FIONA (bukan nama sebenar), 61, sudah menghidap asma sejak berusia
lapan tahun lagi. Walaupun sentiasa berulang-alik ke hospital bagi
mendapatkan rawatan penyakitnya itu, dia tidak pernah mengetahui bahawa
dalam masa yang sama dirinya menghidap kanser net.
Fiona hanya menyedari kanser tersebut merebak sejak dua tahun lalu apabila mempunyai beberapa simpton kanser net.
Dia mengakui, sebelum menghidap kanser net tidak pernah mengetahui tentang penyakit tersebut sehingga dia sendiri mengalaminya.
Dia antara pesakit kanser net yang berpeluang mendapatkan rawatan
lanjut ketika penyakit tersebut masih berada pada peringkat awal.
Net adalah istilah kanser umum untuk kumpulan kanser yang jarang ditemui dan berkembang dengan perlahan.
Kanser ini dibentuk daripada sel dalam sistem endoktrin yang
berselerakan . Kanser ini biasanya ditemui pada paru-paru atau sistem
gastrousus tetapi juga boleh berpunca daripada bahagian badan yang lain
seperti pankreas, ovari dan testis.
Perunding Onkologi, Prof. Madya Datuk Dr. Fuad Ismail berkata,
kanser net semakin meningkat di seluruh dunia dengan purata insiden di
negara Barat adalah lebih kurang tiga atau empat kes bagi setiap 100,000
orang.
Di United Kingdom sahaja, terdapat lebih 2,000 orang yang disahkan
menghidap kanser net setiap tahun. Di Amerika Syarikat pula, lebih
kurang 11,000 orang disahkan menghidap net setiap tahun.
âSetakat ini data berkenaan kanser net di Malaysia masih tidak
dapat diperoleh tetapi berdasarkan data dari Eropah serta Amerika
Syarikat dianggarkan sebanyak 500 kes baru didiognosis setiap tahun,â
katanya.
Sementara itu Perunding Gastroenterologi, Datin Dr. Sharmila
Sachithanandan berkata, kanser net mempunyai simptom yang berbeza
bergantung pada lokasinya dalam badan.
Kebanyakan simptom-simptom tersebut bersifat sederhana, tidak khusus
dan tidak ketara atau biasanya serupa dengan simptom penyakit umum yang
lain seperti usus rengsa (irretable bowel syndrome), asma , keresahan,
alahan dan juga penyakit tiroid.
âDiognasis menjadi lebih sukar dan biasanya tertangguh. Diagnosis
yang tertangguh akan memberi peluang kepada tumor untuk berkembang dan
merebak ke lokasi sekunder dalam badan, sekali gus menyebabkan kanser
itu tidak dapat disembuhkan lagi,â jelasnya.
Tambah Dr. Sharmila lagi, matlamat rawatan kanser net bertujuan
menyingkirkan sebelum ia berkembang, meredakan simptom-simptom penyakit,
mengawal pertumbuhan tumor dan mengekalkan kualiti kehidupan yang baik
untuk pesakit.
Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, rawatan-rawatan
berbeza yang selamat dan berkesan boleh didapati seperti terapi khusus,
radioterapi dan kemoterapi.
âKanser net biasanya dapat disembuhkan melalui pembedahan apabila
ia dikesan pada peringkat awal. Namun, rawatan menjadi semakin rumit
apabila kanser sudah merebak ke bahagian-bahagian badan lain. Oleh itu
pengesanan awal kanser net penting dan mempengaruhi kualiti kehidupan
serta prognosis pesakit,â jelasnya.
Sementara itu, bersempena Hari Kesedaran Kanser Tumor Neuroendokrin
(Neuroendocrine Tumour, net) Sedunia pada 10 November lalu, Persatuan
Neuroendokrin Tumor Asia Pasific (APNETS) menganjurkan persidangan
mengenai kanser neuroendokrin Malaysia bermatlamat untuk meningkatkan
kesedaran terhadap penyakit tersebut.
Presiden APNETS yang juga pengerusi penganjur persidangan tersebut,
Datuk Dr. Harjit Singh berkata, pengetahuan dan kesedaran tentang kanser
net masih rendah di kalangan komuniti perubatan dan ramai doktor hanya
mempunyai sedikit atau tiada pengalaman langsung tentang jenis kanser
ini.
Diognasis silap atau terlewat berlaku agak kerap apatah lagi ciri-ciri kanser net tidak dapat diketahui sepenuhnya.
"Berdasarkan kemajuan besar yang dicapai dalam usaha untuk memahami
net, persidangan ini akan menjadi peluang untuk menerokai kemajuan
saintifik dalam memahami sepenuhnya penyakit yang jarang ditemui ini,"
ujarnya.
No comments:
Post a Comment