Saturday, November 9, 2013

KHASIAT EPAL LEWATKAN PENUAAN.

APABILA usia semakin meningkat, hormon juga mengikut arus rentak perubahan. Lazimnya, sel kulit wajah dan tubuh turut memberi tindak balas dari dalam sekali gus memberi kesan pada permukaan kulit.

Penuaan adalah proses biasa dalam kehidupan, malah tiada siapa mahu kelihatan tua daripada usia sebenar. Kesan penuaan kulit berlaku disebabkan banyak faktor terutama pencemaran alam sekitar, selain gaya hidup tidak konsisten turut mendorong kepada proses penuaan yang cepat.

Jika epal dikatakan memberi manfaat kepada kesihatan jika diambil sebiji sehari, patinya juga memberi seribu kelebihan membantu mengembalikan keremajaan kulit mengikut kehendak sel premium pada kulit.

Sel premium ialah sel induk paling penting pada kulit. Sel berkenaan menjadi sumber utama berlakunya regenerasi epidermis dan menggalakkan pembentukan pigmen baru sekali gus perubahan kulit berlaku.

Bagi mengurangkan kesan penuaan penuaan, kajian menunjukkan bahawa pati epal Uttwiler Spätlauber mempunyai pengaruh positif dalam menghasilkan kelangsungan sel hidup dan resisten terhadap penuaan serta apoptosis sel manusia.
Ketua Pegawai Eksekutif Med Beauty Trading, Dr. Med Herald Gerny, berkata epal Uttwiler Spätlauber yang hanya boleh didapati dan ditanam di Switzerland bermula pertengahan abad ke-18 dikatakan mampu melindungi sel induk kulit dan merangsang pembaharuan sel.

"Epal berkenaan adalah satu-satunya buah epal luar biasa kerana mampu bertahan lebih lama iaitu lebih enam bulan tanpa menjejaskan rupa asal. Walaupun hanya disimpan di tempat biasa ia tidak mudah rosak mahupun busuk kerana epal Uttwiler Spätlauber kaya dengan fitonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang panjang.

"Kajian di Mibelle Biochemistry, Switzerland mendapati epal Uttwiler Spätlauber itu mempunyai sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica yang ada pada sel batang pokoknya. Sel tisu berkenaan didapati boleh membantu melindungi sel induk kulit," katanya ketika ditemui di Spa & Med Beauty, Saujana Subang Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Med berkata, cecair yang dihasilkan daripada pati epal berkenaan memperbaiki sel induk dalam kulit, selain dapat membantu mengelak kesan penuaan pada kulit dan juga rambut.

"Pati epal itu juga bukanlah untuk meremajakan kulit yang sudah nampak kesan penuaan, sebaliknya ia hanya membantu untuk mengurangkannya. Ia lebih berkesan apabila digunakan sebelum mencapai usia penuaan. Bagi mengekalkan kualiti kulit, disarankan wanita menggunakannya bermula usia 25 tahun, iaitu ketika kulit mula mengalami kemerosotan kolagen," katanya.

Krim Cell Premium itu dikatakan bertindak mengurangkan pra-masa penuaan ataupun apoptosis dalam stem sel yang menjadi punca utama kepada berlakunya tisu penuaan. Kajian mendapati krim yang dihasilkan dari pati epal Uttwiler Spätlauber berkenaan mempengaruhi stem sel secara positif.

* ANTARA BAHAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM PRODUK KELUARAN SYKT PRIMADONA IALAH EKSTRAK EPAL SWISS DAN SEL INDUK GREENAGE ( PRUN) YANG MERUPAKAN SUMBER DWI SEL STEM. IA BUKAN UTK KECANTIKAN MALAH LEBIH UTK KESIHATAN*

No comments: