram kepada wanita berusia 40 tahun ke atas adalah sebahagian usaha mengurangkan risiko kanser payu dara - Gambar hiasan
Kadar kejadian penyakit kanser meningkat dengan pertambahan usia. Seperti negara-negara maju atau membangun yang lain, Malaysia menghampiri peralihan epidemiologi, di mana penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan gaya hidup seperti kardiovaskular dan kanser telah meningkat. 

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin, kanser boleh berlaku pada setiap individu tanpa mengira usia dan jantina, sama ada miskin atau kaya serta memberi beban kewangan dan psiko sosial yang besar kepada pesakit, keluarga dan masyarakat. 

Katanya, kanser merupakan penyebab kematian keempat terpenting yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

SUPLEMEN DALAM KEHIDUPAN



Suplemen selalu diamalkan oleh atlet sukan untuk stamina mereka. - Gambar hiasan
Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari. 

Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.

Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.
Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari. 

BRAKITEAPI SATU LAGI RAWATAN KANSER


Dr. Muhammad Azrif menunjukkan peralatan yang digunakan bagi rawatan brakiterapi. 

SEBELUM ini rawatan kanser hanya dikaitkan dengan kemoterapi dan radioterapi - kaedah biasa rawatan.
Kini terdapat satu lagi rawatan yang menjurus kepada kawasan spesifik diserang sel kanser yang dapat mengurangkan kesan sampingan . 

Pakar Runding Onkologi Klinikal, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Muhammad Azrif Ahmad Annuar berkata, kini pesakit kanser mempunyai pilihan rawatan. 

"Brakiterapi yang juga dikenali sebagai benih radioaktif adalah satu lagi rawatan radiasi yang digunakan dalam rawatan kanser," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 


MUDARAT PENYALAHGUNAAN PROPOFOL

TINJAUAN awal pihak kerajaan Amerika Syarikat menganggarkan bilangan orang dewasa yang berumur 50 tahun dan ke atas yang mempunyai masalah penyalahgunaan ubat akan berganda kepada lima juta pada 2020 berbanding 2.5 juta pada 1999. 

Keadaan ini cukup membimbangkan kerana kita bakal melihat gelombang masa depan yang terjejas akibat penyalahgunaan ubat. Inilah yang berlaku di Korea Selatan apabila beberapa artisnya disiasat atas dakwaan penyalahgunaan ubat bius yang dikenali sebagai propofol. Perkembangan ini membimbangkan kerana kes menyalahgunakan ubat preskripsi dilihat akan mengalami peningkatan pada masa akan datang.

Penyalahgunaan ubat bius propofol sebenarnya mustahil berlaku kerana pengguna tidak mudah mendapatkan bahan ini kecuali dengan bantuan doktor.

 
Di hospital pesakit yang apnea akibat profol tidak mempunyai masalah kerana terdapatnya mesin-mesin pernafasan dan tekanan darah yang membantu pesakit. - GAMBAR HIASAN

Pakar Perunding Bius dan Rawatan Rapi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Sekar Shanmugam memberitahu, propofol seharusnya diberikan di hospital untuk membius pesakit ketika pembedahan dan bukannya untuk tujuan lain.

AUTISME

SEMAKIN ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme. 

Hampir setiap hari pasti ada yang membawa anak bermasalah autisme ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bagi mendapatkan rawatan. 

Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.

Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. 

Umur anak-anak tersebut turut berbeza; dari berumur 6 bulan hingga lewat 20-an. 

Kadangkala, bukan sahaja pesakit autisme mendapatkan rawatan bahkan ibu bapa dan ahli keluarga mereka juga ekoran tekanan yang kuat gara-gara menjaga pesakit tersebut.

Sifat sabar ibu bapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan terbaik buat pesakit autisme.
Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. Firman Allah dalam surah 
Al-Baqarah ayat 153:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."

Pengenalan & ciri-ciri umumAutisme adalah satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak dan minda yang boleh berlaku seawal usia 6 bulan dan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat.

Penyakit autisme mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang terjejas. Pesakit menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum iaitu:

APRIKOT VITAMIN B17

Kanser payudara.
ABAD ke-21 menunjukkan perkembangan pesat berlaku dalam bidang sains dan teknologi. Namun disebalik perkembangan ini, tahap kesihatan manusia dilihat semakin merosot dan penyakit kronik metabolik dilihat bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit kronik metabolik seperti kegagalan fungsi jantung dan sistem kardiovaskular, masalah sistem pernafasan, kencing manis, darah tinggi, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain sering menjadi penyebab utama kematian di Malaysia dan di seluruh dunia.

Dijangkakan 23.6 juta kematian akibat penyakit jantung dan 12.9 juta kematian akibat kanser berlaku menjelang 2030 di seluruh dunia. Begitu juga dengan penyakit kencing manis yang dilapor telah mencatatkan 650,000 kes baru setiap tahun di Malaysia.

Statistik yang membimbangkan ini berkemungkinan besar berpunca daripada tabiat dan sikap manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat seiring dengan perkembangan teknologi. Berdasarkan daripada kajian dan soal selidik, majoriti mengakui kurang bersukan dengan alasan masa yang terhad, penat atau terlalu sibuk dengan kerja. Malah lebih memburukkan keadaan ada diantara mereka ini adalah seorang perokok, sering mengambil minuman beralkohol dan tidak mengamalkan diet yang seimbang. Maka, risiko untuk menghidap penyakit kronik metabolik adalah sangat tinggi. Selain itu, kekerapan pengambilan makanan berasid dalam diet seharian juga merupakan salah satu punca utama seseorang itu mendapat penyakit kanser dan pelbagai penyakit kronik metabolik lain. Pelbagai bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan yang digunakan di dalam makanan dan minuman tanpa disedari mampu mendedahkan risiko tubuh badan kita untuk mendapat penyakit kanser. 

Walaupun perubatan konvensional dikatakan mampu merawat kanser dan penyakit-penyakit lain, namun statistik pesakit kronik metabolik dilihat bertambah dari semasa ke semasa. Usaha dan kajian saintifik yang dilakukan oleh para saintis di seluruh dunia telah membawa kepada penemuan pelbagai jenis bahan makanan yang semulajadi terutamanya Aprikot B17 sebagai alternatif rawatan kanser dan penyakit-penyakit kronik metabolik yang lain.

MENCEGAH KEBOCORAN PUNDI KENCING

SAYA berusia 19 tahun. Saya mempunyai masalah lemah pundi kencing. Ketika kanak-kanak saya kerap kencing malam dan tiada rasa ingin buang air pada waktu malam. Tetapi sekarang masalah kencing malam tiada lagi, cuma apabila terasa ingin ke tandas, lelehan air kencing tiba-tiba keluar dengan sendiri. Saya berasa malu apabila keluar dengan kawan-kawan dan situasi sebegini berlaku. Pernah juga saya pergi berubat kampung tetapi tidak berjaya.

Ieza, Klebang, Melaka.

Jawapan: 

Simptom yang dialami bukanlah asing bagi wanita. Rasa hendak buang air kencing yang datang secara tiba-tiba atau masalah lemah pundi kencing dan tidak boleh 'berkompromi' walau sesaat membuatkan individu itu menjadi kelam-kabut dan tidak sempat hendak ke tandas. Jika anda sering berdepan masalah sukar mengawal pengeluaran air kencing, ia petanda anda menghadapi Lemah Kawalan Kencing. Masalah itu yang juga dikenali sebagai 'inkontinens urinari' atau lemah pundi kencing. Dalam bahasa harian ia dipanggil juga sebagai 'kebocoran kencing'. 'Inkontinens urinari' turut berlaku ketika ketawa, batuk, bersin, bersenam dan mengangkat barangan berat. Menurut kaji selidik Inkontinens Sedunia 2010 yang dijalankan oleh Syarikat Poise, 30 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami 'inkontinens urinari' dan 70 peratus daripada mereka ialah wanita. Kebanyakan mereka malu untuk berbincang masalah 'inkontinens urinari' yang mereka hadapi.

Monday, February 18, 2013

Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai seorang yang ego. Apa yang saya faham, ego itu merupakan sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling kita. Namun, terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ego itu perlu ada dalam diri seseorang itu.

Ego sebenarnya adalah satu sikap dimana tidak mahu mengalah, keras kepala, degil, melindungi diri, tidak kenal erti putus asa serta mementingkan diri sendiri.... Ego memang penting untuk meningkatkan self-esteem. Self-Esteem yang melampau menjadikan orang itu ego sehingga tidak kena pada tempatnya.

Ego boleh juga dikatakan sebuah alat turbo bagi minda kita , ego adalah sebahagian atau naluri minda kita. Ego sebenarnya sahabat kita dan bukannya musuh kita , ia sentiasa akan cuba untuk membantu kita. Apabila ujudnya sesebuah cita-cita atau kehendak dalam hati kita , otak kita akan serahkan kerja ini kepada minda kita. Minda akan mencari jalan untuk menunaikan kehendak kita dan ego akan membantu dan memastikan kehendak kita tercapai.
Ego menjadi musuh kita apabila dia memberikan apa yang kita inginkan pada masa dan dengan cara yang salah . Ego hanya akan berfungsi dengan betul jika diberi arahan dengan betul dan lengkap. Ia tidak dapat membezakan yang baik dan buruk , asal dapat arahan dari kita ia akan mula cari jalan untuk mendapatkan apa yang diingini dan ia akan mengingatkan kita selalu tentang perkara tersebut supaya kita tidak lupa atau tarik diri.
Ego selalunya tidak suka kegagalan dan ia akan berjuang kemati-matian untuk menunaikan kehendak kita.
Contohnya :
Katakanlah kita ingin sangat untuk membaca sebuah buku , tetapi Kita tak dapat cari buku tersebut , apa bila cari dikedai buku , bukunya habis. Kawan-kawan kita pula tiada siapa yang ada buku tersebut . Lama-kelamaan kita lupa tentang buku tersebut . Selepas beberapa lama kita dapat pula buku tersebut . Sama ada , ada orang hadiakan kita buku tersebut atau kita terjumpa buku tersebut dirumah kawan atau pustakaan atau dimana-mana sahaja .
Bagaimana kita dapat buku tersebut tanpa sebarang usaha ?
Sebenarnya otak kita sudah lupa tentang buku tersebut tetapi minda dan ego kita tetap akan cari jalan untuk dapatkan buku tersebut , kita pasti akan dapatkan apa yang diingini walaupun ia mengambil masa yang lama, Jika diberi arahan yang betul.
Jika ingin dapatkan yang diingini atau jika anda ingin menunaikan cita-cita anda dengan tepat dan cepat berikanlah arahan yang betul ; dan pastikan anda tahu dan faham kenapa anda perlukan barang atau kenapa anda ingin menyatakan cita-cita tersebut.
Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin terhadap diri sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan kerana jika berlebihan ia umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang ramai.
Usah biarkan ego mengawal diri kita, sebaliknya kitalah yang perlu mengawal ego tersebut.Lihat seterusnya..


Monday, February 11, 2013

KANSER KELENJAR AIR LIUR


Pada mulanya, En.Khairil telah menghidap penyakit tumor pada pipinya sejak beliau berumur 15 tahun tetapi ianya tidak membengkak dan tidak sakit. Pada tahun 2009 iaitu 3 tahun yang lalu, beliau terasa sakit pada pipinya dan mendapati tumornya  makin membesar serta urat pada pipinya membengkak.
Beliau telah merujuk kepada doktor pakar dan mendapati dan disahkan menghidapi penyakit kanser kelenjar air liur tahap 4.

Beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan untuk membuang sel kanser pada mukanya, tetapi beliau menolak untuk melakukan pembedahan kerana risikonya tinggi. Pada tahun 2010, doktor sekali lagi menasihatkan supaya beliau melakukan pembedahan membuang rahang dan menjalani rawatan kimoterapi. Sekali lagi beliau menolak untuk melakukan kedua-dua kaedah yang disarankan oleh doktor.

Beliau mengambil alternatif lain dengan berjumpa dan mengambil ubatan dari tabib cina dan didapati pipinya semakin membengkak dan sakit. Pada Mac 2010, beliau telah datang  dan mendapat rawatan di klinik Pusat Rawatan Al-Hidayah. Beliau telah diberikan bekalan ayat-ayat al-quran untuk diamalkan dan air penawar.

Alhamdulillah, sepanjang mendapat  6 kali rawatan di Pusat Rawatan Al-Hidayah, terdapat banyak perubahan terhadap pada dirinya. Dimana, bengkak pada pipinya mengecut dan tidak sakit serta kesihatannya semakin baik tanpa menjalani rawatan hospital.

Surah yang diamalkan :
  • Al-Isra’(17) ayat 72 hingga 96
  • Furqan (25) ayat 12 hingga 28
  • Anfal (8) ayat 36 hingga 50
  • Adz-Dzariyaat (51) ayat 31 hingga 60
  • Ibrahim (14) ayat 9 hingga 22
  • An-Nahli (16) ayat 90 hingga 110

MENCEGAH KANSER MELALUI PEMAKANAN

Soalan :

Saya Rahim bin Osman dari Pulau Pinang. Empat tahun yang lalu, saya pernah mendapat penyakit kanser kolon, stage 3. Saya telah menjalani pembedahan untuk membuang bahagian colon yang ada ketumbuhan kanser dan menjalani kimoterapi sebanyak 6 kali. Alhamdulilah syukur pada Allah setakat ini saya sihat dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan yang kanser itu datang kembali. Walaubagaimana pun saya harap Tuan Haji Lokman dapat memberi penjelasan bagaimana untuk mencegah penyakit kanser melalui pemakanan.

Jawapan :

Jika pada ruangan sebelum ini saya telah menerangkan kaedah-kaedah untuk mengubati kanser dari perspektif moden dan perspektif Al Quran, kali ini saya akan berbicara mengenai kaedah-kaedah untuk mencegah kanser melalui pemakanan. Dalam pengalaman saya mengubati pesakit-pesakit kanser di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya oleh ramai pesakit-pesakit kanser. Terutama kepada pesakit kanser yang telah menjalani pembedahan dan kimoterapi atau radioterapi, dan mereka telah sihat tetapi mereka tidak mahu panyakit kanser itu datang kembali “cancer relapse” atau “cancer recurrence”.

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru kepada prinsip iaitu “mencegah itu lebih baik dari mengubati”. Dalam mencegah penyakit kanser ini, ada 3 faktor yang kita perlu kita fokus - amalkan gaya hidup sihat,  diet yang seimbang dan stres yang minima.

Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres yang berterusan dan faktor yang utama sekali ialah pemakanan yang tidak teratur dan seimbang. Ini adalah pendorong kuat kepada penyakit kanser untuk membarah didalam tubuh. Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya ALLAH kanser dapat dielakkan dan dijauhkan dari kehidupan kita.

Makanan yang mengandungi pH alkali (alkaline) yang tinggi dapat mengelakkan daripada serangan penyakit kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang telah menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan daripada rakyat Malaysia, gemar memilih diet yang mengandungi kadar pH yang berasid.
  • Apa itu diet yang berakali? (Alkaline Diet)
Diet yang berakali biasanya melibatkan pengambilan yang minima makanan-makanan seperti daging merah (daging lembu, daging kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan yang berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim dan lain-lain, tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.

KENCING MANIS (DIABETES)

Soalan:

Saya Siti Juliana ingin bertanya bagi pihak ayah saya.  Ayah saya berumur 60 tahun mengidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun yang lalu. Tahap suntikan insulin yang perlu diambil ialah sebanyak 14 unit pada siang hari (3 suntikan) dan 20 unit pada waktu malam. Masalahnya beliau sering mengalami kebas kaki dan tangan hampir setiap hari, dan pada waktu malam akan menjadi lebih kebas berbanding dengan waktu siang. Ada kah penyakit kencingt manis ini boleh diubati? Apakah ayat-ayat Al-Quran yang patut dibaca oleh ayah saya. Saya berharap Tuan Haji Lokman dapat menjawab soalan saya ini.

Jawapan:

Kencing manis atau “diabetes” adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Kencing manis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak lagi sensitif dengan insulin dalam badan.  Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah kita akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita. Secara amnya, seseorang itu dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa adalah lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah lebih daripada tahap 11.

DARAH TINGGI (HYPERTENSI)

Soalan:

Nama saya Zuhairi Ahmad dari Kuching, Sarawak dan saya ingin bertanya berkenaan rawatan ayat-ayat Al-Quran untuk penyakit Darah Tinggi. Untuk pengetahuan Tuan Haji, saya sudah lama menghidap penyakit tersebut dan walaupun saya sudahpun mendapatkan rawatan hospital tetapi tekanan darah saya masih lagi tidak memuaskan. Puas sudah saya mencuba rawatan alternative lain namun masalah tekanan darah tinggi saya masih juga tidak stabil. Adakah rawatan ayat-ayat Al-Quran boleh mengubati penyakit saya ini? Terima kasih.

Jawapan:

Penyakit Darah Tinggi atau “Hypertension” merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius.

Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systole dan diastole. Kadar biasa untuk systole (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa untuk diastole (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.

GABUNGAN HERBA TRADISIONAL, AL-QURAN




GENERASI masa kini kurang mengetahui tentang khasiat herba tradisional. Sebenarnya, khasiat herba seperti halia bara, lengkuas dan buah pala, merupakan bahan asas untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Orang tua-tua dahulu sememangnya menggunakan ekstrak herba-herba ini untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.

Minyak Anugerah Sejuta Rahsia menggabungkan 30 juzuk al-Quran dan sembilan khasiat herba yang digunakan sebagai penawar untuk membantu meringankan beban dan kesakitan.

Herba-herba tradisional yang terdapat dalam minyak ini termasuk minyak kayu putih, halia bara, serai wangi, limau purut, lengkuas, pudina, cengkih dan avokado. 

Apabila digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, pengguna dapat menikmati khasiat yang terbaik.
Menurut Ustaz Khairul Azhar Ghazali, terdapat syifa, hikmah, penawar yang terlalu banyak dan hebat di dalam al-Quran. Misalnya, Surah Ash Shaffat, ayat 37 dalam minyak ini, dengan izin Allah SWT sesiapa yang membacanya akan terpelihara daripada gangguan jin.

"Bahkan surah al-Fatihah yang kita baca dalam solat fardu setiap hari sebenarnya mempunyai banyak fadilatnya. 

Secara keseluruhannya, apabila ayat-ayat al-Quran digabungkan dengan herba-herba tradisional ia mampu untuk mengubati sesetengah penyakit, dengan memberi kesan yang menakjubkan," ujarnya.

Dengan gandingan khasiat herba tradisional dan bacaan 30 juzuk al-Quran di dalam Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini, menjadikan al-Quran dekat dengan diri kita. 

Minyak ini boleh didapati di Emi-Q, Tingkat 15, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-2072 5555 / 019-369 9998.
 
n Artikel disediakan oleh Anugerah. Sila layari laman web, www.anugerahquran.com dan facebook Anugerah https://www.facebook.com/anugerahquran untuk maklumat lanjut.

TANGANI STRESS

Jawapan

Apa itu stres? Stres adalah tekanan perasaan iaitu gangguan emosi kesan tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang atau disebabkan sesuatu beban yang menimpa seseorang. Apabila berlaku stres, badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan tekanan darah meningkat.

Punca stresTerdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan stres. Punca stres berkait rapat dengan persekitaran seseorang seperti masalah keluarga, kewangan, rakan, tempat kerja dengan majikan atau rakan sekerja, masalah kesihatan seperti penyakit kanser, masalah kesuburan, kematian atau perpisahan, kesesakan lalu lintas dan terlampau banyak kerja. Stres juga berpunca daripada sikap atau sifat semula jadi seseorang seperti kurang keyakinan diri, cepat putus asa, bersifat perfectionist, mengalami masalah berkomunikasi dengan baik atau berterus terang dan cepat marah.

Punca yang saya senaraikan bersumberkan persekitaran dan individu sendiri, selain itu, stres juga boleh berlaku akibat gangguan sihir, melalui jin dan iblis. Tekanan perasaan yang berpunca daripada gangguan sihir sukar dikesan oleh perubatan moden. Bagaimanapun, ramai pesakit yang berkunjung ke Pusat Rawatan Islam Al Hidayah untuk mengubati stres, setelah dikenal pasti (diagnos) oleh pihak kami, punca sebenar penyakit stres mereka disebabkan oleh gangguan sihir atau saka.

NUTRISI, IMUNISASI PELINDUNG PENYAKIT


 

Bayi dan kanak-kanak Malaysia sangat bertuah kerana kita ada imunisasi yang baik untuk melawan penyakit. - Gambar hiasan 
 
SUHU badan yang agak panas, dengan tangisan tanpa henti seorang bayi boleh membuatkan mana-mana ibu gusar. Pada mulanya Norma (bukan nama sebenar) menyangka keadaan itu mungkin kerana anaknya sedang tumbuh gigi ataupun perutnya berangin. 

Kegusaran Norma bertambah dan terlintas di hati persoalan mungkinkah ia sesuatu yang lebih serius? Dia dan suami lantas segera membawa bayi mereka ke hospital pakar berdekatan.

Jika anda seorang ibu atau bapa, pasti anda akan melakukan tindakan sama seperti Norma.

Bila dikatakan kecemasan, bukan dari segi kecederaan fizikal semata-mata tetapi lebih kepada masalah kesihatan kronik yang semakin menular kini. Antara yang paling biasa didengar, obesiti, penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi mahupun asma.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini melancarkan kempen ' 1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat ' kerana menginsafi dalam tempoh tersebut, simptom penyakit tidak berjangkit mudah menyerang bayi dan kanak-kanak.


Sunday, February 10, 2013

FAKTA! BAHAYA TIDUR DENGAN LAMPU MENYALA

 Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun.”

 

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Satu persidangan berkaitan tentang anak-anak yang menderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha Suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikan-Nya gelap gelita supaya hamba-hamba-Nya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hamba-Nya kerana Dialah yang menciptakan kita semua…..Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan…Wallahu’alam.

BAGAIMANAKAH CARA HIDUP YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W


Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

MEROKOK JEJAS KUALITI SPERMA

SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. 

Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah. 

Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur sekitar jam 12 tengah malam kerana melakukan kerja pejabat di rumah. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan kelamin juga biasanya bertahan 15 minit saja kerana alat sulit saya tidak dapat bertahan lama sebelum ejakulasi. 

- Mr. R, Selangor.

SIKAP BURUK PEMANDU

MEMANDU di jalan raya bukan hanya tertakluk kepada peraturan lalu lintas yang ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui undang-undang jalan raya. 

Cara pemanduan berhemah sekurang-kurangnya akan menjamin semua pihak yang menggunakan jalan raya mengurangkan risiko kemalangan.

Selain kegagalan mematuhi undang-undang di jalan raya, terdapat satu sikap buruk pemandu terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang perlu dibendung, iaitu sikap suka membuang sampah merata-rata keluar dari kenderaan masing-masing.

Apabila memandu sekitar jalan raya utama bandar raya seperti Kuala Lumpur, kita pasti akan terpandang kotak rokok, puntung rokok, bungkusan plastik makanan ringan mahu pun botol air mineral yang bersepah-sepah sepanjang jalan. 

Jika berhenti di persimpangan lampu isyarat atau susur keluar mana-mana lebuh raya, pemandangan buruk sampah-sarap yang bersepah di kawasan berumput atau di celah-celah pokok hiasan pasti kelihatan.

Pemandu yang mempunyai sikap sebegini gemar menjadikan jalan raya sebagai 'tong sampah' mereka. 

Saturday, February 9, 2013

KES ANAK DILARIKAN BERSAMA KERETA

KEHILANGAN kanak-kanak berusia 6 tahun, William Yau Zhen Zhong telah mendapat perhatian kebanyakan media utama negara. 

Kanak-kanak ini dilaporkan ditinggalkan oleh ibu dan bapanya dalam kereta untuk membeli barang di kedai pada jam 8.30 malam. Semasa ibu dan bapanya kembali ke kereta dalam masa 15 minit, kanak-kanak berkenaan tiada dalam kereta. Hampir seminggu selepas kejadian, mayat yang disyaki adik William Yau telah ditemui di Klang. 

Selepas beberapa hari, satu lagi kes melarikan kanak-kanak pula dilaporkan di Kuching, Sarawak semasa ibunya ke tandas di sebuah stesen petrol dengan meninggalkan anaknya berusia 8 tahun di dalam kereta dengan enjinnya masih hidup. 

Pencuri kereta telah membawa kanak-kanak berkenaan. Sangat bernasib nasib baik, dalam kejadian kanak-kanak berkenaan berjaya ditemui kerana pencuri kereta berkenaan meninggalkan kanak-kanak berkenaan di hadapan sebuah pasar raya.

 GAMBAR HIASAN

Selang beberapa hari sahaja, di Kuala Terengganu sebuah pasangan meninggalkan anak berusia 3 tahun sedang tidur dalam kereta untuk ke tandas di sebuah lagi stesen minyak pada jam 10.30 pagi. 

Pencuri telah melarikan kereta bersama anak berkenaan. Dengan bantuan dan tindakan segera pihak polis, kanak-kanak dan kereta telah berjaya ditemui dan pencuri telah diberkas. 

Dalam ketiga-tiga kes, kita terpaksa menyalahkan ibu bapanya kerana sikap terlalu mengambil mudah sesuatu perkara atau take things for granted. Sekiranya kanak-kanak berkenaan diculik, penculik berkaitan bersalah dan telah melakukan jenayah, namun kealpaan ibu bapa telah membantu untuk membolehkan penculik atau pencuri berkenaan berjaya melaksanakan perkara yang diingini. 

Paling memilukan keadaan adik William yang ditemui mati dalam sungai. 


CEGAH MASALAH HATI

TAHUKAH anda antara fungsi hati ialah sebagai tempat menyimpan tenaga, vitamin dan mineral? Hati atau hepar juga menghasilkan protein dan membuang hampas dari badan menerusi air kencing, peluh dan sebagainya.

Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Yayasan Hati Amerika, penyakit hati menyerang kira-kira satu daripada 10 rakyat Amerika. Di Malaysia pula, kita menemukan angka satu daripada 20 rakyatnya menghidap penyakit berkaitan hati .

Bagi mengetahui adakah hati kita menghidap penyakit atau tidak, orang ramai dinasihatkan menjalani pemeriksaan, kemudian disusuli dengan pemantauan, jika ia dapat dikesan lebih awal maka rawatan juga boleh dimulakan dengan lebih awal.

Namun gaya hidup tidak sihat membuka laluan luas kepada penyakit untuk bersarang dalam badan. 

Makanan berminyak, makan lewat malam, kurang bersenam dan merokok adalah antara tabiat kurang sihat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sehingga menjejaskan kesihatan mereka. Hakikatnya, semakin ramai rakyat Malaysia kini mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kegemukan, diabetes (kencing manis), hati berlemak dan masalah lain. 

Rakyat Malaysia juga semakin terdedah kepada Penyakit Tidak Berjangkit (PTB).


SEPARUH PENDUDUK DUNIA GEMUK

Pengambilan makanan yang tidak sihat antara punca obesiti. 
Obesiti atau berat badan berlebihan bukan lagi masalah individu. Sebaliknya telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia mengalaminya dalam tempoh dua dekad akan datang.

Pendedahan terbaru oleh kumpulan pakar dalam bidang kesihatan, nutrisi dan kecergasan mendorong isu itu turut di bincangkan ketika Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland baru-baru ini.

Kumpulan pakar tersebut mengesa agar langkah-langkah segera diambil, bukan hanya sekadar menyalahkan individu-individu terbabit yang tidak bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.

Mereka berkata, krisis obesiti yang semakin meningkat dan membawa maut perlu ditangani dengan kesungguhan di peringkat pembuat dasar sebagaimana mereka memerangi gejala merokok selama ini.

Dengan keadaan makanan yang semakin hari semakin tidak sihat serta gaya hidup bersenang-senang (sedentary) yang semakin meningkat, jawapan segera perlu dicari bagi krisis yang telah membawa kepada peningkatan kes diabetes dan serangan jantung.

Krisis obesiti sendiri telah membunuh 2.8 juta orang dewasa setiap tahun.

LOMPAT TALI CARA MUDAH BAKAR KALORI

UNTUK kelihatan langsing, pasti ada antara kamu sanggup berhabis untuk membeli pelbagai peralatan sukan menurunkan berat badan.

Tahukah kamu, dengan hanya melakukan lompat tali boleh membakar kalori dengan pantas dan mudah berbanding senaman lain.

Senaman menggunakan tali itu adalah sejenis latihan kardio sederhana yang memberi tindak balas besar kepada tubuh selain dapat menjimatkan wang dan masa.

Dengan hanya melompat tali tanpa henti selama 10 minit, kira-kira 132 kalori dalam tubuh dapat disingkirkan. 

 

Monday, February 4, 2013

MENGHALANG IMPAK METASTASIS TULANG


SEMAKIN hari kesakitan tulang belakang Daud (bukan nama sebenar) semakin mengganggu aktiviti hariannya terutama semasa memandu dan tidur. Rasanya sangat sakit khususnya di bahagian sisi paha hingga ke belakang sampaikan dia pernah tak tidur selama sebulan. Tidak tahan dengan kesakitan, akhirnya Daud menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Hasil diagnosis yang dilakukan cukup mengejutkan. Kesakitan yang dianggapnya kecil rupa-rupanya hampir meragut keupayaannya untuk berjalan. Dia disahkan menghidap kanser paru-paru dan sudah mengalami tahap metastasis tulang. Apakah yang dimaksudkan dengan metastasis tulang?

Metastasis tulang berlaku kepada lebih 1.5 juta penghidap kanser di seluruh dunia dan biasanya dikaitkan dengan kanser prostat, paru-paru dan payu dara dengan kadar insiden setinggi 90 peratus.

Lebih kurang 50 hingga 70 peratus penghidap kanser dengan metastasis tulang akan mengalami pemadatan tulang belakang dan sakit teruk pada tulang sehingga mungkin memerlukan pembedahan atau radiasi yang dikenali sebagai keadaan berkaitan rangka (SRE). 


RAHSIA JIWA TENANG

WALAUPUN stres dikatakan ada baiknya, namun jika ia berpanjangan pasti mengundang kemudaratan. Banyak kajian membuktikan bahawa tekanan minda serta bebanan tanggung jawab yang banyak dan berterusan mempertingkatkan risiko penyakit dari aspek kardiovaskular, muskular dan yang paling membimbangkan adalah penyakit mental.

Kekuatan mental amat penting malah minda yang sihat mampu menjana tenaga yang maksimum. Pernahkah anda terfikir mengapa jiwa anda stres dan tidak tenang? Cuba anda pejamkan mata, tarik nafas dan fikirkan apa yang belum anda lakukan. Mungkinkah anda kurang memberi, bersedekah atau terlupa menunaikan zakat. 

Beberapa hari lalu seorang pakcik keluar dari pintu bank dengan wajah ceria dan tersenyum lebar. Saya berkata, "Wah, seronoknya pakcik!". Lantas dia menjawab, "Mestilah seronok sebab menerima bonus daripada pelaburan ASB". Ternyata beliau kelihatan sangat gembira. Pasti sudah ada perancangan tertentu dengan duit yang diperolehi oleh beliau kali ini. Ketika itu terdetik di hati saya, berapa ramaikah mereka yang menerima habuan daripada bonus, yang cukup haul dan nisab, terfikir untuk mengeluarkan zakat? 

Sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan pada kita itu, ada hak orang lain. Cuma ia diberikan melalui kita sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

KASUT TUMIT, MAHU CANTIK ATAU SAKIT?


MEMANG benar, kasut bertumit tinggi pelengkap gaya seseorang wanita. Selain rekaannya yang cantik, kasut tumit tinggi membuatkan wanita berdiri dengan gaya menawan berbanding berkasut rendah.

Malah ia menambah sentimeter pada si pemakai agar kelihatan setanding dengan supermodel yang berjalan di pentas peragaan. Sekali gus, ia meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan si pemakainya lebih menarik.

Realitinya, tiada yang baik mengenai kasut tinggi kecuali rekaannya. 

Apa yang wanita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar, pemakaian kasut tinggi merosakkan badan mereka.
Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai lagi masalah disebabkan oleh kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

Masalah Pengarah Urusan MyOrtho dan Pakar Orthotik dan Prostetik, Edmund Lee berkata, kaki adalah asas badan yang perlu dijaga dengan betul agar tidak mengganggu sistem lain yang menjejaskan kesihatan.
"Masalah yang sering dihidapi mereka yang gemar berkasut tumit tinggi antaranya bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki.

Lutut pula akan mula sakit kerana kasut tinggi menyebabkan badan tidak stabil lalu lutut digunakan untuk menyeimbangkan badan.

Kasut tumit tinggi turut menyebabkan kesakitan akibat saraf bengkak atau menebal pada bola kaki yang digelar morton's neuroma, pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer).

Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang.

MERAWAT DIABETES

Matlamat utama dalam rawatan penyakit kencing manis adalah untuk mengurangkan tahap gula dalam darah, dari kadar yang luar biasa ke tahap gula lebih rendah dan normal. - Gambar hiasan
Soalan: SAYA Siti Juliana ingin bertanya bagi pihak ayah saya. Ayah saya berumur 60 tahun menghidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu. 

Tahap suntikan insulin yang perlu diambil adalah sebanyak 14 unit pada siang (tiga suntikan) dan 20 unit pada waktu malam. 

Masalahnya dia sering mengalami kebas kaki dan tangan hampir setiap hari dan pada waktu malam menjadi lebih kebas berbanding siang. 

Adakah penyakit kencing manis ini boleh diubati? Apakah ayat-ayat Al-Quran yang patut dibaca oleh ayah saya. Saya berharap Tuan Haji Lokman dapat menjawab soalan saya ini.

-Lina, Taiping, Perak.