Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai
seorang yang ego. Apa yang saya faham, ego itu merupakan sifat pentingkan diri
sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling kita. Namun, terdapat juga
pihak yang mengatakan bahawa ego itu perlu ada dalam diri seseorang itu.
Ego sebenarnya adalah satu sikap dimana tidak mahu mengalah, keras
kepala, degil, melindungi diri, tidak kenal erti putus asa serta mementingkan
diri sendiri.... Ego memang penting untuk meningkatkan self-esteem.
Self-Esteem yang melampau menjadikan orang itu ego sehingga tidak kena pada
tempatnya.
Ego boleh juga dikatakan sebuah alat turbo bagi minda kita ,
ego adalah sebahagian atau naluri minda kita. Ego sebenarnya sahabat kita dan
bukannya musuh kita , ia sentiasa akan cuba untuk membantu kita. Apabila ujudnya
sesebuah cita-cita atau kehendak dalam hati kita , otak kita akan serahkan kerja
ini kepada minda kita. Minda akan mencari jalan untuk menunaikan kehendak kita
dan ego akan membantu dan memastikan kehendak kita tercapai.
Ego menjadi
musuh kita apabila dia memberikan apa yang kita inginkan pada masa dan dengan
cara yang salah . Ego hanya akan berfungsi dengan betul jika diberi arahan
dengan betul dan lengkap. Ia tidak dapat membezakan yang baik dan buruk , asal
dapat arahan dari kita ia akan mula cari jalan untuk mendapatkan apa yang
diingini dan ia akan mengingatkan kita selalu tentang perkara tersebut supaya
kita tidak lupa atau tarik diri.
Ego selalunya tidak suka kegagalan dan
ia akan berjuang kemati-matian untuk menunaikan kehendak kita.
Contohnya
:
Katakanlah kita ingin sangat untuk membaca sebuah buku , tetapi Kita tak
dapat cari buku tersebut , apa bila cari dikedai buku , bukunya habis.
Kawan-kawan kita pula tiada siapa yang ada buku tersebut . Lama-kelamaan kita
lupa tentang buku tersebut . Selepas beberapa lama kita dapat pula buku tersebut
. Sama ada , ada orang hadiakan kita buku tersebut atau kita terjumpa buku
tersebut dirumah kawan atau pustakaan atau dimana-mana sahaja .
Bagaimana
kita dapat buku tersebut tanpa sebarang usaha ?
Sebenarnya otak kita sudah
lupa tentang buku tersebut tetapi minda dan ego kita tetap akan cari jalan untuk
dapatkan buku tersebut , kita pasti akan dapatkan apa yang diingini walaupun ia
mengambil masa yang lama, Jika diberi arahan yang betul.
Jika ingin
dapatkan yang diingini atau jika anda ingin menunaikan cita-cita anda dengan
tepat dan cepat berikanlah arahan yang betul ; dan pastikan anda tahu dan faham
kenapa anda perlukan barang atau kenapa anda ingin menyatakan cita-cita
tersebut.
Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin
terhadap diri sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan
kerana jika berlebihan ia umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang
ramai.
Usah biarkan ego mengawal diri kita, sebaliknya kitalah yang perlu
mengawal ego tersebut.Lihat
seterusnya..
No comments:
Post a Comment