Obesiti atau berat badan berlebihan bukan lagi masalah individu.
Sebaliknya telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan
lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia mengalaminya dalam
tempoh dua dekad akan datang.
Pendedahan terbaru oleh kumpulan pakar dalam bidang kesihatan,
nutrisi dan kecergasan mendorong isu itu turut di bincangkan ketika
Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland baru-baru ini.
Kumpulan pakar tersebut mengesa agar langkah-langkah segera diambil,
bukan hanya sekadar menyalahkan individu-individu terbabit yang tidak
bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.
Mereka berkata, krisis obesiti yang semakin meningkat dan membawa
maut perlu ditangani dengan kesungguhan di peringkat pembuat dasar
sebagaimana mereka memerangi gejala merokok selama ini.
Dengan keadaan makanan yang semakin hari semakin tidak sihat serta gaya hidup bersenang-senang (sedentary)
yang semakin meningkat, jawapan segera perlu dicari bagi krisis yang
telah membawa kepada peningkatan kes diabetes dan serangan jantung.
Krisis obesiti sendiri telah membunuh 2.8 juta orang dewasa setiap tahun.
Dekan School of Public Health di Universiti Columbia Amerika Syarikat, Linda Fried, berkata, perangkaan terbaru menunjukkan 1.4 bilion individu dewasa di seluruh dunia mengalami berat badan berlebihan.
"Jumlah itu dijangka meningkat dari setahun ke setahun dan dalam
tempoh 20 tahun lagi jika terus meningkat seperti corak sekarang,
kemungkinan besar 50-60 peratus penduduk dewasa dunia adalah individu
yang berat badannya berlebihan.
"Jika ini (obesiti) adalah penyakit berjangkit kita sudah boleh
isytiharkan ia sebagai wabak. Ini bukan lagi masalah serantau,
sebaliknya global kerana meningkat dengan begitu cepat dan berterusan.
Semua itu adalah definisi asas bagi istilah wabak," katanya.
Para pakar sepakat menyatakan bahawa langkah pertama bagi
menyelesaikan krisis ini adalah dengan mengubah tanggapan orang ramai
terhadap obesiti iaitu dengan menyalahkan mereka yang obes, bukannya
keadaan persekitaran mereka.
"Dalam tempoh 30 tahun, peratus penduduk dunia yang berlebihan berat badan atau obes telah meningkat dua kali ganda.
"Setakat ini tidak ada bukti secara global bahawa ia berpunca daripada kurang keazaman atau kesungguhan individu terbabit.
"Sebaliknya kesalahan patut diletakkan pada makanan berkalori tinggi yang mudah diperolehi dan secara relatifnya murah.
"Selain itu proses urbanisasi yang meningkat di seluruh dunia juga telah membawa kepada gaya hidup kurang aktif," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Nike bagi Akses untuk Sukan, Lisa MacCallum Carter, berkata, obesiti dikaitkan dengan krisis hidup tanpa aktiviti, hasil daripada proses urbanisasi.
Beliau berkata, jumlah waktu untuk senaman harian terutama pergerakan
yang tidak secara langsung (seperti berjalan kaki) telah berkurang
dengan begitu ketara.
Sebagai contoh katanya, masyarakat hari ini lebih mudah menghantar
emel daripada berjalan ke pejabat di seberang jalan untuk berbual dengan
rakan sekerja mereka.
Pada masa sama, makanan yang diambil juga semakin kurang sihat dengan
produk yang kandungan lemak dan garamnya tinggi, serta makanan tiruan,
semakin mudah dihasilkan dan dipasarkan.
"Cara pasaran yang kita lihat sekarang turut membantu meningkatkan trend ini dengan lebih cepat," kata Marc Van Ameringen, Pengarah Eksekutif Global Alliance for Improved Nutrition (GAIN).
Katanya, sesetengah negara, seperti AS, turut menggalakkan senario
ini dengan memberi subsidi kepada industri pengeluaran makanan seperti
pengeluaran sirap jagung.
Siap jagung digunakan secara meluas dalam penyediaan makanan sebagai pemanis dan pemekat makanan.
"Lihat saja wang yang mengalir dalam industri pengeluaran produk
jagung dan sirap jagung berbanding subsidi yang diberi bagi pengeluaran
buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.
Begitu pun Fried berkata, sesetengah pembuat dasar telah mengambil
langkah yang menggalakkan dalam memerangi obesiti seperti yang dilakukan
oleh Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg terhadap penduduk bandar
raya itu.
Perjuangan Bloomberg menentang makanan rapu telah menyaksikan pihak
berkuasa bandar itu mengharamkan penjualan minuman ringan karbonat
bersaiz besar dan mengehendaki restoran-restoran makanan segera
meletakkan maklumat kandungan kalori dalam menu mereka.
Para pakar berkata, langkah seperti menguatkuasakan undang-undang
melabelkan kalori, mengehadkan saiz sesuatu makanan dan meningkatkan
cukai ke atas makanan yang dikategorikan tidak sihat sedikit sebanyak
"Ini adalah satu isu kesihatan yang mencemaskan dan bersifat global
yang memerlukan pandangan dari sudut dimensi yang besar. Ia boleh
diselesaikan jika semua orang bekerjasama," kata Fried. - afp
No comments:
Post a Comment