PENGAMBILAN
makanan manis yang terlalu banyak bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi,
malah mengakibatkan seseorang menjadi pelupa.
Dalam
satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neorology mendapati, individu yang
memiliki kandungan gula tinggi dalam darah cenderung mengalami masalah
ingatan.
Uji
kaji dilakukan ke atas 141 responden yang berumur purata 63 tahun. Mereka perlu
menghafal 15 perkataan setelah mendengarnya selama 30 minit.
Responden
bebas daripada penyakit diabetes serta tidak memiliki masalah memori.
Penganalisis,
Dr. Agnes Floel dari Hospital Universiti Berlin berkata, keputusan mendapati,
responden yang memiliki sedikit gula dalam darah cenderung memiliki nilai baik
berbanding mereka yang kandungan gulanya tinggi.
Diabetes
tahap dua dikatakan menjadi faktor risiko terjadinya penyakit Alzheimer.
Namun,
keupayaan mengingat tidak hanya berlaku kepada mereka yang mengalami penyakit
diabetes tahap dua.
No comments:
Post a Comment