Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke
atas mengambil 2,500 kilokalori (kcal) sehari. Angka tersebut melebihi
daripada jumlah disarankan iaitu 2,000 kcal sehari untuk lelaki dewasa
dan 1,500 kcal untuk wanita dewasa.
Mengenali Malaysia sebagai âsyurga makananâ, membuatkan
rakyatnya sukar untuk menolak âgodaanâ sekali gus menjerumuskan
masyarakat di negara sebagai antara yang menghadapi ancaman obesiti.
Secara umumnya pengambilan lebihan 500 kcal sehari boleh
meningkatkan berat badan sebanyak setengah hingga sekilogram dalam
seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan. Apatah lagi jika
ia tidak disusuli dengan aktiviti kecergasan.
Memburukan lagi keadaan apabila kesedaran dan pengetahuan tentang
jumlah kalori yang perlu diambil dalam kalangan masyarakat masih rendah.
Jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri berkata, tubuh seseorang
memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu
banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan
dalam badan.
Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
âRamai orang tidak tahu jumlah keperluan kalori mereka sehari. Apa
yang mereka tahu, menambah, mengurangkan atau mengekalkan berat badan
tanpa mengetahui berapa jumlah sebenar keperluan kalori mereka.
âJika kita tidak tahu berapa keperluan kalori, sukar untuk kita
melakar pelan diet yang benar-benar berkesan bagi tubuh badan kita,â
katanya.
Menurut Kevin, keperluan kalori seseorang bergantung kepada lima
faktor utama seperti jantina, berat, tinggi, umur dan gaya hidup. Lima
faktor itu juga dikenali sebagai Kadar Metabolik Aktif.
âSetiap individu adalah unik dan keperluan kalori seharian adalah
berbeza-beza. Jadi amat penting bagi seseorang mengenal pasti keperluan
tersebut.
âJika tidak, dikhuatiri jumlah pengambilan boleh menjadi terlalu banyak atau terlalu sedikit,â katanya.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengawal pengambilan
kalori, dinasihatkan supaya menyimpan âjurnal makananâ bagi
memudahkan mereka mengira berapa banyak kalori yang diambil.
âTulis dalam jurnal setiap apa yang kita makan. Secara tidak
langsung ini dapat memupuk satu tabiat yang baik di mana kita akan
sentiasa mengawal pemakanan harian kita,â katanya.
Dalam pada itu, menurut Kevin, menurunkan berat badan bukan bermakna
seseorang perlu berkurung 12 minggu di dalam rumah, makan makanan yang
sama dan melakukan aktiviti fizikal yang rutin sehingga berasa bosan.
Untuk menjadikan proses penurunan berat badan berkesan, terdapat
pelbagai cara lain yang lebih menyeronokkan, seperti yang dilakukan
dalam program Jom Kurus anjuran Kevin.
Menurut Kevin menerusi program ini 10 kilogram (kg) boleh
dikurangkan oleh para peserta dan setakat ini ramai yang menyertainya
telah menunjukkan reaksi yang positif.
âPelbagai aktiviti diadakan di mana para peserta akan diberikan
kaunseling dan beberapa aktiviti menarik yang dapat membantu
mengurangkan berat badan seterusnya menjadi individu yang lebih
sihat,â ujarnya,
Dalam pada itu, Kevin menasihatkan rakyat Malaysia agar mengamalkan
memakan hanya segenggam nasi atau separuh pinggan setiap kali makan.
Katanya, jumlah pengambilan nasi yang ideal bagi seorang dewasa
adalah pada kadar segenggam atau 20 peratus daripada mangkuk sukatan
nasi yang biasa digunakan di restoran.
âTiada jalan mudah untuk kurus. Apa yang penting, pastikan jumlah kalori yang diambil dan jumlah kalori yang dibakar.
â Jika hendak mengurangkan 1 kg, seseorang individu perlu membakar kira-kira 7700 kcal. Ini bukan mudah.
â Pengurangan berat badan adalah sesuatu yang mengambil masa,
tetapi jika seseorang itu mempunyai keazaman yang tinggi dan sentiasa
konsisten, ia bukan sesuatu yang mustahil,â ujarnya,
Bagi mereka yang berminat untuk mengurangkan berat badan dan belajar
membina plean diet dan senaman yang unik, boleh menyertai bengkel Jom
Kurus atau terus sertai cabaran Jom Kurus 6 minggu yang penuh dengan
aktiviti-aktiviti menarik.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web kevinzahri.com.
5 tip kawal nafsu makan
Catat makanan anda
Salah satu cara kawal nafsu makan adalah melalui cacatan pemakanan
harian. Bukan soal kesempurnaan diet tetapi anda boleh kenal pasti
kelemahan pemakanan anda. Yang penting amalkan kesederhanaan dalam
memilih makanan.
Kenali diri anda
Jika anda penggemar coklat, sedarilah kelemahan itu. Jadi seperti
kawasan periuk api yang bahaya, pastinya anda akan mengelak dari kawasan
yang bahaya itu. Samalah dengan kedai-kedai coklat.
Perancangan
Katakan anda ke majlis perkahwinan. Adalah lebih baik untuk membawa
snek sihat atau makan sebelum bertolak. Ini kerana waktu makan pada
majlis sukar untuk dijangka. Perancangan awal boleh membantu anda
mengelak daripada makan secara berlebihan.
Kurang kasih sayang
Berapa banyak karekter dalam filem yang mengaitkan ais krim dan
coklat setiap kali menghadapi kekecewaan dalam bercinta? Jadi carilah
seorang kekasih dan cintai dengan sebaiknya agar dapat menstabilkan
hormon dan emosi anda.
Anda tertekan
Tekanan merupakan faktor penting yang mendorong keinginan atau nafsu
anda terhadap makanan tapi daripada melepaskan tekanan terhadap ais krim
atau coklat, cubalah cari hobi yang positif untuk melawan stres.
Alihkan tekanan anda ke litar lumba atau pilih sukan tinju.
No comments:
Post a Comment