KOLAGEN adalah rangkaian protein yang merangkumi
seluruh tubuh. Pengambilan kolagen merupakan pengganti kepada suntikan
dalam mendapatkan wajah dan bentuk badan idaman.
Ini kerana kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam
badan manusia dan merangkumi 85 peratus daripada kulit, otot dan tisu
penyambung manusia.
Apabila usia semakin meningkat, paras kolagen semula jadi akan susut
dan pada usia selepas 25 tahun, paras kolagen susut pada kadar 1.5
peratus setiap tahun.
Pada usia 40 tahun pula, badan semakin kurang menghasilkan kolagen
menyebabkan timbul garis muka, kedut, kulit kendur, kulit kering, wajah
kusam tidak bermaya, pigmentasi, kemerosotan penglihatan dan
mengakibatkan kerosakan pada sendi, rawan dan tulang.
Gejala penuaan ini kerap berlaku di kalangan wanita berusia 40-an.
Mereka akan merasakan diri tidak lagi cantik, rendah diri dan tidak
yakin kepada diri sendiri apabila berada di khalayak.
Bagaimanapun, seseorang itu harus berasa yakin bahawa dirinya cantik
dan masih ada cara untuk mendapatkan kecantikan semula jadi.
Sama ada suka atau tidak, kita sebenarnya harus mengambil banyak
bahan anti oksida setiap hari seperti buah-buahan kerana ia membantu
menentang radikal bebas dan melindungi daripada kerosakan sel yang boleh
mengakibatkan penuaan pra masa.
Ini penting untuk merangsang pertambahan kolagen dalam badan.
Selain itu, anda boleh mengambil suplemen yang mengandungi kolagen.
Salah satunya ialah jenama CollaB'utee merupakan produk kolagen
terbaik untuk golongan lelaki dan wanita kerana mengandungi komponen
Hydrolysed Marine Collagen.
Bahan ini merupakan sumber kolagen daripada ikan laut dalam,
mempunyai daya keterlarutan tinggi, mudah dihadam dan berdaya serapan
kelembapan yang rendah.
Produk yang pernah yang pernah diguna pakai oleh model dan pelakon,
Wan Khadijah dan pengacara TV, Zakiah Anas ini turut mengandungi ekstrak
soya (Isoflavones) yang menegangkan payu dara dan menyeimbangkan
hormon.
Selain itu, CollaB'utee turut mengandungi anti oksida Vitamin C yang
merupakan komponen penting dalam memastikan keberkesanan produk ini.
Fungsi kologen adalah memelihara kulit daripada dalam dan memastikan
proses penggantian sel kulit sentiasa berlaku selain mengelakkan kulit
menjadi kering dan mengurangkan kedutan.
Dalam penghasilan kolagen, Vitamin C akan bertindakbalas dengan asid
amino dengan menambahkan hidrogen dan oksigen di dalam sel kolagen itu
sendiri.
Produk ini terbukti apabila kebanyakan pengguna dapat merasai sendiri
perubahan positif kepada diri mereka kerana produk yang dirumus dari
Jepun itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Antaranya memulihkan keanjalan dan keremajaan kulit, menghilangkan
garis halus dan kedutan, membaikpulih sel kulit, menegang dan
menggebukan kulit serta mengurangkan pigmentasi.
Produk itu juga membantu mencerahkan kulit, menambahkan kelembapan
kulit, melindungi kulit daripada radiasi UV yang berbahaya dan untuk
wanita ia turut membantu menegangkan payu dara.
Dalam pada itu, CollaB'utee mengandungi oksidan yang meneutralkan
serangan radikal bebas dan memelihara kulit dari dalam, merangsang
pertumbuhan kolagen serta menghalang oksidasi sel.
Golongan yang disarankan untuk mengambil CollaB'utee ialah wanita
berusia 25 tahun ke atas, wanita yang mengidamkan payu dara anjal, ingin
kulit muka yang berseri dan gebu serta mereka yang mahu menegangkan dan
mengurangkan kedutan kulit.
Selain itu, wanita yang terdedah kepada pancaran matahari terik juga
disaran mengamalkan produk ini selain mereka yang mengalami masalah
hormon kurang stabil.
Malah pengambilan produk ini juga boleh membantu mengatasi tona kulit
yang tidak sekata dan membebaskannya dari pigmentasi dan jeragat.
L-Lysine yang terdapat dalam CollaB'utee pula merupakan asid amino untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu badan.
Bahan aktif lain yang terdapat dalam produk ini ialah oligo bagi membersihkan usus dan melegakan sembelit.
Cara pengambilan
n Minuman kolagen halal ini boleh diambil dengan cara mencampurkan
satu paket kandungannya dengan air mineral sejuk dan minum sebelum
sarapan dan sebelum tidur.
n Selain itu, ia juga boleh dicampur dengan jus buah-buahan bagi mempelbagaikan cara pengambilan.
1 comment:
Tips yang menarik
Post a Comment