Saturday, November 9, 2013

RISIKO ALAT DALAM RAHIN

Soalan

ADAKAH penggunaan alat dalam rahim kurang selamat untuk jangkamasa panjang? Bagaimana pula dengan penggunaan kondom? Harap doktor dapat jelaskan. Terima kasih

* Aini, Kedah

Jawapan

Tentang kaedah merancang keluarga, ini bergantung kepada kesesuaian pasangan suami isteri. Kaedah yang sesuai bagi satu pasangan mungkin tidak sesuai bagi pasangan yang lain. 

Kelebihan alat dalam rahim adalah tahan selama lima tahun tetapi boleh dibuka bila-bila masa sahaja. Antara kesan sampingan kemungkinan jangkitan kuman berlaku dan pendarahan haid yang berlebihan atau berpanjangan. 

Tetapi biasanya masalah ini dialami tiga bulan pertama memakai alat tersebut. Selepas itu badan wanita yang memakai alat dalam rahim akan dapat menerima dan menyesuaikan diri tanpa kesan sampingan. 

KondomPenggunaan kondom pula sesuai untuk banyak pasangan. Cuma pemakaiannya mengurangkan kenikmatan hubungan seks kerana antara tubuh suami dan isteri ada pendinding iaitu sarung kondom. Dari segi keselamatan untuk mencegah kehamilan, memang berkesan sekali di samping mencegah jangkitan.
Tiada kesan sampingan yang buruk walaupun digunakan bagi jangka masa panjang. Tetapi bagi pasangan yang mengetahui tentang waktu subur isteri yang biasanya jatuh pada hari ke-11 hingga ke-20 dalam pusingan haid yang dianggap tempoh subur, maka kegunaan kondom hanya dilakukan ketika melakukan hubungan seks pada tempoh subur tersebut.

No comments: